Hebahan

Kempen ‘My Hero-Scar’ Galakkan Ibu Bapa Bawa Anak Bermain Di Luar

10
SHARES

Hiruscar dan Hiruscar Kids telah lancarkan Kempen ‘My Hero-Scar’ bagi menggalakkan ibubapa membenarkan anak-anak mereka menikmati aktiviti luar tanpa risau tentang mereka mendapat parut.

Hiruscar dan Hiruscar Kids, jenama penjagaan parut, telah melancarkan kempen ‘My Hero-Scar’ bagi meningkatkan kesedaran di kalangan ibubapa tentang pentingnya anak-anak bermain di luar bagi perkembangan fizikal dan psikologi kanak-kanak. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan ibubapa membenarkan anak-anak mereka bermain di luar tanpa risaukan anak-anak mereka mendapat parut selagi ia diberi rawatan yang sesuai dengan produk penjagaan parut yang betul.

“Hiruscar dan Hiruscar Kids menawarkan penyelesaian yang efisien dan mudah bagi memastikan orang dewasa dan kanak-kanak tidak menyimpan parut tetapi hanya memori indah daripada aktiviti luar mereka. Kempen ‘My Hero-Scar’ bertujuan untuk memberi keyakinan kepada ibubapa di mana anak-anak mereka boleh kekal aktif dan suka mengembara, mereka tidak perlu risau akan parut anak-anak mereka kerana adanya Hiruscar dan Hiruscar Kids,” ujar Koon Yin Pang, Pengurus Kanan, Pengurusan Pemasaran, Kesihatan Konsumer DKSH Malaysia Sdn Bhd.

img-002

Menurut kajian yang dijalankan oleh theAsianparent.com, 98% ibubapa di Asia Tenggara membenarkan anak-anak mereka menggunakan gajet dengan kerap.[1] 41% daripada kanak-kanak ini berusia di antara tiga dan lapan tahun yang menghabiskan masa lebih daripada sejam dengan gajet mereka.[2]

Ibubapa perlu sedar akan kesan negatif penggunaan berpanjangan gajet elektronik dengan ketagihan dan obesiti di kalangan kanak-kanak.[3] Bagi mengelakkan risiko tersebut, ibubapa perlu mengadakan lebih banyak aktiviti luar untuk kanak-kanak mereka.

img-003

Dr M.S. Priyadarshini, seorang pakar psikologi berkata kanak-kanak yang bermain luar lebih banyak berkecenderungan menjadi lebih aktif dan kurang gemuk apabila membesar. Malahan, mereka menjadi lebih pandai, bersosial lebih baik menerusi permainan berkumpulan dan boleh berinteraksi lebih baik dengan orang lain.[4],[5]

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 167 kes cacar air tahun lepas, meningkat 340% berbanding tempoh sama tahun 2015. [6] Sebanyak 18% kanak-kanak yang telah menghidap cacar air adalah lebih mudah mendapat parut di muka, toraks, perut dan bahagian belakang. Ini mungkin memberi kesan kepada keyakinan dan harga diri kanak-kanak. [7] Oleh itu, pelancaran kempen ‘My-Hero Scar’ adalah bertepatan dan berguna untuk membantu rakyat Malaysia belajar dan merawat kecederaan dan luka dengan efektif.

 

img-004

Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kempen ‘My-Hero Scar’, sila layari laman Facebook rasmi Hiruscar di https://www.facebook.com/Hiruscar.Gel.Malaysia/ atau laman web rasmi Hiruscar di www.hiruscar.com.my.

 

Mengenai Hiruscar & Hiruscar Kids®

Hiruscar adalah gel yang membantu mengurangkan parut.

Ia mengandungi MPS yang dicampur dengan Allium Cepa bersama-sama empat elemen lain bagi mengurangkan tisu berlebihan daripada membentuk. [8]

Untuk keputusan yang lebih memberangsangkan, rawatan perlu berterusan selama 4-6 bulan, diguna 2-3 kali sehari.[9] Waktu rawatan mungkin berbeza mengikut kepada keadaan, saiz, jenis dan umur parut. 93% pengguna menyatakan parut mereka sembuh pada penghujung 12 minggu. [10]

Bagi kanak-kanak, Hiruscar Kids menggabungkan lima molekul bagi membantu ibubapa memantau parut anak-anak. [11]

Kedua-dua produk termasuk Hiruscar Post Acne boleh didapati di kedai-kedai penjagaan kesihatan dan farmasi.

 

Rujukan

[1] The Asian Parent (Nov. 2014):Mobile Device Usage Among Young Kids- A Southeast Asia Study, Online: https://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/tap-sg-media/theAsianparent+Insights+Device+Usage+A+Southeast+Asia+Study+November+2014.pdf, p. 51

[2] The Asian Parent (Nov. 2014):Mobile Device Usage Among Young Kids- A Southeast Asia Study, Online: https://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/tap-sg-media/theAsianparent+Insights+Device+Usage+A+Southeast+Asia+Study+November+2014.pdf, p. 51, p. 21

[3] The Asian Parent (n.a.):“Mummy, phone please!” – Being smart about device use by kids, Online: https://sg.theasianparent.com/device-use-by-kids-asia-parental-controls/, Last consultation: 1 November 2016

[4] Cleland, V., Crawford, D., Baur, L.A., Hume, C., Timperio, A., & Salmon, J. (2008): A prospective examination of children’s time spent outdoors, objectively measure physically activity and overweight. International Journal on Obesity32(11), 1685-1693.

[5] Clements, R. (2004): An Investigation of the Status of Outdoor Play, Contemporary Issues in Early Childhood, Volume 5, Number 1, 2004, p. 68 -80

[6] AZIZ, F.  (2016): Measles cases in Malaysia up by 340 percent from last year,
Online: http://www.nst.com.my/news/2016/06/154792/measles-cases-malaysia-340-percent-last-year, Last consultation: 1 November 2016

[7] Alexander K. C. &  others (2006):Scarring resulting from chickenpox, Pub Med, Online: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11737678, Last consultation: 1 November 2016

[8] Hiruscar: What is Hiruscar, Online: http://hiruscar.com.my/what-is-hiruscar, Last consultation: 1 November 2016

[9] Hiruscar: How to use Hiruscar, Online: http://hiruscar.com.my/how-to-use-hiruscar, Last consultation: 7 November 2016

[10] Hiruscar: What is Hiruscar, Online: http://hiruscar.com.my/what-is-hiruscar, Last consultation: 1 November 2016

[11] Hiruscar: What is Hiruscar Kids?, Online: http://hiruscar.com.my/what-is-hiruscar-kids, Last consultation: 1 November 2016

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×