Hebahan

Lagun Untuk Keriangan Fantasi & Dongeng

5
SHARES

Sunway Lagoon Logo

Sunway Lagoon adalah salah satu tarikan dengan menjelangnya musim cuti sekolah. Untuk cuti akan dating ini, pengunjung-pengunjung akan disambut oleh pari-pari, watak-watak fantasi, dan aktiviti-aktiviti yang akan membuatkan kunjungan anda ke Sunway Lagoon suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Jadual yang padat, tugasan yang perlu disiapkan, peperiksaan, dan kelas tusyen dilupakan sejenak dengan lebih daripada 90 permainan dan tarikan menanti, beserta dengan pakej-pakej menarik untuk seisi keluarga!

5D3B7430

Sunway Lagoon menawarkan pilihan terbaik untuk keluarga, seperti FamFUN yang mengandungi 2 pas Dewasa dan 2 pas Kanak-kanak, dan 4-To-Go yang mengandungi 4 pas Dewasa, masing-masing berharga RM390 dan RM456.

Daripada 28 Mei sehinggalah 12 Jun, pengunjung-pengunjung akan mengambil bahjagian di dalam perjalanan fantasi yang dipenuhi dengan lukisan muka, perarakan kelip-kelip, dan pertunjukan pari-pari, iaitu sebahagian daripada acara setiap hari. Kanak-kanak boleh merealisasikan impian mereka untuk terbang di dalam sesi Kids Fairy Wings DIY.

5D3B7556

Dengan sayap yang baru diperolehi, terbanglah ke Nickelodeon Lost Lagoon, untuk bertemu SpongeBob Squarepants, Patrick Star, Dora the Explorer, Boots dan Teenage Mutant Ninja Turtles.

Di antara keseronokan yang tidak patut dilepaskan adalah taman tema berasaskan Nickelodeon pertama di Asia iaitu Jungle Fury. Pergi mengembara dengan pusingan yang mengejutkan dan jatuh sebagai sebuah keluarga, dan keluar menjadi lebih kuat. Ayuh ke Splish Splash, dihiasi dengan semburan berwarna terang yang mengeluarkan jet air dengan pelbagai kesan dan arah, sesuai untuk si kecil.

IND_0802 3

Duduk menikmati makan tengah hari di The Boardwalk dengan pilihan makanan yang lazat, dan nikmati pemandangan cantik di atas Lagoona Terrace.

Setelah berehat dan bertenaga semula, Primeval adalah destinasi seterusnya. Berpecah ke dalam kumpulan dan turun samada ke Cobra Creek, Boa Constrictor, dan gelungsur Crocodile Gully untuk melihat pasukan mana yang dapat keluar daripada permainan yang melawan graviti terlebih dahulu. Menang atau kalah, seisi keluarga boleh menikmati pertunjukan puak-puak dari tamadun yang hilang di Hippo Valley.

IND_0856 3

Masuklah ke SpongeBob Splash Adventure dan nikmati pancutan air panas, meriam air, air terjun, dan gelongsor air bersama-sama SpongeBob dan geng-geng beliau dari Bikini Bottom. Akhir sekali, tamatkan pengalaman Nickelodeon Lost Lagoon anda dengan ‘magical hour’ dengan seluruh keluarga bertukar hijau dengan lendir hijau neon semasa ‘Great Slime Deludge’.

Alami Hari Terbaik di Sunway Lagoon seisi keluarga sewaktu musim cuti sekolah dari 28 Mei sehingga 12 Jun, dan 10 sehingga 18 September. *Harga termasuk GST.

IND_0547 3

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Lagoon, sila hubungi 603 5639 0000 atau layari laman web Sunway Lagoon di http://www.sunwaylagoon.comatau laman Facebook di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Lagi gambar menarik di Sunway Lagoon:

IND_1394

IND_1940

IND_1960

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×