Asuh

5 Makanan ‘Magic’ Bantu Si Kecil Tidur Awal & Lebih Lena. Tak Pening Lagi!

1.9K
SHARES

“Peningnya si kecil ni asyik terjaga malam je… Nak kata demam, tak juga. Apa nak buat supaya dia boleh tidur lena ya?” 

Ada banyak sebab yang memungkinkan seorang anak kecil susah tidur malam. Mungkin ada yang nak tumbuh gigi, takut gelap, terlebih tidur siang, atau saja nak ‘tahan mata’.

Salah satu cara yang boleh diusahakan untuk membantu anak kecil tidur lebih lena adalah dengan memberikan makanan tertentu yang mempunyai kesan sedatif atau mengantuk. Makanan ini memproduksikan bahan kimia yang digelar tryptophan – sejenis amino asid yang mensintesiskan protein. Tryptophan juga merembeskan serotonin yang memacu penghasilan melatonin yang turut dikenali sebagai ‘hormon tidur’.

Menurut The Baby Sleep Site, pengambilan makanan yang mengandungi tryptophan akan lebih berkesan jika diambil bersama makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Ini kerana karbohidrat membantu pembebasan insulin dan membolehkan tryptophan sampai ke otak dan menyebabkan rasa mengantuk. Ia boleh disediakan sebagai makan malam atau snek ketika hampir masuk tidur.

Berikut adalah senarai makanan yang mengandungi kandungan tryptophan yang tinggi sekaligus membantu anak anda mendapatkan tidur malam yang lebih berkualiti.

5 Makanan Yang Dapat Membantu Si Kecil Tidur Lebih Lena

1. Produk Tenusu

Produk tenusu seperti susu, keju, dan yogurt adalah antara sumber tryptophan yang terbaik. Selain itu, ia juga mengandungi kalsium yang membantu tubuh memproses tryptophan dan memproduksikan melatonin.

Meminum segelas susu atau sedikit keju satu jam sebelum waktu tidur dapat membantu anak kecil lebih relaks dan tidur lena pada waktu malam.

2. Pisang

Pisang adalah antara snek yang mudah dinikmati sebelum masuk waktu tidur. Sebuah kajian Universiti Washington melaporkan bahawa pisang mengandungi melatonin dan serotonin, di mana kedua-dua bahan ini membantu meregulasikan kitaran tidur seseorang. Magnesium dan kalsium yang terkandung di dalamnya dapat membantu menenangkan otot.

Untuk kesan yang lebih memberangsangkan, kisarkan sebiji pisang bersama segelas susu untuk membuat smoothie. Kalsium dan tryptophan di dalam susu mampu meningkatkan lagi kesan sedatif daripada melatonin dan serotonin.

Pisang amat baik untuk kesihatan

Pisang amat baik untuk kesihatan

3. Oatmeal

Menurut Journal of Experimental Botany, makanan yang selalunya disediakan pada waktu sarapan ini sebenarnya mengandungi konsentrasi melatonin yang sangat tinggi.

Oleh itu, minuman oat sesuai diberikan kepada si kecil agar rasa kenyang tersebut membantu tidur mereka lebih nyenyak dan tidak kerap terjaga di tengah malam.

Foto Kredit: Food NDTV

4. Sandwich

Sandwich adalah antara menu lengkap yang paling mudah disediakan sebagai snek ringan sebelum tidur.

Sebagai cadangan penyediaan, hidangkan roti bijian penuh dengan telur, sedikit keju dan sayuran hijau. Ketiga-tiga bahan ini adalah kombinasi yang baik kerana masing-masing mempunyai peranan tertentu.

Sumber protein dalam telur mampu mencegah asid refluks dan membuatkan perut berasa selesa. Seperti yang dinyatakan di atas, keju dan sayuran hijau pula mengandungi kandungan tryptophan yang tinggi.

Foto Kredit: pinterest.com

5. Biskut & Susu

Sumber karbohidrat kompleks dalam makanan bijian penuh seperti roti, pretzel, pasta, dan biskut adalalah antara jenis makanan yang memproduksikan insulin yang turut memudahkan seseorang mendapatkan tidur tidur berkualiti.

Antara pilihan yang pasti disukai si kecil adalah biskut oatmeal kurang gula bersama segelas susu.

resepi biskut bayi tanpa gula

Foto Kredit: o.canada.com

Jika Anak Masih Susah Tidur…

Dalam menyediakan makanan atau snek untuk si kecil, pastikan ianya tidak terlalu berat kerana terlalu banyak makan sebelum tidur boleh mengganggu pencernaan anak dan sekaligus membuatkannya terjaga di tengah malam.

Walau apapun, praktikkan juga rutin tidur yang baik selain memberi alternatif pilihan makanan ini. Mudah-mudahan dengan idea ini, si kecil lebih mudah tidur pada waktu yang ditetapkan dan tidak lagi berjaga malam!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×