Didik

“Mama Abah Dah Tak Sayang Kakak, Sayang Baby Je”- Ibu Sebak Baca Surat Luahan Hati Anak

231
SHARES

Dalam soal mendidik dan membesarkan anak-anak, ada ketikanya ibu bapa akan terlepas pandang dalam beberapa hal termasuk kasih sayang. Perkara ini selalunya berlaku apabila memiliki lebih dari seorang anak dan ibu bapa sering menumpukan perhatian kepada anak-anak yang lebih kecil.

Hal ini kerana, ibu bapa beranggapan bahawa anak yang lebih besar mungkin sudah boleh berdikari sendiri. Namun, tanggapan ini salah kerana anak-anak yang kian membesar masih memerlukan kasih sayang yang sama seperti ketika kecil.

“ABOH DAN MAMA SOKMO LAYAN ADIK DAN BABY”

Hari ni bukan nak share anak sepahkan mainan..tapi nak share luahan anak sulung. Petang ni tengah-tengah rehat tiba-tiba anak sulung bagi satu cebisan kertas yang sangat tersentuh hati saya. Mungkin kita sebagai seorang ibu terlepas pandang pasal ni..kadang-kadang kita rasa dah bagi kasih sayang sama adil tapi bagi dia kurang. Mama mintak maaf sayang..tapi kalau nak baca ni kena tahan nafas sebab takda noktah. Mintak maaf ye..hanya orang terengganu je faham kata-kata yang anak saya tulis ni..kami orang terengganu.

Berdasarkan perkongsian ini di laman Facebook, si ibu memuatnaik nota yang ditulis oleh anak sulungnya. Dalam nota tersebut menceritakan luahan hati seorang anak kecil yang merasakan dirinya seakan dipinggirkan oleh ibu bapanya.

Bukan itu sahaja, anak ini juga beranggapan bahawa ibu bapanya lebih tertumpu dan memberikan kasih sayang kepada dua orang adiknya.

Oleh itu, ibu ini menitipkan pesanan buat ibu bapa di luar sana supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling dan tidak mengambil berat tentang hal ini.

PETANDA ANAK CEMBURU

Perkongsian ini juga mendapat perhatian ramai ibu bapa yang turut berkongsikan situasi sama yang dialami. Ada juga yang berkongsikan tips dan cara penyelesaian kepada masalah ini.

Peruntukan masa bersama anak-anak amatlah penting bagi memastikan bahawa anak-anak tidak rasa terpinggir. Mungkin diri kita merasa seolah-olah telah memberikan kasih sayang secukupnya namun tidak bagi mereka.

Sumber: Nur Amira Jusoh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×