Kini Trending

Lebarkan Sayap Perniagaan SME, Jangan Lepaskan Peluang Datang Ke OHSEM ADS Event!

56
SHARES

OHSEM ADS merupakan salah satu event yang bakal dianjurkan bersama REV Media Group dan Dattel Asia Group khas untuk usawahan PKS/SME.

OHSEM ADS turut mendapat liputan program bual bicara popular, Wanita Hari Ini. Menerusi temu bual itu, Ashran Dato’ Ghazi, Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia menjelaskan OHSEM ADS tertumpu kepada usahawan PKS/SME kerana kebanyakan mereka hanya bermain iklan di media sosial dan Google sahaja.

Baca juga: OHSEM ADS 2022 Sasar Beri Impak Kepada Lebih 3 Ribu Usahawan SME

JANGAN LEPASKAN PELUANG DATANG KE OHSEM ADS EVENT

Di OHSEM ADS usahawan PKS/SME boleh pelajari lebih banyak mengenai pengiklanan online berpandukan data membuat iklan online melalui Rangkaian Penerbit Kandungan Premium khususnya REV Media Network.

Mereka sebenarnya berminat untuk mengiklan di laman web seperti SirapLimau, Berita Harian dan lain-lain tetapi mereka terhalang atas 3 sebab:

  • Tanggapan terlalu mahal
  • Kurang pasti keberkesanan berbanding media sosial
  • Tak tahu siapa untuk dihubungi

OHSEM ADS menjadi peluang baik untuk perkenalkan REV Ads Manager kepada usahawan SME untuk para SME manfaatkan.

Lebih menakjubkan, sekiranya para usahawan hadir pada 3 November 2022, anda akan dapat akses akaun REV Ad Manager untuk kegunaan.

“Kami juga akan tawarkan pakej pengiklanan yang OHSEM, serendah RM800 untuk SME. Mereka yang ingin cuba mengiklan di NST, Vocket, SAYS pada harga yang istimewa,” ujarnya.

Melalui Rev Ad Manager, sebanyak tiga jenama SME yang sudah menjalankan iklan, dan mendapat hasil yang memuaskan antaranya Crowdfactor X, Bawalz dan Kiddocare.

Sekiranya usahawan SME berminat dengan OHSEM ADS, boleh hadir pada 3hb November 2022 di Mines 2, Seri Kembangan. Acara ini percuma untuk SME, tapi perlu daftar untuk hadir, dan juga untuk tuntut hadiah percuma bernilai RM750. Semasa pendaftaran, gunakan Kod Baucar REVOHSEM untuk buat tuntutan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×