Hebahan

Kucing Anda Mungkin Dalam Kesakitan Tanpa Anda Ketahui

24
SHARES

Kajian Menunjukkan 2 Daripada 5 Pemilik Kucing Menganggap Haiwan Peliharaan Mereka Berada Dalam Keadaan Sihat Dan Selesa

Menurut kajian yang dikendalikan oleh Royal Canin, dianggarkan bahawa 2 dalam 5 pemilik kucing di Malaysia tidak akan membawa kucing mereka ke klinik veterinar pada tahun ini. Kajian ini dilakukan dengan tujuan memahami pemikiran dan sokongan para pemilik kucing.

Salah satu hasil penemuan utama ialah 40% daripada pemilik kucing yang mengambil bahagian dalam kajian ini tidak pernah membawa kucing mereka berjumpa dengan doktor veterinar. Mereka beranggapan bahawa kucing adalah haiwan yang berdikari dan sihat, oleh itu, tidak perlu dibawa ke klinik veterinar untuk pemeriksaan.

mycat2vet-logo

Berkongsi hasil kajian bersama pihak media di majlis pelancaran kempen MyCat2Vet hari ini, Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Saintifik Royal Canin, Dr Calvin Cheah, seorang doktor veterinar, berkata 3 alasan utama yang diberikan oleh pemilik kucing ialah:

i) Mereka bimbang tentang kos

ii) Mereka fikir bahawa kucing mereka boleh menjaga diri dan

iii) Mereka fikir kucing mereka tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Terdapat sebab yang kukuh kenapa para pemilik kucing sering terlepas pandang akan keperluan untuk membawa kucing mereka ke klinik veterinar. Kucing tidak akan menunjukkan sebarang tanda yang mereka sedang sakit. Oleh sebab itu, kebanyakan pemilik tidak menyedari bahawa kucing mereka sedang menderita! Apabila mereka sedar, biasanya, penyakit tersebut sudah mencapai peringkat yang teruk dan mungkin sudah terlambat untuk dirawat.

dr-calvin-cheah-corporate-affairs-scientific-communication-manager-of-royal-canin-malaysia

Berkenaan dengan kos rawatan, ia akan menjadi lebih tinggi sekiranya anda tidak memantau kesihatan kucing anda dari awal. Pada masa yang sama, kucing anda mungkin sedang berada dalam kesakitan tanpa disedari oleh orang lain!

“Berdasarkan penemuan ini, Royal Canin Malaysia, sebuah syarikat yang mengutamakan kebajikan dan kesihatan haiwan, telah membuat keputusan untuk melancarkan kempen MyCat2Vet. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menghantar kucing untuk pemeriksaan yang kerap.”

“Kami telah melabur dan bekerjasama dengan rangkaian pakar haiwan untuk menjalankan kempen ini kerana kami percaya bahawa dengan menggalakkan pencegahan proaktif, kami dapat meningkatkan kualiti kehidupan kucing. Ini akan menyumbang kepada lebih banyak masa berkualiti di antara kucing dan pemiliknya. Kesimpulannya, kami percaya kedua-dua pemilik dan kucing mereka akan mendapat manfaat daripada kempen ini.”

Royal Canin Malaysia telah mendapat sokongan dan bantuan 200 klinik veterinar di seluruh negara, di mana pemilik kucing boleh membawa kucing mereka untuk mendapatkan pemeriksaan. Di bawah kempen ini, Royal Canin Malaysia akan menanggung kos yuran pemeriksaan fizikal untuk kucing-kucing ini.

photo-b

Dr Cheah berkata bahawa pemeriksaan rutin adalah penting kerana pelbagai sebab:

• Walaupun kebarangkalian kucing tua yang sakit dibawa ke klinik veterinar adalah lebih tinggi, namun, biasanya, kucing itu mungkin sudah sakit tenat dan sudah terlambat untuk dirawat.

• Pemeriksaan kesihatan rutin adalah penting supaya hayat kucing lebih panjang disebabkan kesihatan mereka terjaga.
• Proses penuaan kucing adalah lebih cepat berbanding manusia.
• Sebarang perubahan dalam tingkah laku kucing anda yang disebabkan oleh penyakit dapat dikesan lebih awal dengan membawa kucing anda ke klinik veterinar.
• Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Lawatan berkala ke klinik veterinar memastikan kucing anda menerima vaksinasi dan ubat pencegahan parasit seperti yang dijadualkan. Lawatan tahunan adalah amat penting dalam mengekalkan kesihatannya, tetapi pemilik kucing haruslah meneliti faktor-faktor lain yang memberi sebab untuk lawatan yang lebih kerap ke klinik. Perubahan dalam tabiat makan dan minum, perkumuhan di dalam rumah, pernafasan, dan tingkah laku adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kucing anda memerlukan pemeriksaan lebih awal daripada lawatan tahunan yang telah dijadualkan.

Beliau berkata: “Royal Canin Malaysia menggalakkan pemilik kucing untuk mengambil peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan kucing mereka.”

“Melalui kempen ini, kami menyasarkan untuk 10,000 ekor kucing mendapatkan pemeriksaan di klinik veterinar buat kali pertama. Sesiapa yang berminat boleh melayari laman web mycat2vet.my untuk maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran dan klinik panel yang terlibat,” Dr Cheah mengulas lebih lanjut.

Pemilik boleh mendaftar kucing mereka bermula hari ini, manakala lawatan ke klinik veterinar yang terlibat haruslah dijadualkan dan akan bermula pada 1 Disember 2016.

 

ROYAL CANIN DI MALAYSIA
Royal Canin adalah peneraju global dalam nutrisi kesihatan haiwan peliharaan. Sejak tahun 1996 , Royal Canin telah wujud di pasaran Malaysia, melalui pengedar tempatan yang percaya dalam usaha memahami keperluan haiwan peliharaan berasaskan sains dan pemakanan. Melihat keperluan yang semakin meningkat untuk rangkaian produk makanan haiwan yang inovatif, Royal Canin membuat keputusan untuk menubuhkan anak syarikat di Malaysia yang bertujuan untuk meluaskan kehadirannya dan meningkatkan kesedaran pasaran mengenai diet kesihatan haiwan peliharaan. Royal Canin Malaysia telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2012. Royal Canin Malaysia berbangga menghasilkan makanan berkhasiat yang membuat perbezaan dalam kehidupan anjing dan kucing di Malaysia, yang kini boleh hidup lebih lama dalam keadaan yang sejahtera.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×