Famili

Lebih Banyak Manfaat & Keistimewaan, PTPTN Lancarkan Simpan SSPN PLUS

25
SHARES

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited dalam memastikan minda rakyat Malaysia untuk menabung dalam kalangan ibu bapa di peringkat awal usia anak-anak lagi.

Menariknya, PTPTN hari ini telah melancarkan produk baharu secara maya iaitu Simpan SSPN Plus di Facebook rasmi PTPTNOffcial dan YouTube PTPTN TV yang dirasmikan oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid.

6 PAKEJ MENARIK MAMPU MILIK SETIAP ISI RUMAH

Simpanan SSPN Plus ini merupakan kesinambungan daripada produk SSPN-i Plus yang telah ditambah baik dan Simpanan SSPN Plus ini juga menawarkan lebih banyak pilihan kepada pendeposit dengan kerjasama tiga syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful Berhad dan Takafuk Ikhlas Family Berhad dengan lebih banyak maanfaat seperti:

  1. Pendeposit menerima perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta
  2. Penyakit terminal sehingga RM2000,000
  3. Manfaat penghantaran balik jenazah sehingga RM10,000
  4. Rawatan pesakit luar akibat kemalangan sehingga RM3,000
  5. Perlindungan sehingga pendeposit berumur 69 tahun
  6. Dividen yang kompetetif

Selain itu, menurut Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid dengan adanya produk baharu Simpan SSPN Plus ia merupakan landasan yang terbaik untuk menabung kerana lebih banyak keistimewaan untuk ibu bapa merealisasikan impian anak-anak.

PTPTN juga kini telah menyediakan kemudahan secara dalam talian (online) untuk pembukaan dan penambahan Simpan SSPN Plus tanpa perlu ke kaunter.

Orang Ramai juga boleh melayari www.lovesspn.com untuk melakukan transaksi atas talian agar lebih cepat, selamat dan mudah.

CABUTAN WOW! SIMPAN SSPN PLUS 2021

Demi menggalakan orang ramai menabung di SSPN Plus dan menghargai pendopesit sedia ada, PTPTN menawarkan hadiah yang amat lumayan dan menarik dengan jumlah bernilai hampir RM320,000 untuk 221 orang pemenang terpilih. Wow!

  • Hadiah utama: Gold Bar bernilai RM150,000
  • Hadiah kedua: Perodua Bezza 1.3AV kepada dua orang pemenang
  • Hadiah ketiga: Thermomix kepada tiga orang pemenang.
  • Saguhati: Wang tunai bernilai RM221 menanti 215 pemenang.

Tempoh promosi bermula 1 September sehingga 31 Disember 2021.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×