Famili

Maksud Generasi X, Y, Z, Baby Boomers & Perbezaannya Menurut Pakar

285
SHARES
maksud gen x

GENERASI APAKAH ANDA – BABY BOOMERS, GENERASI X, Y, Z ATAU ALPHA?

Mengikut tahun kelahiran, kita dikelaskan dalam kategori seperti Baby Boomers, Gen X, Gen Y atau Gen Z. Terdapat banyak stereotaip yang sering berlegar di media sosial mengenai generasi-generasi yang berbeza.

Ada yang melabel Baby Boomers sebagai berfikiran sempit, Generasi Y pula sering digelar sebagai jenis yang suka memberontak dan sebagainya.

Menurut sumber, kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia.

Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah.

Sejauh manakah kebenarannya dan apakah yang membentuk personaliti generasi ini secara majoriti?

 

Maksud Generasi X, Y, Z, Baby Boomers & Gen Alpha

Menurut pakar kajian perbezaan generasi (generational cohorts), Dr Alexis Abramson, tahun kelahiran kita sangat mempengaruhi tingkah laku, persepsi, nilai dan kelakuan kita.

Dari situlah, kita dapat melihat persamaan dalam generasi yang lahir pada lingkungan masa yang sama. Mari kita kenali ciri-ciri dan perbezaan generasi dengan lebih dekat.

Ini perbezaan dan ciri-ciri setiap generasi dan fakta tentangnya yang mungkin berguna untuk kita tahu!

 

maksud generasi x

Kredit infografik: McCrindle

Baby Boomers

Generasi yang lahir antara tahun 1946 dan 1964 sering digelar sebagai Baby Boomers kerana generasi ini lahir dengan jumlah yang drastik selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Berusia antara 57 ke 75 tahun, generasi ini sedang meniti tahun-tahun terakhir dalam kerjaya, ada juga yang sudah bersara.

Baby Boomers juga selesa menggunakan media tradisional seperti radio, surat khabar dan televisyen. Namun begitu, 90% dari mereka mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan dan kawan lama.

Menurut Dr Abramson, generasi ini mempunyai ciri-ciri seperti :

  • Komited
  • Berdikari
  • Berdaya Saing

Antara stereotype lain yang membezakan Baby Boomers dengan generasi lain ialah mereka sukar untuk menerima perubahan atau “degil”.

Perkara ini dipercayai berpunca daripada perubahan teknologi yang begitu pantas sehingga mengganggu keselesaan gaya hidup mereka.

Baca juga: Cara Save Instastory Ada Muzik Tanpa Guna Aplikasi, Boleh Rupanya!

 

Generation X (Gen-X)

Gen X pula lahir di antara tahun 1966 hingga 1980. Ketika itu, teknologi berkembang pantas, namun tidaklah meluas seperti sekarang.

Oleh itu, generasi ini sering bergelut dalam menyesuaikan diri antara media digital dan bukan digital.

Terletak antara Baby Boomer dan Gen Y, mereka mempunyai tanggungjawab kewangan yang tinggi dalam membesarkan anak serta menjaga ibu bapa yang semakin tua.

Gen X pula sering dikaitkan dengan personaliti seperti :

  • Pandai Menyelesaikan Masalah
  • Rajin Mengkaji
  • Berfikiran Logik

 

 

Generation Y (Gen-Y) / Millenials

Juga digelar sebagai Millenials, generasi ini lahir di antara tahun 1980 hingga 1995.

Generasi inilah yang pertama membesar dengan zaman Millenium baru (awal 2000an), dan cukup terkesan dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat ketika itu.

Mereka juga sering digelar sebagai ‘digital natives’ kerana telah merasai pengalaman menggunakan pelbagai media sosial sejak awal ia diciptakan seperti mIRC, Friendster, dan MySpace.

Hasilnya, generasi ini sangat bergantung kepada internet dalam apa jua urusan. Gen Y juga sering dikaitkan dengan personaliti seperti :

  • Yakin
  • Sering Rasa Ingin Tahu
  • Sering Mempersoalkan Banyak Isu – Personaliti ini biasanya kurang disenangi oleh generasi yang lebih tua yang jarang bersuara secara terang-terangan.

Kredit Foto : kasasa.com

 

Generation Z (Gen-Z)

Generasi ini lahir ketika teknologi sudah berkembang lengkap.

Lahir di antara tahun 1997 hingga 2012, majoriti daripada generasi ini memiliki handphone sendiri seawal umur 10 tahun.

Secara purata, generasi muda ini juga menghabiskan masa menggunakan handphone sehingga 3 jam sehari.

Gen Z biasanya memiliki personaliti seperti :

  • Bercita-cita tinggi
  • Yakin
  • Sangat Bergantung Pada Dunia Digital

maksud generasi x

Generation Alpha

Mereka yang lahir pada tahun 2010-2025  disebut dengan generasi alpha.

Generasi ini akan mengenal gajet dan sangat familiar menggunakan teknologi canggih lainnya walau umur mereka masih sangat muda.

Generasi alpha merupakan generasi dengan pertumbuhan tertinggi berbanding generasi lain. Menurut sumber, setiap minggu ada 2.5 juta anak dilahirkan di dunia.

Generasi Alpha juga dijangkakan akan memberikan impak pada dinamika dunia disebabkan mudahnya akses dan komunikasi secara global, maka anak-anak yang termasuk generasi ini mungkin akan lebih mampu memperluas kemampuan komunikasi linguistik mereka.

Namun, di sebalik kemudahan dan kecanggihan ini, mereka turut terdedah kepada ancaman cyber dan kesihatan mental kerana mudah dipengaruhi dengan media sosial.

Jadi sebagai ibu bapa, kita perlulah bertindak dan membantu menyeimbangkan penggunaan teknologi ini seiring dengan keperluan hidup dan kesihagan fizikal anak-anak ya.

maksud generasi x

Sama Tapi Tak Serupa, Semua Saling Memerlukan

Walaupun generasi-generasi ini sering dikategorikan dengan stereotaip berbeza di sosial media, kita masih hidup di dalam komuniti dan tahun yang sama ketika ini. Oleh itu, setiap generasi perlulah memainkan peranan dalam hidup bersama dan saling membantu antara satu sama lain.

Kelebihan dan kekurangan yang ada pada generasi masing-masing menguatkan lagi sebab mengapa tolong-menolong itu penting bagi memastikan semua bergerak seiring dalam mencapai kejayaan.

Lebih-lebih lagi dalam institusi kekeluargaan atau di tempat kerja, setiap individu boleh berkongsi dan bertukar pengalaman dengan generasi berbeza bagi meluaskan lagi pengetahuan.

Kredit Foto : psychologicalscience.org

Golongan yang lebih tua boleh berkongsi pengalaman dan nasihat yang berguna. Golongan muda pula boleh mengajar tentang penggunaan teknologi dan kemudahan serba moden kepada golongan yang lebih tua.

Pengkelasan generasi ini bukanlah dibuat untuk mengasingkan generasi kita dengan yang lebih muda atau tua. Jauh sekali ia dicipta sebagai ruang untuk provokasi atau mencari salah. Setiap generasi adalah istimewa dan melalui pengalaman yang berbeza dalam hidup.

Oleh itu, kita perlulah menghargai perbezaan serta ambillah peluang ini untuk memahami dan mempelajari perkara penting daripada generasi yang lebih arif.

Sumber rujukan:

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×