Percutian

Pengalaman ‘Luar Biasa’ Bercuti 5 Hari Di Davao City, Filipina. Rasa Macam Tak Nak Balik!

35
SHARES

Bila kita sebut sahaja Filipina, apa yang ada dalam bayangan kita adalah drama-drama Filipina yang mampu untuk membuai perasaan kita kan? Bukan itu sahaja, bila bercakap soal perlancongan di Republik ini, apa yang ramai orang tahu adalah untuk melawat Manila dan Pulau Boracay sahaja. Bosannya, dah tak ada kelainan dah dari orang lain.

giphy.com

Jadi, apa kata anda berkunjung ke Davao City, Filipina! Tak pernah dengar Davao City? Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, apa kata anda baca perjalanan jejaka ini dimana beliau menjelajah bersama AirAsia ke Davao City yang juga merupakan bandar yang mempunyai penduduk paling ramai selepas Manila selama 5 hari 4 malam! Memang padat dengan tempat-tempat yang menarik untuk tatapan anda. Jom!

giphy.com

MEMULAKAN PERJALANAN, AYUH!

http://ohbulan.com/

Penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA 2) bersama 3 media lain: 8.30 pagi

Jam 12.30-1.00 pm : Dijangka sampai di Ninoy Aquino International Airport di Manila

Transit  : Di Ninoy Aquino International Airport, Manila untuk ke Davao kerana belum ada direct flight ke sana lagi.

Terus ke Davao City : Mendarat di Francisco Bangoy International Airport di Davao City pula hanya ambil masa sejam. Turut disambut meriah oleh pihak Perlancongan Filipina dengan aksi tarian kebudayaan Indigenous Mindanaon Dance. Menarik!

Tempat penginapan pula adalah di Marco Polo Hotel, Davao City dan jarak hotel cantik ini dari lapangan terbang hanya memakan masa selama 30 minit sahaja. Selesai sahaja untuk check-in, kami terus menjamu selera dengan makanan yang enak-enak sekali di hotel ini. Sedap!

http://ohbulan.com/

HARI KEDUA MELAWAT LOKASI-LOKASI MENARIK DI DAVAO CITY!

1. Davao City Hall

http://ohbulan.com/

Davao City Hall ini mungkin kelihatan agak lama kan? Ini kerana bangunan ini merupakan bekas pejabat Datuk Bandar atau Mayor. Walaupun bangunan nampak lama tapi masih dijaga dengan baik tau. Sekarang, bangunan ini sudahpun mempunyai bangunan yang baharu di tempat lain.

2. San Pedro Cathedral

http://ohbulan.com/

Bangunan apa pula ni? Haa, inilah San Pedro Cathedral yang merupakan gereja Roman Katholik yang dibina pada tahun 1847 dengan menyelitkan gaya-gaya pembinaan Spanish. Sekali pandang macam tak perasan bahawa bangunan ini merupakan gereja kan?

3. Museo Dabawenyo

http://ohbulan.com/

Selain itu, apa salahnya kalau semasa kita melancong tu kita melawat galeri bersejarah kan? Museo Dabawenyo ini menempatkan pelbagai sejarah, seni dan budaya masyarakat Davao City! Memang patut pergi!

4. Rumah Presiden Filipina, Rodrigo Duterte

http://ohbulan.com/

Selepas itu, kami juga melawat ke rumah Presiden Filipna! Inilah rumah Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Dona Luisa Village yang sederhana saja dari segi rekaan dan saiz rumah.

5. Durian Candy Factory

http://ohbulan.com/

Buat anda yang merupakan ‘hantu durian’ mesti seronok bila berkunjung ke Durian Candy Factory ini. Bukan sahaja setiap hari mereka memproses gula-gula durian dari isi durian yang segar, malah harganya pun murah! Boleh la borong satu kedai untuk dijadikan buah tangan.

6. Makan Tengahari di Balik Bukit Farm & Kitchen

Penat berjalan, jom kita makan pula. Kami berkunjung ke Balik Bukit Farm & Kitchen ini untuk santapan tengahari dimana restoran ini menyediakan makanan yang organik. Antara juadah yang kami cuba, Chicken Adobo, Paseared Garlic Malasugui Fish dan ice cream basket yang mempunyai pelbagai perisa. Bukan itu saja, rekaan dan dekorasi kedai yang berkongsepkan ‘back to nature’ ini juga mencuri perhatian sesiapa yang berkunjung.

http://ohbulan.com/

7.  Philippines Eagle Centre

http://ohbulan.com/

Philippines Eagle Centre ini menempatkan sebanyak 36 ekor helang Filipina dan 10 lagi adalah spesis burung yang lain, 4 spesis mamalia dan 2 spesis reptilia. Seronok juga ni!

8. Malagos Garden Resort

http://ohbulan.com/

Buat anda yang merupakan peminat coklat, anda jangan lupa berkunjung ke Malagos Garden Resort. Malagos Garden Resort ini merupakan muzium coklat yang pertama di Filipina! Bukan setakat muzium sahaja, disini juga anda dapat belajar mengenai sejarah coklat dan boleh buat coklat sendiri!

9. Makan Malam di Rekoado Filipino Comfort Cuisine

http://ohbulan.com/

Perut pun dah lapar, jadi jom kita makan malam pula. Kami menjamu selera di Rekado Filipino Comfort Cuisine (HALAL)  yang menghidangkan makanan ala-ala ekslusif sikit untuk sesiapa yang berkunjung. Suasananya pun tenang dan sangat sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan.

JOM KITA SNORKELING DAN DIVING!

Bukan itu sahaja, ada juga aktiviti snorkeling dan diving untuk anda yang sukakan aktiviti air ni tau! Hari ketiga kami dipenuhi dengan aktiviti air sekitar Pulau Talikud. Kalau mahukan kelainan, banyak bot dan kapal menawarkan servis menyelam ikut pakej berpatutan sekali dengan makan atas bot.

1. Coral Garden

Coral Garden ini terletak lebih kurang 45 minit dari Davao City. Tengok saja gambar-gambar ini, memang merupakan ‘lubuk’ batu karang yang cantik-cantik belaka!!

2. Makan tengahari berlatar belakangkan pemandangan indah di Angel’s Cove

http://ohbulan.com/

Buat anda yang takut nak snorkeling tu kan, boleh lah menjamu selera dengan makan tengahari di atas bot di Angel’s Cove. Jangan risau, terbukti HALAL. Sambil makan sambil melihat pemandangan kawasan sekitar penduduk berniaga dan menangkap hasil laut. Tenang sekali!

3. Aktiviti snorkeling di Tagbaobao Falls

http://ohbulan.com/

Dekat sini pula kami dapat lihat kerang raksasa tau! Rupa-rupanya banyak kerang yang besar-besar dekat sini!

Selepas puas snorkeling semua, kami check in pula hotel yang kedua di sini iaitu Pearl Farm Beach Resort di Pulau Samal juga. Rupa-rupanya pemandangan disini memang sangat cantik! Terpegun kami dengan keindahan pemandangan bila masuk dalam bilik hotel. Kalau bangun setiap hari dengan adanya pemandangan sebegini, memang dah tak nak balik dah!

http://ohbulan.com/

ADA APA LAGI PULAU SAMAL NI? JOM KITA JELAJAH!

http://ohbulan.com/

Masuk hari keempat, giliran untuk kami mencuci mata di sekitar kawasan Pulau Samal ni pula. Berdasarkan pemerhatian kami, penduduk di Pulau Samal ini banyak mencari sumber semulajadi untuk dijual di sekitar pekan. Penyusunan bandar di pulau ini juga agak tersusun.

1. HAGIMIT FALLS

http://ohbulan.com/

Hampir 20 minit perjalanan, lokasi persinggahan yang seterusnya adalah Hagimit Falls. Buat anda yang memang seorang pencinta alam semulajadi, lokasi air terjun ini memang patut dikunjungi. Airnya yang bersih dan sejuk, sangat sesuai untuk aktiviti berkelah!

Nak naik Hagimit Falls ini anda perlu mengharungi perjalanan menaiki 150 anak tangga! Penat jugalah tapi yang menariknya, sepanjang perjalanan menaiki anak tangga ini, pelbagai makanan tradisi iaitu ‘Salvaro’ dijual oleh penduduk tempatan . Kalau anda nak tahu ‘Salvaro’ ini adalah nasi kepal yang disapu santan dan dibakar. Unik!

2. Monfort Bat Cave

http://ohbulan.com/

Seterusnya kami melawat Monfort Bat Cave yang menjadi ‘rumah’ kepada 2.5 juta kelawar dari pelbagai spesis! Banyak tu!

http://ohbulan.com/

3. Makan tengahari di Hijo Resorts Davao

http://ohbulan.com/

Seperti biasa, dah penat berjalan kami menjamu selera di Hijo Resorts Davao yang juga diiktiraf HALAL. Dah menikmati pemandangan alam semulajadi ni, selera pun makin membuak-buak lah. Kalau anda nak datang ke sini, jangan risau tentang makanan Halal kerana banyak restoran yang menawarkan hidangan Halal untuk anda!

4. Ladang penanaman pisang di Hijo Resorts Davao

Perut pun dah kenyang, jadi kami meneruskan perjalanan dengan melawat ladang pisang berkeluasan 177 hektar yang turut dilengkapi dengan teknologi yang canggih! Ini bertujuan untuk urusan import ke negara luar seperti Vietnam dan Thailand. Tengoklah, banyak betul pokok pisang!

5. Nikmati pemandangan hijau dengan Forest Tour di Hijo Resorts Davao

http://ohbulan.com/

Memang kaya dengan keindahan alam semulajadi, kami meneruskan aktiviti dengan forest tour. Lawatan ini membawa kami untuk melawat dan menikmati kehijauan hutan simpan yang masih menempatkan haiwan liar dan spesis pokok terancam. Menariknya, jambatan gantung pun ada!

Bosan-bosan tu, nak main game pun ada!

Perut lapar? Jangan risau, banyak seleksi makanan yang boleh dipilih!

http://ohbulan.com/

Di tempat penginapan ketiga kami iaitu di Waterfornt Insular Hotel, kami turut menjamah makan malam di Bistro Selera, SM Lanang Premier. Tengoklah seleksi makanan di hotel ini, semuanya memang ‘mengancam’!

HARI TERAKHIR DI DAVAO

Pejam celik dah masuk hari kelima dan terakhir kami berada di Davao City. Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Kami pun check out hotel  Waterfront Insular Hotel pada jam 7 pagi dan terus ke Francisco Bangoy International Airport untuk transit di Ninoy Aquino International Airport di Manila sebelum ke KLIA2. Sebelum itu kami sempat juga melihat ruang esklusif hotel ini. Menang bertaraf 5 bintang!

http://ohbulan.com/

Teringin juga nak pergi Davao City?

http://ohbulan.com/

Kalau anda nak merasakan pengalaman menarik seperti apa yang kami rasa, jomlah pergi Davao City ni! Selepas ini dah tak payah susah nak transit lapangan terbang lagi kerana AirAsia bakal menawarkan laluan terus ke Davao City bermula Disember ini! Tiket pun boleh didapati dengan harga yang berpatutan pada waktu yang bersesuaian. Kena masuk dalam travel list ni!

http://ohbulan.com/

Terima kasih AirAsia!

Jumpa lagi Davao City!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×