Didik

Mak Ayah Kena Pastikan Anak Tahu 7 Perkara Ini Dulu Sebelum Hantar Ke Tadika

27
SHARES
rumah asuh

Sebagai ibu bapa, semestinya anda menginginkan yang terbaik untuk anak anda. Aspek akademik sememangnya menjadi ukuran kecemerlangan anak-anak untuk ibu bapa. Akan tetapi, ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur 3 tahun ke atas sepatutnya lihat kepada perkembangan asas dahulu sebelum fokus kepada akademik.

Jika dalam bab ini anak masih belum boleh lakukan, ibu bapa sepatutnya bimbang kerana ia merupakan perkara yang penting dan dititip beratkan. Perkongsian seorang pengasas rumah asuh telah berkongsi di halaman Facebooknya Shazwana Hanafi tentang apa yang ibu bapa perlu tahu sebelum hantar mereka ke tadika.

Baca juga: Habuk Degil Selalu Melekat Di Perabot, Ini Cara Nak Hilangkan Dengan Mudah!

ANAK KENA TAHU INI DULU SEBELUM HANTAR MEREKA KE TADIKA

How to pick the right playschool for your child after a pandemic | Parenting News,The Indian Express

“Teacher, risau saya, anak saya dah 5 tahun ni tahun depan, tapi membaca menulis mengira semua belum tahu, boleh ke saya nak masukkan anak saya ke tadika puan tahun depan?”

Soalan yang saya akan tanya balik :

1. Anak puan dah boleh buka baju sendiri?

Belum biasa, saya yang bukakan baju dia.

2. Anak puan dah boleh makan sendiri?

Belum biasa, saya yang suapkan.

3. Anak puan dah boleh mandi sendiri?

Belum biasa, saya atau ayah dia yang mandikan.

4. Anak puan dah biasa guna gam?

Belum, melekit teacher. Saya tak bagi dia main.

5. Anak puan dah pandai guna gunting?

Belum teacher, tajam. Saya tak bagi dia main.

6. Anak dah free diapers?

Belum teacher, saya tak sempat nak training lagi

7. Anak dah boleh berkomunikasi dengan baik?

Dia cakap sebiji sebiji, ayat panjang-panjang itu masih tak pandai sangat, bercerita pun tidak lagi.

What to Expect from the Best Play School in India? | by Lovisa Alvin | Medium

“Sampai bila puan nak suap, nak mandikan, nak cebukkan dia?”

“Erkkk saya pun tak pasti teacher 🥺”

“Macam ni la puan, puan tak patut risau dia tak boleh membaca mengira menulis, tapi puan sangat sangat patut risau anak masih belum pandai urus diri. Itu kemahiran asas utk hidup dia.

Menulis ini merupakan kemahiran kompleks, fine motor skills tak okay lagi, jangan asyik paksa anak untuk menulis. Baik puan paksa dia mandi sendiri, makan sendiri, buka baju sendiri, ajar dia berkomunikasi dan berkawan sebelum nak ajar dia menulis”

Sebab itu, ibu bapa kemahiran asas ni perlu sangat. Ni yang anak-anak practice masa pusat asuhan. Tapi kalau anak tidak pergi rumah asuh, boleh sahaja ajar sendiri di rumah.

Ingat, penuhi kemahiran yang asas dulu. Jangan seksa anak-anak tau!

Sumber: Facebook Shazwana Hanafi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×