Asuh

Mak Ayah Kena Tahu 4 Maksud Kenapa Si Bayi Selalu Gosok Mata

152
SHARES

“Anak aku ni asyik gosok mata dia sampai tak kita waktu. Kenapa ye?

Bayi menggosok mata mungkin kelihatan comel bagi ibubapa. Tapi tahukah anda kenapa si kecil ini suka menggosok mata dan apakah ‘perbualan’ di sebalik perlakuan tersebut? Ini antara 4 sebab yang ibubapa patut tahu supaya dapat memahami perlakuan si manja dengan lebih mendalam lagi.

KENAPA BAYI SELALU GOSOK MATA

1. Nak tidur

Apabila anda nampak si bayi sudah menggosok mata dan menguap, ini menandakan waktu tidur mereka sudah tiba. Tapi kenapa nak kena gosok mata pula? Ini kerana, dengan menggosok mata dapat membantu untuk mengurangkan mata yang keletihan.

2. Mata dah kering

Apabila mata kita terlalu terdedah dengan udara dan persekitaran luar dalam jangka masa yang lama, sudah pasti lapisan air dalam mata kita akan kering. Perkara ini juga berlaku kepada mata bayi dan menyebabkan mereka akan menggosok mata. Apabila mereka menggosok mata, ia akan membantu pengeluaran air di dalam mata untuk menghilangkan rasa kering.

3. Memahami badan sendiri

Mungkin ini adalah salah satu sebab yang tidak dapat dijangka oleh ibubapa. Ia mungkin disebabkan oleh perkembangan motor yang membolehkan si manja untuk menyentuh dan mengenali benda-benda baru. Jadi, kalau ibubapa nampak bayi menggosok mata sebelum waktu tidurnya, mereka mungkin sedang mempelajari tindak balas badan mereka sendiri.

4. Ada sesuatu dalam mata mereka

Alamak! Ini yang paling merisaukan para ibubapa bila anak suka menggosok mata. Keinginan si bayi untuk menggosok sebagai salah satu cara untuk mengeluarkan benda di dalam mata mungkin akan menyebabkan mata luka. Ini akan menyebabkan mata mereka bengkak dan sakit. Elakkan bayi menggosok mata, ibubapa boleh menggunakan kapas yang dicelup di dalam air supaya habuk boleh dikeluarkan.

CARA UNTUK ELAKKAN BAYI SELALU GOSOK MATA

1. Pakaikan sarung tangan

Salah satu cara untuk mengelakkan bayi menggosok mata adalah dengan pakaikan sarung tangan. Dengan cara ini, mata mereka juga akan terpelihara dari digosok dengan melampau. Nak gosok mata bila dah pakai sarung tangan ini pun selamat lah sikit kan?

2. Alihkan perhatian mereka dengan memberi barang mainan

Alihkan perhatian si bayi apabila mereka mahu mula menggosok mata adalah cara yang boleh digunakan. Pegang tangan mereka dan berikan barang mainan supaya mereka tidak terlampau terikut dengan ‘habit’ untuk menggosok mata.

*Semoga bermanfaat!

Sumber :MomJunction

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×