Famili

“Lawa Sangat!”- Adik Beradik Kumpul Duit Cantikkan Rumah Untuk Mak Abah

50
SHARES

Berbakti kepada orang tua sudah menjadi satu tuntutan dalam Islam. Hal ini kerana pengorbanan mereka dalam membesarkan anak-anak tidak terhitung dan tiada gantinya.

Apa sahaja sanggup dilakukan demi memastikan anak-anak mendapat keperluan hidup yang mencukupi. Apabila dewasa giliran kita pula untuk membalas jasa mereka seperti yang dilakukan Hazrin Zairi bersama adik-beradiknya.

Baca juga: ‘Rumahku Syurgaku’- Suami ‘Renovate’ Sendiri Rumah Pertama Dari A-Z!

ADIK BERADIK KUMPUL DUIT CANTIKKAN RUMAH UNTUK MAK ABAH

Akhirnya siap rumah mak abah. Assalamualaikum, salam jumaat dan hari yang penuh berkat. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana niat yang saya dan Azrel pasang untuk tempoh 1-2 tahun, akhirnya menjadi kenyataan.

Niat kami hanya untuk mencantikkan rumah mak & abah yang dibeli pada lebih kurang 20 tahun yang lepas. Rumah apartment yang ditinggalkan kerana jauh dengan kediaman sekarang dan terbiar tiada siapa yang duduk, kini Alhamdulillah, sedap sikit mata memandang.

Semuanya untuk gembirakan mak & abah. Di sini ingin saya berterima kasih kepada ahli keluarga, kerana terus mendoakan adik & abang. Rakan rakan, Faizal , Shah , Asyraf, Hanisah & Zura kerana berkongsi idea konsep rumah ini dan sentiasa sabar menanti sehingga siap.

Terlebih dihargai kepada Mu’az Hamzah dan Ifa Zarifah sama sama mengubah daripada yang asal kepada yang lebih menarik seperti sekarang.

Biasalah, bila rumah terbiar lama, ada lah tu yang ‘singgah letak barang’ dan menjadi port budak bermain. Agak kotor sikit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja melihat hasil yang dimuat naik di laman Facebook dan tidak melepaskan peluang memuji kecantikkan wajah baharu rumah tersebut.

Syukur, cantik sangat rumah baharu. Semoga terus dilimpahkan rezeki. Amin…

Sumber: Facebook Hazrin Zairi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×