Pasukan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) baru-baru ini melakar sejarah tersendiri dalam dunia sukan berkuda apabila berjaya menjuarai beberapa kategori utama di Sultan Mizan Cup 2024.
Kejayaan ini menjadi detik bersejarah buat MADAD kerana ianya merupakan penyertaan kali pertama mereka dalam sukan lasak ini.
Penyertaan kali pertama cipta kejayaan luar biasa!
Menurut Pengarah Urusan MADAD, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof, mereka melahirkan rasa syukur di atas kejayaan pasukan mereka yang telah menjalani persiapan rapi sejak lebih setahun lalu.
“Dalam kejohanan ini, MADAD menyertai empat kategori utama iaitu CEN 40 kilometer terbuka, CEN 80 kilometer terbuka, 15 kilometer terbuka, dan VIP 15 kilometer.”
“Muhammad Fateh Ar Rayyan Mohd Yaakub Yusra menjuarai kategori CEN 80 kilometer terbuka menggunakan kuda yang diberi nama Calista As Sagoff.”
“Seterusnya, Muhammad Atiff berjaya meletakkan diri dalam 10 peserta terbaik dalam kategori CEN 40 kilometer terbuka dan saya sendiri menjuarai kategori VIP Ride 15 kilometer.” ceritanya.
Selain kejohanan ini, MADAD juga mempamerkan kehebatan mereka dalam acara berkuda lain seperti pertandingan dressage di Putra Akademi yang berlangsung pada 1 Disember 2024 dan ia menyaksikan Muhammad Izz Danish Izuan menjuarai kategori Preliminary manakala Muhammad Mirza meraih tempat kedua kategori Preparatory.
Berkuda latih diri berdisiplin & sabar!
Tambah Ustaz Yaakub, sukan berkuda bukan sekadar aktiviti sukan, tetapi juga merupakan sunnah yang dianjurkan Rasulullah SAW.
“Sukan berkuda bukan sahaja meningkatkan kekuatan fizikal tetapi juga melatih disiplin, kesabaran dan hubungan harmoni dengan alam. Ia seiring dengan ajaran Islam yang menekankan kepentingan menjaga amanah tubuh badan serta memperkukuh hubungan dengan ciptaan Allah,” katanya.
Kejayaan ini turut didukung oleh fasiliti Rumah Kuda MADAD di Sungai Petani. Fasiliti ini bukan sahaja menyediakan latihan berkuda yang komprehensif tetapi juga membuka peluang kepada masyarakat untuk mengenali, mendekati dan menghargai kuda.
“Kami di MADAD percaya bahawa sukan berkuda mampu membentuk jati diri generasi Muslim. Ia adalah salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah melalui aktiviti yang bukan sahaja fizikal, tetapi juga spiritual,” tambahnya.
Mahu lebih ramai individu menceburi sukan berkuda
MADAD berharap kemenangan ini akan membuka mata orang ramai untuk menceburi sukan sunnah berkuda.
Selain menjadi simbol kecemerlangan, kejayaan ini juga membuktikan bahawa sukan boleh dijadikan ibadah jika dilakukan dengan niat yang betul.
Dengan pencapaian luar biasa di Sultan Mizan Cup 2024, MADAD terus membuktikan komitmen mereka untuk melahirkan lebih ramai pelumba berkuda yang bukan sahaja hebat di lapangan tetapi juga memiliki nilai-nilai Islam yang tinggi.
Kepada orang ramai yang ingin singgah bermain kuda di MADAD dan menyaksikan sendiri pembangunan rancak yang sedang dijalankan di pusat dakwah itu merangkumi fasa ke-2 masjid, stadium e-sport, kediaman warga emas, nurseri, taman permainan kanak-kanak, rumah kucing dan banyak lagi bolehlah datang ke Sungai Petani, Kedah.
Bagi anda yang berhajat untuk berinfaq dan berwakaf, MADAD ada menjalankan kempen Derma Wakaf RM1,000 Untuk Mak Ayah.
Layari laman sesawang www.madadcentre.com atau Facebook Murtadha Dakwah Centre atau hubungi talian 014-601 9090/9494 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kempen ini.
Disamping itu jika anda yang ingin memberikan sumbangan, salurkan bantuan anda terus melalui akaun Maybank, 552059875760 (Yayasan Murtadha Berhad).
Anda akan memperoleh 50 e-book secara percuma untuk setiap sumbangan yang dilakukan.