Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Saya Tukar Cadar, Vakum & Kemas Rumah Sejak Kahwin” – Faizal Hussein Dedah Cara Luah Kasih Sayang Pada Isteri

ISTERI FAIZAL HUSSEIN

Kisah kehidupan rumah tangga isteri Faizal Hussein baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila pelakon itu berkongsi cara sederhana yang dilakukannya untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan.

Perkara yang dikongsikan oleh pelakon terkenal Malaysia, Faizal Hussein, menceritakan bagaimana dirinya menunjukkan kasih sayang kepada isteri sejak awal perkahwinan sehingga ke hari ini.

Baca juga: Ramai Dah Mula Serbu! Ini Senarai Penuh TERKINI Tarikh Tukar Duit Raya Ikut Semua Bank

ISTERI FAIZAL HUSSEIN DILAYAN SEPERTI ‘PERMAISURI’

ISTERI FAIZAL HUSSEIN

Kredit: Instagram

Menurutnya, walaupun ramai beranggapan kerja rumah tertentu biasanya dilakukan oleh wanita, beliau memilih untuk melakukannya sendiri sebagai tanda menghargai pasangan.

“Daripada kami kahwin sampai ke hari ni, isteri saya tak pernah tukar cadar sekali pun. Saya yang tukar cadar sampai hari ni,” jelasnya.

Pelakon itu menjelaskan bahawa perkara tersebut bukanlah sesuatu yang membebankan, sebaliknya menjadi salah satu cara dirinya menunjukkan rasa cinta dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Tambahnya lagi, keadaan perabot rumah moden seperti tilam yang besar dan berat membuatkan beliau merasakan tugas itu lebih sesuai dilakukan oleh lelaki.

“Kalau dulu itu seharusnya menjadi kerja seorang wanita, tapi di zaman-zaman tilam spring yang tebal-tebal tu, yang berat-berat tu, itu bukan lagi kerja seorang wanita, itu kerja seorang lelaki, ujarnya.

ISTERI FAIZAL HUSSEIN

Kredit: Instagram

Selain menukar cadar, beliau juga gemar melakukan pelbagai kerja rumah lain seperti membersihkan rumah, menyedut habuk dan mengemas persekitaran.

Bagi beliau, perkara-perkara kecil seperti itu sebenarnya mempunyai makna yang besar dalam sesebuah hubungan.

“Nak cuci dalam tu, vakum rumah, bersihkan rumah, lap-lap habuk-habuk. Saya suka buat benda-benda tu. Itu saya menunjukkan kasih sayang saya pada isteri saya.

“Sampai sekarang juga pun bagi isteri bunga. Tapi masa nak tackle dulu memang selalulah bagi bunga,” luahnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai kerana menunjukkan bahawa kasih sayang dalam rumah tangga tidak semestinya ditunjukkan melalui perkara besar atau mewah.

Kadangkala, tindakan kecil seperti membantu kerja rumah, mengambil berat tentang pasangan serta menghargai mereka setiap hari sudah cukup untuk mengeratkan hubungan suami isteri.

@heyluvmichelle

love language

♬ original sound – heyluvmichelle – heyluvmichelle

Baca juga: Hasrat Jemput Isteri Beli Baju Raya Tak Kesampaian, Suami Maut Dihempap Pokok Tumbang…

Sumber: TikTok Heyluvmichelle

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×