Dapur

Lebih Tahan Lama & Tak Mudah Basi, Resipi Kuih Lapis Labu ‘Gedik’ Ini Anda Kena Cuba!

163
SHARES

Kuih muih merupakan antara juadah yang boleh dimakan tidak kira masa dan dimana-mana sahaja. Begitu juga dengan juadah kuih lapis yang merupakan antara kuih-muih tradisional yang digemari ramai ini. Jika anda suka pelbagaikan jenis kuih lapis, apa kata anda cuba pula buat kuih lapis labu yang sememangnya sesuai untuk juadah minum petang dan berbuka puasa! Nampak hasil dari resipi ini pun dah menyelerakan.

RESIPI KUIH LAPIS LABU GEBU

BAHAN-BAHAN

-¼ biji labu saiz sederhana (dikukus, dan blender halus.. anggaran ½ cawan selepas diblender.. saya guna pengisar kering sahaja)

-4 cawan santan segar.. Dipanaskan atas api perlahan hingga suam kuku

-Dalam 1 bekas besar, campurkan dan gaul rata bahan² ini :
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
¾ – 1 cawan gula halus ( saya guna ¾ cawan shj..kisar gula supaya senang larut)
¼ camca teh garam

1. Mula-mula kupas labu, basuh dan kukus.

2. Kemudian di blend halus.. anggaran setengah cawan

3. Dalam 1 bekas besar, masukkan 2 cawan tepung beras

4. Kemudian masukkan setengah cawan tepung gandum

5. Masukkan pula setengah cawan tepung jagung

6. Ini gula pasir.. saya kisar halus supaya senang larut.. Disebabkan saya tak berapa suka manis, saya cuma gunakan 3/4cawan gula sahaja.

7. Tambahkan sedikit garam..Anggaran 1/4 sudu teh kfc tu. Kemudian gaul rata semua bahan tu.

8. 4 cawan santan segar.. Dipanaskan atas api perlahan sambil dikacau.. Panaskan hingga suam-suam kuku sahaja.

9. Kemudian tuangkan santan suam ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.

10.Tapis.. supaya takda yang berketul-ketul tinggal

11. Bahagikan adunan sama banyak.. Satu bahagian dimasukkan labu

12. Kukus selapis demi selapis dengan api sederhana.. 5 minit setiap lapisan. Lapisan terakhir, kukus selama 20-25minit. Pastikan loyang disapu minyak terlebih dahulu, dan loyang dah betul-betul panas baru tuang adunan.

13. Lapis Labu Gedik nama diberi

Untuk jadikan kuih tahan lebih lama dari basi, lepas siap kukus, bukak penutup kukusan dan biarkan atas api dalam 5minit.. supaya wap air atas kuih kering, kuih tak cepat basi.

Sumber : Marlia Lia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×