Asuh

‘Rules Of Toys’ Hanis Zalikha – Nak Mainan Baharu, Mainan Lama Kena Derma

441
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan ibu bapa yang mengikuti perkembangan selebriti popular Hanis Zalikha serta dua anaknya yang comel iaitu, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah bukan? Bukan sahaja banyak berkongsikan rutin harian malah Hanis juga sering berkongsikan tips parenting yang boleh dijadikan inspirasi buat mak ayah. Salah satunya adalah ‘Rules of Toys’.

Artikel berkaitan: Jangan Takut Anak Ketinggalan, Hanis Zalikha Kongsi Tips Elak Anak ‘Melekat’ Dengan Gajet

‘RULES OF TOYS’ HANIS ZALIKHA, ELAK LAMBAKKAN MAINAN

Hanis Zalikha menggunakan pendekatan mainan anak-anak dimana beliau mendidik mereka untuk ‘melepaskan’ secara sukarela dengan menderma makanan lama jika sudah mempunyai mainan yang baharu. Setiap kali mempunyai mainan yang baharu, mainan lama akan diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Menurut Hanis lagi, ‘rules’ ini digunapakai bagi mengelakkan situasi dimana mainan terlampau ‘overload’. Bila terlampau banyak mainan, proses untuk mengemas pun akan jadi lebih sukar.

Bukan itu sahaja, bila sudah mendidik anak untuk menderma mainan yang lama apabila sudah mempunyai mainan yang baru, ini dapat melatih anak-anak supaya lebih peka dalam pemilihan jenis barang. Bukan itu sahaja, mereka tidak akan sewenang-wenangnya meminta mainan yang baharu kerana mungkin mainan kegemaran mereka akan diberikan kepada orang lain.

hanis zalikha

Hanis juga berkongsikan tips untuk ibu bapa yang ingin mencuba, biarkan anak-anak sendiri yang memilih jenis mainanan apakah yang ingin mereka berikan kepada orang lain. Teknik ini melatih anak-anak supaya dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Ini juga menjadikan mereka mempunyai presepsi dimana pendapat mereka dihargai dari kecil hingga dewasa kelak.

Sumber: Hanis Zalikha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×