Didik

Bangga Markah Pendidikan Islam Anak Cecah 90%, Bapa Anggap Muzik Tak Penting Pula? Undang Kecaman Netizen!

MARKAH PEPERIKSAAN

Perkongsian seorang bapa mengenai markah peperiksaan anaknya bagi subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Muzik mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Facebook, lelaki itu menyatakan bahawa dia tidak terlalu mengambil berat apabila anaknya memperoleh markah rendah dalam subjek muzik kerana menganggap pendidikan agama lebih penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Baca juga: Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia Sebelum Tiba Di Klinik, Pengasuh Ditahan Bantu Siasatan

MARKAH PEPERIKSAAN ANAK CETUS PERBINCANGAN

MARKAH PEPERIKSAAN

Dalam perkongsian sama, dia turut memaparkan perbezaan markah yang diperoleh anaknya bagi kedua-dua subjek berkenaan, iaitu 90 peratus untuk Pendidikan Islam dan 41 peratus bagi Pendidikan Muzik.

“Saya selalu beritahu anak subjek muzik mendapat markah yang paling rendah. Saya tidak kisah pun kerana subjek ini tidak penting sebagai umat Islam.

“Pendidikan Islam cuba yang terbaik untuk mendapat markah tinggi. Ilmu Islam yang akan menyelamatkan kita, bukan ilmu muzik yang haram. Ilmu muzik hasilnya duit haram, maksiat dan tabiat syaitan,” ujarnya.

Hantaran itu kemudiannya menarik perhatian pengguna media sosial yang mempunyai pandangan berbeza mengenai kepentingan pendidikan muzik dan kaitannya dengan ajaran Islam.

Warganet beri pandangan berbeza mengenai pendidikan muzik

MARKAH PEPERIKSAAN

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna mengingatkan bapa berkenaan supaya lebih berhati-hati ketika menyampaikan pandangan, khususnya apabila melibatkan penilaian terhadap sesuatu perkara dari sudut agama.

Menurutnya, pendidikan muzik tidak seharusnya terus dianggap tidak baik kerana manfaatnya bergantung pada cara ilmu tersebut digunakan.

“Maaf ya, tuan. Minta berhati-hati dalam berkata-kata. Islam tidak mengajar kita untuk terus mengatakan sesuatu perkara itu tidak baik atau baik. Pendidikan muzik akan menjadi baik sekiranya kita sebagai manusia menggunakannya ke arah kebaikan,” komen pengguna media sosial.

Seorang lagi pengguna turut menjelaskan bahawa pembelajaran muzik mempunyai manfaat tersendiri, termasuk membantu perkembangan pemikiran.

“Muzik dipelajari untuk menyeimbangkan otak kanan dan kiri. Tidak ada masalah pun mendapat markah A. Sekadar belajar nota muzik, tidak berdosa pun,” katanya,

Perbezaan pandangan itu memperlihatkan bagaimana kepentingan sesuatu mata pelajaran boleh dinilai daripada sudut yang berbeza, sama ada berdasarkan pegangan agama, manfaat pendidikan mahupun cara ilmu berkenaan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Baca juga: Kemasukan Tingkatan Satu Program Asrama Malaysia 2027 Dibuka, Ini Syarat & Senarai Sekolah Terlibat

Sumber: Facebook Mohammed Tareq

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×