DIY & Kraf

Makin Dibunuh, Makin Banyak Semut. Rupanya Inilah Punca Sebenar…

762
SHARES

“Makin bunuh semut, makin banyak pula semut datang. Kenapa ni…”

Situasi di atas mesti pernah terjadi kan? Bunuh semut tanpa menggunakan sebarang bahan semburan tetapi esoknya makin banyak pula semut datang. Habis semua makanan dikerumuninya. Alamak!

Bagi yang tidak tahu, semut sebenarnya berkomunikasi melalui bau. Jadi, macam mana nak elakkan semut banyak di rumah? Ikuti perkongsian cara halau semut oleh pakar kimia di bawah.

Baca juga: Guna Semburan Air Tembakau Untuk Elak Serangan Serangga, Semua Mati!

CARA HALAU SEMUT KENA GUNA TEKNIK INI, MUDAH JE

CARA HALAU SEMUT

Ingat, bau ialah bahan kimia yang meruap. Semut akan membebaskan bahan kimia meruap yang berbeza untuk menghantar isyarat.

Antara bahan kimia yang paling kuat baunya akan digunakan sebagai amaran dan mampu dikesan dari jarak jauh oleh semut-semut lain ialah pheromone. Apabila semut mengesan bau pheromone, mereka akan segera bertindak.

Sekiranya semut-semut ini mati (dilenyek atau terkena renjatan elektrik), maka banyaklah bahan kimia pheromone yang terbebas.

Ini akan menarik perhatian lagi banyak semut berdekatan untuk datang menghurung tempat kejadian. Maka jangan hairan jika kotak suis elektrik dipenuhi dengan semut mati.

Oleh kerana punca tarikan semut adalah bau, maka kita boleh mengurangkan/menutup bau bahan kimia meruap pheromone daripada sampai kepada semut-semut lain.

Contoh dengan menyembur dengan bahan meruap yang lebih kuat baunya seperti cuka, minyak angin, minyak wangi atau sembur dengan racun serangga.

Sumber: Facebook Dr Fatimah Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×