Cantik

TERBUKTI! Abang Berjambang Jadi Idaman Para Wanita, Hari-Hari Angau…

3
SHARES
lelaki berjambang

Siapa sangka, lelaki berjambang dianggap bergaya dan juga menarik bagi kebanyakan wanita! ‘Perhiasan’ unik yang terdapat pada kaum Adam ini telah dibuktikan dalam beberapa kajian saintifik.

Namun begitu, sejauh manakah kebenaran berkenaan jambang dapat menjadi daya penarik kepada kaum Hawa? Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasan yang dikongsikan oleh portal Hello Doktor seperti berikut:

Baca juga: Netizen Bersependapat LELAKI Kelantan Paling Tampan & Kedah Pandai Melawak!

LELAKI BERJAMBANG

lelaki berjambang

Gambar: freepik

1. Wanita lebih sukakan janggut/jambang berbanding misai

Lebih daripada 60% wanita mendapati bulu di wajah lelaki sebagai menarik. Ia berdasarkan satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah laman web Dating terhadap hampir 2,500 wanita.

Daripada 1,500 wanita yang mengundi, ternyata jumlah pilihan jambang atau janggut yang diundi mengalahkan misai. Sekitar 6.44% jumlah wanita memilih misai, manakala 43.27% lebih gemarkan lelaki berjanggut atau berjambang.

Baca juga: Guna Tisu Basah (Feminine Wipes) Bersihkan Miss V, Selamat Ke? Cik Akak Kena Baca!

2. Menurut sains, lelaki berjambang tampak maskulin

Satu kajian 2016 yang diterbitkan dalam Journal of Evolutionary Biology dilakukan demi mengkaji ciri lelaki yang digemari oleh para wanita.

Penyelidik meninjau lebih daripada 8,000 wanita dan menunjukkan 2 keping gambar, lantas menanyakan gambar mana yang lebih menarik. Tanpa disedari peserta, kedua-dua gambar tersebut telah dimanipulasi di Photoshop untuk menjadikannya lebih maskulin berbanding yang lain.

Hasil kajian mendapati, wanita memandang lelaki dengan bulu di wajah bukan hanya kelihatan maskulin tetapi lebih yakin, rajin, murah hati, dan ikhlas berbanding mereka yang tidak berjambang.

Selain itu, peserta juga menilai lelaki berjanggut sebagai lebih menarik berbanding wajah yang dicukur bersih bagi hubungan jangka panjang.

Baca juga: ‘Tips & Tricks’ 7 Posing Ambil Gambar, Agar Hasilnya Diri Nampak Kurus!

3. Lelaki jambang tebal boleh menjadi bapa yang lebih baik

Dalam salah satu kajian, lelaki berjanggut dilihat sebagai pasangan yang lebih baik untuk hubungan jangka panjang. Ini membolehkan para penyelidik Dixon dan Brookes menyimpulkan bahawa lelaki berjambang juga boleh dianggap sebagai ayah yang lebih baik.

Mungkin kedengarannya seperti tidak logik bukan? Tetapi kajian sains mengatakan sebaliknya!

Wanita secara sedar (atau secara tidak sedar) menganggap lelaki berjambang lebih maskulin lantas membuatkan mereka kelihatan sebagai pelindung atau penjaga yang baik.

Kesimpulan

Biarpun bukan semua wanita gemarkan lelaki berjambang, berdasarkan kajian golongan ini terbukti mempunyai kelebihan dalam kalangan wanita.

Orang lelaki, tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk anda ‘membela’ jambang, siapa tahu dapat menambat hati bakal isteri!

Baca juga: Makin Teruk Kelemumur Bila Garu Kuat Tau, Boleh Pakai Syampu Saranan PHM Ini!

Sumber: Hello Doktor

FT Image: Gilaxia/Getty Images

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×