Kini Trending

KPM Larang Semua Aktiviti Pemeriksaan Haid Di Semua Institusi Pendidikan

129
SHARES

Susulan timbul beberapa isu yang membangkitkan kemarahan orang ramai berikutan aktiviti pemeriksaan haid dalam kalangan pelajar perempuan di insititusi pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius atas hal berkenaan.

Baca juga: Murid Maut Dipercayai Dipukul Guru Hanya Kerana Tak Siap Kerja Sekolah

KPM LARANG SEMUA AKTIVITI PEMERIKSAAN HAID PELAJAR

Foto: MalaysiaKini

Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan larangan bagi amalan pemeriksaan haid di semua institusi pendidikannya di seluruh negara.

Larangan itu seiring dengan surat makluman dikeluarkan KPM pada 2 November lalu bertajuk Peringatan Berkaitan Pemeriksaan Fizik Dalam Kalangan Murid Perempuan di Sekolah.

Surat makluman ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid itu ditujukan kepada semua Ketua Bahagian KPM dan Pengarah Pendidikan Negeri.

Menerusi surat makluman itu, KPM mendapati bahawa tindakan pemeriksaan fizikal, khususnya berkaitan haid dalam kalangan pelajar perempuan ada berlaku di institusi pendidikan bawah KPM.

“KPM memandang serius perkara ini dan menegaskan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.”

Sehubungan itu, semua jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah hendaklah memastikan amalan dan tindakan pemeriksaan fizikal khususnya berkaitan haid tidak berlaku di mana-mana institusi bawah KPM.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×