Kemajuan teknologi dan perubatan masa kini secara tak langsung membuatkan kos perubatan dan penjagaan kesihatan makin meningkat. Macam yang kita tahu, tak semua mampu menanggung kos ini terutamanya mereka yang mengalami masalah kesihatan yang serius.
Sebab itu adalah penting untuk anda mempunyai plan penjagaan kesihatan atau persediaan awal untuk menjalani hari-hari yang mendatang.
Kami kongsikan antara perkara yang boleh anda lakukan sebagai persediaan!
1) Menjalani kehidupan yang sihat
Setiap kali awal tahun mesti ada azam nak menjalani hidup yang lebih sihat betul tak? Tapi bila dah pertengahan tahun, selalu sangat azam tu tak dilaksanakan.
Sebenarnya tak perlu tunggu awal atau hujung tahun pun, kalau nak mula tu, terus je mula! Bila menjalani hidup sihat ni, badan terasa lebih ringan tau!
2) Jadualkan pemeriksaan kesihatan lebih kerap
Badan kita mungkin tak nampak sakit dari luar tapi dalaman kita tak tahu kan?
Jadi, jadualkan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi yang berumur 40 tahun ke atas dan dua tahun sekali jika anda berumur 40 tahun kebawah supaya anda tahu kondisi kesihatan badan anda!
3) Ambil insurans dengan polisi jangka masa panjang
Insurans jangka masa panjang akan membantu anda untuk melindungi aset dan juga simpanan anda. Polisi ini juga akan membantu menjamin kewangan keluarga anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada anda.
4) Buat tabung untuk kecemasan
Jadikan habit untuk masukkan sekurang-kurangnya RM10 setiap minggu ke dalam tabung kecemasan anda. Boleh lah buat tambah-tambah apa yang patut bila terdesak kan? Sakit ni tak tentu masa tau..
5) Simpan atau carum dengan KWSP
Tapi kalau tabung takut terguna pula kan? Antara cara yang paling selamat ialah dengan menyimpan dengan KWSP!
Ramai yang beranggapan bahawa KWSP ini adalah wang simpanan untuk hari tua kita dan hanya boleh dikeluarkan apabila bersara nanti.
Haa..sebenarnya, KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal atau peralatan bantuan kesihatan serta rawatan kesuburan tau!
Boleh klik di SINI untuk info lanjut mengenai bantuan kos perubatan penyakit kritikal,manakala untuk rawatan kesuburan pula anda boleh rujuk maklumat di SINI!
Jangan sudah terhantuk baru terngadah! Sediakan simpanan bagi menjamin semua fasa dalam hidup anda!
Kesimpulannya, kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan, jadi sangat penting untuk anda melakukan persediaan yang sepatutnya.
Ada pelbagai fasa yang kita kena lalui dan kita kena pastikan diri kita bersedia untuk menghadapi semua ini.
Sekurang-kurangnya anda mampu menjalani hidup dengan tenang tanpa perlu memikirkan masalah kewangan untuk menampung kos perubatan nanti.
Jadi, sementara kita masih sihat dan mampu bekerja, kami sarankan untuk anda #simpanbaikbaik di KWSP. Buat yang tidak bekerja atau masih belum mencarum, masih belum terlambat untuk anda mulakan sekarang dan simpan dengan KWSP.
Paling best bila menyimpan di KWSP ni, duit anda akan jadi lebih bertambah dengan adanya dividen setiap tahun!
Sebab tu lah pihak KWSP tanpa lelah sentiasa mengingatkan dan memberikan kesedaran kepada para pengguna mengenai manfaat apabila menyimpan di KWSP.
Kini, terdapat pelbagai program bermanfaat yang menggalakkan ahli meningkatkan simpanan persaraan mereka.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman sesawang KWSP di LINK ini untuk mengetahui segala update terkini.