Sihat

“Burung Anak Saya Membelon”- Masalah Phimosis Yang Anak Lelaki Selalu Kena

12
SHARES

“Doktor, kalau anak saya ni kencing, dia kata sakit dan burung dia membelon!” 

Ini antara masalah kanak-kanak lelaki yang ibu bapa perlu tahu dan ia dikenali sebagai Phimosis. Biasanya anak akan mengadu sakit pada hujung zakar, atau susah nak kencing.

Kadang-kadang, semasa kencing, kulup (foreskin) zakar tu akan kembang macam belon yang diisi air. Perkara ini terjadi kepada kanak-kanak lelaki sekitar umur 4-7 tahun. Ikuti penerangan lanjut oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di bawah.

Baca juga: Ubat Batuk & Selsema Tak Sesuai Untuk Anak Bawah 2 Tahun, Ini Sebabnya…

MASALAH PHIMOSIS YANG ANAK LELAKI SELALU KENA

Secara semula jadi, kulit kulup akan terpisah dari kepala zakar perlahan-lahan semakan kanak-kanak membesar. Bukaan kulup jika akan membesar juga.

Phimosis ini sebenarnya adalah kondisi di mana kulit kulup zakar masih melekat pada kepala (glans) zakar, atau bukaan pada kulup itu terlalu kecil. Ia juga boleh berlaku jika ada jangkitan pada kulup.

Oleh kerana bukaan pada kulup zakar terlalu kecil, air kencing yang keluar dari ureter berkumpul di dalam ruang antara kulup dan kepala zakar, lalu menyebabkan ia membelon. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa sakit.

Untuk memastikan sama ada anak anda mengalami phimosis atau tidak, anda hendaklah cuba menarik kulit kulup ke belakang dan periksa bukaan kulup. Jika bukaan itu terlalu kecil, maka mungkin ia adalah Phimosis.

APA NAK BUAT KALAU ANAK ADA MASALAH INI?

Anda boleh cuba untuk meregangkan bukaan kulup secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi lebih longgar. Tapi, jika ada simptom berikut, bawa pergi jumpa doktor!

  • Perlu meneran untuk kencing.
  • Sakit kuat ketika kencing.
  • Air kencing berdarah.
  • Kulup kemerah-merahan.
  • Cairan berbau pada kulup.
  • Kulup membengkak.

Doktor akan menilai keadaan dan merawatnya dengan ubat-ubatan, dan kadangkala perlu dikhatankan terus. Ia bergantung kepada keadaan kulup ketika pemeriksaan.

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×