Inspirasi

Lelaki Ini Cacat Tapi Hebat

42
reads
Cacat tapi hebat

Walaupun cacat, tidak mempunyai tangan, lelaki ini boleh melakukan banyak perkara.

Pertama sekali dalam video ini, kita dapat melihat dia menggunakan komputer tanpa ada masalah. Dia juga dilihat kemas rumah dengan mengemop lantai. Kenapa kita yang sempurna ini malas untuk mengemas rumah sendiri?

Cacat tapi hebat

Dan yang paling menyentuh hati, walaupun cacat masih lagi boleh menjaga ibunya yang sakit. Dengan susah payah, dia menyuap ibunya yang terbaring di atas tilam. Sedih bila tengok dia lap mulut ibunya. Sungguh, dia seorang manusia yang hebat!

Bagaimana dengan kita yang masih mempunyai ibu lagi? Walaupun kita punyai tubuh badan yang sihat dan sempurna, dapatkah kita menandingi kehebatannya yang sanggup berbakti pada ibu sendiri?

Pesanan ini untuk diri saya sendiri.

Rahmat menjaga orang sakit

Menurut IKIM FM, mereka yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjaga orang yang sakit adalah satu rahmat yang besar. Dalam satu hadith menceritakan tentang orang yang menziarahi orang sakit didoakan oleh malaikat, apatah lagi mereka yang menjaga orang yang sakit akan mendapat pahala dan ganjaran yang sangat besar di sisi Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. [Hadith Riwayat At-Tirmizi]

Orang yang sakit amat memerlukan terapi kerohanian dan untuk menjadi orang yang berjaya menjaga dan mengurus orang sakit, kita perlu ada nilai ehsan dalam diri kita supaya kita dapat meletakkan diri kita pada kedudukan orang mereka yang sakit. Dengan adanya nilai ehsan dalam diri mengajar kita untuk menjaga adab-adab terhadap orang yang sakit.

Ustazah Norhafizah Musa mengajak para pendengar bermuhasabah menjaga adab apabila menziarahi orang sakit dengan tidak mengambil gambar mereka dalam keadaan tidak terurus dan menyebar atau meletakkan di laman sosial tanpa pengetahuan mereka. Sebaik-baiknya meminta kebenaran terlebih dahulu untuk mengambil gambar mereka dan paling penting menghormati kehendak orang yang sakit.

Dengan adanya nilai ehsan dalam diri, perkara tidak beradab tidak akan berlaku terhadap pesakit, malah dapat memelihara serta menguatkan lagi akidah tauhid pesakit.

Semoga kita semua dapat menjaga ibu-bapa kita nanti.

Sumber: YouTube

Yang Popular

To Top