Sekiranya anak tak sihat, sediakan makanan yang boleh membekalkan khasiat kepadanya walaupun si manja hilang selesa makan. Oleh kerana selera makan berkurangan maka mudah untuk berat badan menurun secara mendadak. Nanti hati ibu yang risau melihat anaknya begitu.
Walau bagaimanapun, anak yang tidak sihat tetap perlu diberikan makan tetapi bukan memaksa mereka ya. Kebiasaanya, anak akan menerima menu yang mereka sudah biasa sahaja. Jadi tambahkan 6 bahan ini dalam masakan.
Baca juga: Antara Sebab Generasi Kini Semakin Kurang Ajar, Awas Penggunaan Gajet Mereka!
6 BAHAN PERLU LETAK DALAM MASAKAN
Saya akan letak bahan-bahan ini dalam masakan, kalau anak tak sihat.
Demam. Batuk. Selesema. Cirit-birit. Apa-apa sahaja sakit jangka masa pendek, saya akan banyakkan bahan dalam gambar untuk makanan anak.
Reneh lama, biar anak hirup sup atau singgang yang ada bahan macam ini.
Kita nampak macam penyedap masakan sahaja. Tapi sebenarnya, sangat tinggi dengan khasiat semulajadi yang boleh bantu penyembuhan anak-anak, dengan izinNya.
1. Lengkuas
Lengkuas ada galangil dan alpine.
Ada kandungan antioksida galangil dan alpine, buatkan lengkuas jadi immune booster untuk anak.
2. Kunyit
Ada curcumin, anti inflamasi yang bantu kurangkan radang dalam badan anak.
3. Halia
Ada gingerol, sebagai anti inflamasi dan antioksida yang sangat bagus untuk penyembuhan anak.
4. Serai
Serai sebagai antibakteria.
Serai boleh bantu kurangkan pembiakan beberapa jenis bakteria dan kulat. Juga boleh kurangkan rasa sakit, bengkak dan demam. Power kan.
5. Bawang merah, bawang besar, bawang holland
Bawang besar ada flavanol, quercetin dan kaempferol.
Bawang holland pun sama ada flavanol, quercetin dan kaempferol.
Sama juga bawang merah ada flavanols, quercetin dan kaempferol.
Ada flavanols, quercetin dan kaempferol, sebagai antibakteria dan antimicrob yang akan bantu melawan jangkitan kuman.
6. Bawang putih
Ada allicin, bantu bantutkan perkembangan bakteria dan virus yang membiak dalam badan.
Hebat kan semua bahan semulajadi yang Allah cipta ini. Cuma kita sahaja suka terlepas pandang. Padahal semua barang makanan ini, ada sahaja sentiasa kat dapur kita.
Kalau banyak makanan sihat kat dapur, sebenarnya dah jadi rupa farmasi dapur kita kan. Anak-anak pun insyaAllah akan kurang nak dapat sakit. Atau bila sakit pun, insyaAllah Allah izin cepat sembuh jika kita jaga kualiti makanan anak.
Kita cuba sama-sama. Sedikit demi sedikit kita ubah untuk farmasikan dapur kita.
Tak dapat buat semua, kita buat satu dua sahaja dulu. Pelan-pelan kayuh. Tak ada siapa yang cepat, tak ada siapa yang lambat. Yang penting dapur kita sekarang, lebih baik dari tahun lepas, insyaAllah.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan