Sihat

Mandi Bermula Dari Kepala Penyebab Stoke- Realiti Atau Mitos? Ini Jawapannya!

114
SHARES

Stroke adalah salah satu penyakit yang menjadi ketakutan ramai orang. Kebarangkalian anda akan mengalami kelumpuhan juga adalah salah satu kesannya. Pernah dengar tak yang orang cakap kalau mandi jangan mula menjirus air dari kepala, kerana mungkin akan menyebabkan stroke? Betul ke mandi bermula daripada kepala boleh menyebabkan stroke? Kalau nak tahu jawapannya, jom baca ni!

Baru-baru ini tersebar satu artikel yang mengatakan stroke boleh disebabkan mandi yang terus bermula daripada kepala. Tetapi adakah perkara ini benar. Mari kita sama-sama bincangkan.

   

www.facebook.com/Rootofscience1

PENJELASAN SECARA FISIOLOGI

Apabila saluran darah berhadapan dengan kesejukkan, ia akan mengecut. Bukan mengembang. Contoh paling mudah kita lihat adalah apabila seseorang itu dalam kesejukkan, muka dan tangannya akan menjadi pucat seperti tiada darah mengalir ke bahagian tersebut. Dan sebab itu juga jika seseorang mengalami bengkak selepas jatuh, kita akan meletakkan ais. Supaya saluran darah mengecut dan pendarahan dalam kulit dapat diberhentikan dan bengkak berkurangan.

http://www.vestyles.com/

Ini merupakan tindak balas fisiologi badan untuk mengekalkan suhu badan pada tahap yang normal. Iaitu salur darah akan mengecut terutamanya pada bahagian kulit dan menyebabkan kurangnya darah mengalir pada bahagian itu. Apabila kurang darah pergi ke bahagian kulit, perlepasan tenaga haba ke persekitaran dapat dikurangkan. Hasilnya seseorang akan kelihatan pucat disebabkan kesejukkan tersebut. SEJUK TIDAK MENYEBABKAN SALURAN DARAH MENGEMBANG. TETAPI IA MENGECUT.

JENIS-JENIS STROKE

http://dicasdesaude.blog.br/

Seperti yang kita ketahui stroke mempunyai 2 jenis iaitu:
1) Stroke yang disebabkan pembuluh darah tersumbat(Ischemic stroke)
2) Stroke yang disebabkan pembuluh darah pecah(Haemorhagic stroke)

Kedua-dua stroke ini menyebabkan kekurangan bekalan darah dan oksigen pada kawasan otak yang terjejas. Kawasan yang terjejas ini akan menyebabkan bahagian otak tersebut hilang kawalan terhadap organ yang mereka kawal. Jika ia melibatkan kawasan pergerakkan tangan dan kaki, maka ia menyebabkan lumpuh pada bahagian tersebut. Jika ia melibatkan kawasan mata, maka seseorang itu boleh buta.

http://www.mercyhospitalblog.com/

Stroke selalunya melibatkan orang-orang yang mempunyai faktor risiko seperti:
1) Kencing manis
2) Darah tinggi
3) Merokok
4) Mempunyai sejarah keluarga yang menghadapi stroke
5) Kolestrol yang tinggi
6) kurang bersenam dan banyak lagi
7) Tidak langsung melibatkan mandi yang bermula daripada basahkan kepala

UBUN-UBUN MEREMANG TANDA ANGIN KELUAR?

http://uk.businessinsider.com/

Di dalam post tersebut ada mengatakan setelah air dijirus kepada kaki dan bahagian badan, bulu roma di bahagian ubun-ubun akan meremang disebabkan angin daripada badan yang keluar. Perkara ini pun boleh dijelaskan daripada aspek fisiologi dalam kawalan suhu badan. Tatkala, badan merasa kesejukkan bulu roma pun akan menegak/meremang. Bulu roma yang berada dalam keadaan tegak akan memerangkap haba dan mengelakkan daripada perlepasan haba yang banyak.

www.reference.com

Ia bukan disebabkan angin yang keluar. Selain daripada itu, kita juga ada mekanisma lain untuk mengekalkan suhu badan iaitu MENGGIGIL. Ketika perbuatan menggigil berlaku, otot badan akan mengecut dan meregang dengan lajunya supaya pembakaran kalori berlaku. Ini menyebabkan terhasilnya haba dan suhu badan dapat di kekalkan.

KEBANYAKKAN ORANG YANG TERKENA STROKE DI DALAM BILIK AIR?

Tiada bukti ataupun statistik yang menunjukkan majoriti pesakit stroke diserang stroke ketika di dalam bilik air. Ini kerana pengalaman saya berkerja menguruskan pesakit stroke belum pernah lagi terjumpa dengan orang yang terkena stroke di dalam bilik air.

http://www.physiodc.com/

Saya pernah jumpa pesakit yang kena stroke ketika sedang membawa kereta, sedang bersembang dan sedang berjalan. Tak pernah jumpa pesakit yang kena stroke di dalam bilik air. Tetapi tidak dapat tidak perkara ini perlu dibukti dengan kajian dan ‘method’ yang betul.

KESIMPULAN

1) Mandi daripada kepala tidak menyebabkan stroke
2) Stroke disebabkan faktor risiko yang saya telah terangkan di atas
3) Terpulang nak mandi daripada atas, bawah, kiri dan kanan

Sumber: Root of Science

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×