Famili

Ibu Kongsi Prosedur Sambut Birthday Anak Di Balai Bomba, Meriah Dan Seronok Sangat!

23
SHARES
MAJLIS HARI JADI

Jika inginkan kelainan, ibu ayah boleh sambut majlis hari jadi di balai bomba seperti yang dilakukan oleh Puan Ayu Suhana. Anak-anak mesti gembira dan teruja!

Terdapat beberapa langkah perlu diketahui sebelum anda memulakan majlis. Jangan main terjah sahaja, kena ikut prosedur yang ditetapkan. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Cara Keluarkan Duit Dari Tabung MAE Maybank, Mudah Dan Cepat. Jangan Risau!

IBU KONGSI CARA SAMBUT MAJLIS HARI JADI DI BALAI BOMBA

MAJLIS HARI JADI

Ramai bertanya macam mana saya organize birthday anak-anak di balai bomba tempoh hari. Di sini saya kongsikan panduan untuk rujukan bersama. 

Info yang dikongsikan adalah melalui pengalaman sendiri, mungkin berbeza dengan yang lain. Namun kebiasaannya prosedur tidak jauh berbeza.

1. Lokasi Balai Bomba 

Yang pertama, pastikan terlebih dahulu lokasi balai bomba mana yang anda nak buat majlis. Telefon dulu bertanya sama ada balai tersebut membenarkan majlis hari jadi atau tidak.

Janganlah dial 999, .kita bukan kecemasan, kita nak buat birthday je pun. Boleh google nombor pejabat balai bomba yang kita maksudkan dan bercakap dengan pegawai yang berkenaan.

Tanya tarikh yang available untuk diadakan majlis hari jadi anak. Pastikan buat perancangan awal. Antara balai yang popular adalah Balai Bomba TTDI dan Sri Hartamas. Untung kami buat di Balai Bomba Cyberjaya.

2. Buat permohonan

Tulis surat memohon kebenaran bagi mengadakan majlis di balai tersebut dan nyatakan butiran-butiran penting lain seperti tarikh, masa dan bilangan tetamu. Surat permohonan tersebut boleh di emel atau dihantar secara serahan tangan.

3. Tunggu kelulusan

Tempoh menunggu kadangkala mengambil masa 1 hingga 2 minggu. Kalau masih belum menerima sebarang jawapan, boleh follow-up tanya ya. Kena sentiasa beringat yang mereka bomba, bukan event space.

4. Program aktiviti

Banyak aktiviti menarik yang abang bomba ada antaranya fire safety/ fire extinguisher demo dan berpeluang menaiki fire truck pusing sambil siren dibunyikan.

Jangan lupa remind tetamu untuk bawa tuala dan baju extra sebab aktiviti terakhir adalah mandi pili bomba. Dah mcm waterpark. Budak-budak suka lah sangat yang ini. Namun, semua aktiviti ini bergantung kepada keadaan. Sekiranya ada operasi, mereka akan terus berkejar bertugas.

MAJLIS HARI JADI

5. Sediakan alatan

Sekiranya permohonan telah diluluskan, maka barulah kita start buat preparation. Bermula dengan buat invitation. Mama buat RSVP invitation guna Canva sahaja. Kemudian tempah makanan, pilih menu ringkas sebaiknya untuk mudah dikendalikan. Jangan lupa portion makanan untuk abang bomba sekali ya.

  • Katering
  • Birthday cake
  • Pillar balloon
  • Photographer
  • Booth ice-cream
  • Banner
  • Kostum bomba
  • Helmet bomba
  • Goodies Puzzle Fireman
  • Meja kerusi (Sewa)
  • Banner birthday

6. Caj bayaran

Berapa caj yang dikenakan utk event 3 jam ini? Tiada. Ya tiada sebarang bayaran dikenakan. Namun hulurlah sedikit saguhati selayaknya untuk petugas bomba yang sangatlah awesome, sporting, mesra dan cool melayani anak-anak sepanjang majlis berlangsung.

Sekian 6 tips dari Mama Firefighter. Harap membantu semua di luar sana.

MAJLIS HARI JADI

Baca juga: Cara Keluarkan Duit Dari Tabung MAE Maybank, Mudah Dan Cepat. Jangan Risau!

Sumber: Facebook Ayu Suhana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×