Rakyat

Lahirkan Bayi Kembar Tiga, Ibu Reda Hanya Dua Sahaja Dapat Diselamatkan..

207
SHARES

Tidak dapat disangkal lagi, setiap pasangan yang berkahwin pasti mahu dan bahagia bila dikurniakan cahaya mata penyeri kehidupan berumah tangga. Lagi mengembirakan apabila mendapat berita jika si isteri hamil anak kembar. Namun umum tahu, mengenai risiko yang akan dihadapi oleh ibu jika mengandung anak kembar.

Baca juga: Rezeki Enam Tahun Penantian, Isteri Tomok Kongsi Tips Dapatkan Anak Ketiga

BERAT BADAN NAIK SAMPAI 85KG

Seorang pengguna TikTok bernama Ameliya berkongsi berita gembira mengenai keterujuaan yang bakal melahirkan bayi kembar tiga orangnya itu. Berat Amel sudah pun mencecah sehingga 85kg namun dia tetap berharap agar anak kembarnya sihat.

HANYA DUA ORANG DAPAT DISELAMATKAN

Walau bagaimanapun, langit tidak selalunya indah. Dugaan melanda Amel apabila komplikasi telah berlaku ketika melahirkan bayi kembar tiganya itu. Apa yang lebih menyayat hati apabila bayi keduanya tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia manakala dua orang lagi anaknya diletakkan dalam inkubator kerana pramatang.

Bayi pertamanya bernama Azsyila Malik Filham, kedua Aisyah Malik Filham dan terakhir Azzakky Malik Filham. Setelah beberapa hari mereka mendapatkan rawatan, hanya salah seorang sahaja dibenarkan pulang ke rumah manakala seorang lagi harus tinggal di hospital untuk rawatan lanjut.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan berita sedih yang dikongsikan. Mereka turut memberikan kata-kata semangat agar Amel terus kuat dan pasti akan bertemu bayinya di syurga kelak.

Sumber: TikTok Ameliya Fitri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×