Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa 1 dari 3 keluarga di Malaysia mengalami kekurangan mikronutrien seperti Kalsium, Zat besi, dan Vitamin C yang mampu mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan mereka.
Mikronutrien adalah vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang sedikit untuk badan berfungsi sepenuhnya. Amalan pemakanan yang kurang sihat dan tidak seimbang oleh keluarga juga boleh menyebabkan kekurangan mikronutrien.
Penting untuk ibu bapa mengambil berat tentang amalan pemakanan anak-anak dengan memastikan mereka mendapat nutrien yang mencukupi. Ini untuk memastikan mereka mempunyai sumber tenaga dan nutrien yang mencukupi bagi menjalani aktiviti harian.
Makan Tapi Tak Dapat Mikronutrien Yang Diperlukan Badan!
Walaupun makanan yang diambil sedap dan memuaskan, tapi tidak semestinya memenuhi keperluan mikronutrien harian untuk fungsi badan. Keadaan ini dikenali sebagai kelaparan tersembunyi dimana tubuh badan individu kurang nutrien seperti vitamin dan mineral.
Perkara ini menjadikan tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan baik serta menyebabkan gangguan kesihatan yang serius.
Jadi tidak hairan lah kita sebagai ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting untuk memastikan pemakanan ahli keluarga dijaga dengan baik agar mereka sentiasa bertenaga dan sihat.
#HariHariEveryday Membantu Golongan Yang Memerlukan
Haa.. cakap pasal nutrien ni memang teringat NESTLÉ EVERYDAY sebagai jenama susu terkenal lama di Malaysia yang berkhasiat serta mampu dimiliki oleh setiap keluarga. Paling best, tak kira lah dewasa atau kanak-kanak semua peringkat umur pun boleh je menikmati susu tepung ini.
Kali ini, Nestlé mengambil inisiatif menjalankan kempen #HariHariEveryday yang bertujuan menggalakkan setiap keluarga untuk melengkapkan nutrisi harian mereka.
Kempen ini juga memberikan kesedaran tentang kepentingan mikronutrien pada tubuh badan dengan menikmati susu EVERYDAY. Melalui kempen ini juga Nestlé ingin membantu golongan yang memerlukan melalui program pendidikan dan aktiviti khidmat masyarakat.
Kegunaan versatil susu tepung NESTLÉ EVERYDAY dalam masakan
NESTLÉ EVERYDAY mengandungi 12 vitamin dan mineral penting, tinggi dalam mikronutrien seperti Kalsium dan Zat Besi. Kalsium adalah penting untuk perkembangan gigi dan tulang yang kuat manakala zat besi diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan kita.
Selain itu 2 hidangan susu Nestlé EVERYDAY memenuhi 100% keperluan harian Vitamin C* untuk kanak-kanak 4-9 tahun berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (2017). Vitamin C diperlukan untuk penyerapan zat besi dalam makanan.
Anda juga digalakkan untuk mengambil 2 hidangan susu dan produk tenusu setiap hari bagi orang dewasa dan 2-3 hidangan untuk kanak-kanak seperti yang disarankan oleh Panduan Pemakanan Malaysia.
Selalu kalau sebut susu tepung ni, mesti anda fikir untuk bancuh dan minum je kan? Tapi sebenarnya anda boleh menggunakan susu tepung Nestlé EVERYDAY untuk menggantikan santan dalam masakan harian!
Ini antara resepi yang menarik menggunakan susu tepung EVERYDAY untuk anda:
Nestlé Everyday® Smoothie Tropika Bersusu
Bahan-bahan :
- 2 sudu besar Susu Tepung NESTLÉ EVERYDAY
- 50g pisang
- 50g betik
- 100g Mangga
- 1 sudu besar yogurt
- 150g ais
- 2 sudu besar madu (mengikut cita rasa)
- 30g kismis (hiasan)
Cara penyediaan
- Kisar semua bahan hingga sebati.
- Sebelum hidang, hiaskan dengan buah buahan dan kismis/buah kering.
Nestlé Everyday® Sate Ayam Rempah Bersusu
Bahan-bahan:
- 500g dada ayam
- 100g lada benggala
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar Susu Tepung NESTLÉ EVERYDAY
- 50g madu (mengikut cita rasa)
- 20g daun ketumbar
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar minyak zaitun (untuk perapan & gril)
Cara penyediaan:
- Potong ayam dan lada benggala
- Perapkan bersama kesemua bahan yang lain
- Grilkan selama 15-20 minit sehingga masak
Kari Ayam Vegetarian Dengan Susu EVERYDAY
Bahan – bahan A:
- 250gm ayam vegetarian
- 300gm kentang, potong dadu
- 150gm tomato, potong panjang
- 2 sudu besar serbuk kari daging
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 liter Susu EVERYDAY (12 sudu besar serbuk susu EVERYDAY + 800ml air)
Bahan-bahan B (Dikisar sehingga menjadi pes):
- 10 cili kering, buang biji, direndam
- 5 batang serai, dipotong halus
- 3 cm lengkuas, dicincang
- 5 bawang merah, dicincang
- 4 ulas bawang putih, dicincang
- 2 cm halia
Bahan – bahan C
- 4 buah pelaga
- 4 cengkih
- 4 bunga lawang
- 2 batang kayu manis
- 2 tangkai daun kari
- 3-4 sudu besar minyak
- Garam & gula (secukup rasa)
Cara-cara penyediaan
- Panaskan minyak dan tambah bahan-bahan C dan goreng dengan api yang rendah sehingga wangi.
- Masukkan pes (Bahan B), serbuk kari dan serbuk cili dan goreng sehingga minyak naik, masukkan kentang dan tomato dan kacau dengan baik.
- Masukkan susu dan kacau rata. Biarkan mereneh di atas api yang rendah sehingga kentang masak sepenuhnya.
- Masukkan ayam vegetarian dan masak selama 10 minit. Hidangkan panas dengan nasi.
Kuah Lodeh Dengan Susu NESTLÉ EVERYDAY
Bahan A:
- Kisar halus bersama 1 cawan air
- 10 ulas – bawang merah
- 5 cm (20gm) – kunyit hidup
- 4 biji – cili padi
- 2 sudu besar – udang kering- rendam dan tos
- 2 batang – serai diketuk
- 2 liter – air
Bahan B:
- ¼ biji – kobis bulat dipotong kecil
- ¼ biji – sengkuang dipotong kecil
- 1 biji – lobak merah dipotong kecil
- 6 btg – kacang panjang dipotong 3cm
- 2 biji – terung panjang dipotong kecil
- 1 biji – kentang dipotong kecil
- 2 keping – fucuk direndam dan dipotong kecil
- 1 ikat – suhun direndam
Bahan C:
- 2 keping – tauhu putih dipotong kecil
- 1 keping – tempe dipotong kecil dan goreng
- 2 biji – cili merah dihiris nipis
- 200 gm – udang segar, dibersih
- 2 sudu teh – serbuk kunyit
- 5 kiub – kiub pati ikan bilis MAGGI
Bahan D:
- 6 sudu besar – Susu NESTLÉ EVERYDAY
- (66 gm) – (digaul bersama 2 cawan air suam)
- 2 sudu teh – serbuk kunyit
Cara – cara penyediaan
- Masak bahan A dan serai bersama air sehingga mendidih.
- Masukkan bahan B dan rebus sehingga mendidih semula.
- Masukkan bahan C dan D, reneh selama 5 minit, gaul setiap 1 minit.
- Hidangkan panas.
Nestlé Everyday® Dadih
Bahan-bahan
- 1.2 litre susu EVERYDAY® (200g +1.2 litre)
- Agar-agar tali 20g
- 125g gula
- 1/8 sudu kecil garam
- Air masak lebih kurang 1 litre (untuk masak agar-agar tali)
- 1/8 sudu kecil pewarna (merah jambu, hijau)
Cara penyediaan
- Larutkan agar-agar bersama air masak atas dapur
- Masukkan susu, gula & garam
- Tapis & sejukkan
Selfie dan tag NESTLÉ untuk menderma kepada golongan yang memerlukan!
Anda juga boleh mengambil bahagian dalam meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang isu hidden hunger dengan menggunakan #HariHariEveryday bermula 28 Mei 2022.
- Post satu gambar anda di media sosial dengan satu pek susu tepung EVERYDAY
- Posing dengan menunjukkan otot dan letakkan #HariHariEveryday dalam caption anda!
Setiap satu hashtag #HariHariEveryday yang digunakan, NESTLÉ EVERYDAY akan memberikan satu pek nutrisi yang diisi dengan cenderahati kepada keluarga yang memerlukan.
Apa tunggu lagi, anda boleh mengambil bahagian dalam meningkatkan kesedaran kepentingan nutrisi mikro dengan mendapatkan produk NESTLÉ EVERYDAY di Shopee, Lazada serta kedai berhampiran anda. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook mereka!