40 Minggu

Bukan Sunat & Eksklusif Untuk Para Nabi, Ini Hukum Beri Anak Nama ‘Muhammad’

41
SHARES
maksud nama muhammad

Sudah normal dalam kalangan umat Islam di Malaysia terutama sekali lelaki untuk mempunyai nama hadapan seperti Muhammad atau Mohamad. Hal ini kerana, maksud nama Muhammad ini adalah sangat baik dan merupakan nama Rasul terakhir kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Namun, ada beberapa pendapat mengatakan bahawa nama Muhammad ini eksklusif untuk Nabi Muhammad sahaja dan bukan untuk kegunaan orang lain. Betul atau tidak? Ramai yang ada nama depan Muhammad…

Baca juga: Terkena Percikan Air Kencing Tak Cuci Habis Sebelum Wuduk Boleh Jadi Punca Seksa Kubur

MAKSUD NAMA MUHAMMAD, HUKUM BERI NAMA INI KEPADA ANAK

maksud nama muhammad

SOALAN :

Selama ini ramai dari kalangan orang Islam telah menamakan anak yang baru lahir dengan nama Muhammad tetapi ada seorang penceramah berkata tidak disunatkan dan tidak disuruh memberi nama anak yang baru lahir dengan nama Muhammad kerana tidak ada dalil. Mohon penjelasan.

JAWAPAN :

Ketahui olehmu apabila lahir seorang anak maka hendaklah diberi nama dengan nama-nama yang baik. Dan setengah daripada nama-nama yang baik itu ialah nama para Nabi a.s. seperti Ibrahim dan Yusuf dan Isa dan nama Nabi yang paling mulia ialah nama Nabi kita Muhammad SAW.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jarad adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

سَمُّوا بِأَسْمَاءِ الْأَنْبِيَاءِ

Ertinya : “Hendaklah kamu sekelian memberi nama dengan nama-nama para Nabi a.s.” (Hadith riwayat Imam Bukhari pada kitab Tarikh Kabir)

Dan diriwayatkan daripada Abi Wahab Al-Jusyami r.a. beliau berkata : Nabi sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ

Ertinya : “Kamu sekelian gunakanlah nama-nama para Nabi a.s.” (Hadith riwayat Ahmad dan Abu Daud dan An-Nasaie)

Maka kedua hadith tersebut menjadi dalil disunatkan memberi nama anak dengan nama Muhammad. Dan sungguhnya telah sabit dalam banyak hadith yang sahih Rasulullah sollallahu alaihi wasallam menyuruh kita namakan anak-anak dengan nama baginda yang Muhammad.

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

تَسَمَّوْا بِاسْمِي وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي

Ertinya : “Hendaklah kamu sekelian memberi nama dengan namaku dan jangan kamu memakai gelaran dengan gelaranku.”

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dan Ahmad dan Abu Daud dan Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dan lainnya. Dan pada satu riwayat Imam Muslim adalah Nabi sollalahu alaihi wasallam bersabda :

سَمُّوا بِاسْمِي

Ertinya : “Pernamakan yakni akan akan-anak kamu dengan namaku.”

Maka hadith ini sangat jelas lagi terang sebagai dalil disuruh dan diharuskan mempernamakan nama anak yang baru lahir itu dengan nama Muhammad SAW.

maksud nama muhammad

*Kesimpulannya adalah disunatkan memberi nama anak dengan nama para Nabi a.s. dan nama yang paling mulia dari sekalian para Nabi itu ialah nama Muhammad. Perkataan yang mengatakan tidak disuruh beri nama anak dengan nama Muhammad itu adalah batil kerana berlawanan dengan hadith-hadith yang sahih.

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×