Hebahan

Mahu Bantu Rapatkan Jurang Pendidikan? Jom Jadi Sukarelawan Program Amal Yayasan Generasi Gemilang!

16
SHARES

Anda dah lama simpan niat nak jadi sukarelawan?

Jom sertai program amal Yayasan Generasi Gemilang sebagai sukarelawan hari ini!

Banyak pengalaman yang anda boleh timba melalui program mereka.

Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama anda juga boleh berkongsi tenaga dan ilmu pengetahuan untuk membantu kanak-kanak dan remaja yang memerlukan.

Yayasan Generasi Gemilang, mahu rapatkan jurang pendidikan!

Bagi anda yang belum mengenali Yayasan Generasi Gemilang, pada asalnya yayasan ini  merupakan pertubuhan kebajikan tanpa keuntungan yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Generasi Gemilang (2010).

Kemudian pada akhir tahun 2014 pertubuhan ini telah diperbadankan dan kini dikenali sebagai Yayasan Generasi Gemilang (2014).

Yayasan Generasi Gemilang telah menjalankan pelbagai aktiviti amal dengan hasrat mahu merapatkan jurang pendidikan bagi kanak-kanak dengan meningkatkan literasi dan diet pemakanan mereka.

Ini 4 program utama Yayasan Generasi Gemilang yang anda perlu tahu!

Kalau anda nak tahu, ada 4 program utama yang Yayasan Generasi Gemilang dah jalankan untuk membantu mereka yang memerlukan.

1. Super Sarapan

Super Sarapan merupakan program bantuan makanan di mana GG bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menyediakan makanan kepada kanak-kanak & remaja dari keluarga kurang berkemampuan untuk mendapatkan makanan pada setiap hari persekolahan.

2. KidzREAD

KidzREAD adalah program membaca Bahasa Inggeris. Program ini bertujuan untuk menyemai minat membaca dalam kalangan kanak-kanak peringkat sekolah rendah di samping meningkatkan tahap literasi Bahasa Inggeris mereka.

Semoga dengan adanya program ini kanak-kanak bertambah yakin dengan keupayaan mereka untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Siri buku Ladybird’s Key Words with Peter and Jane digunakan sebagai platform pengajaran. Kanak-kanak juga belajar melalui aktiviti dan permainan berkaitan yang dicipta oleh GG.

3. LIT Math

Program ini merupakan program bimbingan individu untuk mata pelajaran Matematik. Bimbingan yang diberikan meliputi bimbingan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

4. Projek Makan Sihat

Projek ini merupakan program kerjasama bersama Jabatan Pediatrik, Universiti Malaya (UM) melalui Geran Khas, Yayasan Hasanah yang bermula dari tahun 2021 hingga 2023.

Projek ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pemakanan dan kesihatan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun yang berisiko mengalami kekurangan zat makanan.

Melalui program ini peserta akan menerima pendidikan pemakanan dan kotak makanan bagi membekalkan makanan berkhasiat untuk keluar terpilih.

Walaupun projek ini telah ditamatkan namun menerusi Projek Makan Sihat  masih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak dan keluarga kurang bernasib baik ini untuk memastikan mereka dapat mencapai tahap perkembangan dan memulakan kehidupan dengan lebih baik.

Bagi tahun 2024, GG kini bercadang memberikan biasiswa untuk membantu ibu bapa yang memerlukan untuk menghantar anak kecil mereka ke tadika. Bukan itu sahaja, pembelajaran awal dan rangsangan turut diberikan oleh sukarelawan GG melalui sesi kumpulan permainan.

Yayasan Generasi Gemilang tak gentar melabur untuk generasi akan datang! – Aina mentor muda berusia 9 tahun.

Mahu mengurangkan jurang pendidikan dalam kalangan masyarakat B40, Yayasan Generasi Gemilang tak kisah melabur untuk generasi akan datang kerana generasi inilah yang akan memimpin kelak.

Macam Aina, mentor muda yang baru sahaja berusia 9 tahun.

Kisah Aina bermula pada tahun 2022. Pada ketika itu Aina bermula sebagai peserta dibawah program KidzREAD secara dalam talian.

Program membaca dalam Bahasa Inggeris ini diadakan melalui bimbingan kumpulan kecil bagi memudahkan proses pembelajaran.

Siapa sangka kanak-kanak ini yang pada mulanya sangat pemalu dan memerlukan bantuan ibu bapa untuk menjawab soalan yang diajukan oleh mentornya kini telah bergelar mentor dan mampu membantu peserta-peserta lain.

Dia yang pada mulanya hanya membaca apabila di gesa oleh mentor, kini mengajar peserta berusia 7-8 tahun Bahasa Inggeris (fonik) sambil dipantau oleh sukarelawan dewasa.

Menurut ibu bapa Aina, Aina lebih yakin untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Semasa majlis hari lahir, Aina telah memberikan ucapan penuh dalam Bahasa Inggeris.

Melihat perkembangan positif seumpama inilah  yang memacu Yayasan Generasi Gemilang untuk terus komited melabur pada generasi akan datang!

Jika anda mahu anak-anak anda menjadi seperti Aina atau anda sendiri mahu menjadi sebahagian daripada komuniti sukarelawan Yayasan Generasi Gemilang, jom daftar sebagai sukarelawan dan melabur untuk generasi akan datang!

Daftar sebagai sukarelawan disini <Pendaftaran Sukarelawan | Generasi Gemilang (gengemilang.org)>

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×