“Don’t talk to me until I get my coffee…”
Ada orang memang mesti ‘pekena’ kopi dulu seawal pagi untuk mulakan hari mereka. Biasanya ramai yang minum kopi setiap hari untuk rasa lebih bertenaga.
Tambahan lagi kalau ada anak kecil, mak-mak suka minum kopi untuk hilangkan mengantuk, bagi besar sikit biji mata tu.
Tapi sebenarnya ibu menyusu kena ambil perhatian sedikit sebab kopi atau minuman berkafein ini sebenarnya boleh masuk ke dalam susu ibu lalu ‘berpindah’ kepada bayi.
Tapi, apa limitnya dan bagaimana kesannya?
Jom baca beberapa perkara tentang kopi untuk ibu menyusu.

Foto Kredit: flickr.com
1. Kopi Boleh Mempengaruhi Susu Ibu
Susu ibu merupakan makanan utama bagi bayi terutamanya yang berusia 6 bulan ke bawah.
Dalam tempoh ini, bayi yamg bergantung sepenuhnya kepada susu ibu dibekalkan nutrisi melalui sumber ini.
Menurut kajian, apabila ibu meminum kopi, kafein yang terkandung di dalam darah akan tercampur dengan susu ibu dan secara tidak langsung, bayi akan turut mendapatkan kafein dari ibunya yang minum kopi.
2. Kesan Kopi Kepada Bayi Menyusu
Sekiranya kopi diminum secara berlebihan, bayi boleh mengalami gangguan ketidakselesaan seperti
- mudah gelisah,
- susah tidur,
- sembelit,
- colic sehingga membuat bayi kerap meragam.

Foto Kredit: lahaciendaapts.com
3. Had Limit Kopi Untuk Ibu Menyusu
Menurut BabyCenter, pengambilan kopi tidak lebih daripada 300 mg sehari (iaitu lebih kurang 2 cawan) biasanya tidak akan membahayakan bayi.
Namun perlu diingat, kafein bukan hanya terdapat pada kopi tau.
Sebenarnya ada banyak lagi makanan dan minuman yang mengandung kafein antaranya:
- Minuman teh dan coklat
- Minuman tenaga
- Minuman bersoda.

Foto Kredit: youtube.com
4. Waktu Sesuai Minum Kopi Bagi Ibu Menyusu
Menurut pakar, tahap kafein dalam susu ibu adalah paling tinggi dalam tempoh 1-2 jam selepas minum kopi.
Waktu terbaik untuk menyusukan bayi adalah sebelum minum kopi atau menunggu tiga jam sesudah meminum kopi. Cara ini dapat meminimakan efek kafein sampai ke bayi melalui susu ibu.
Jadi lain kali kalau nak minum kopi, bolehlah adjust timing tu ya.

http://odishasuntimes.com/
5. Kawal Pengambilan Sejak Hamil
Menurut sebuah artikel melalui laman web VeryWell, wanita yang minum tiga cawan kopi setiap hari memiliki zat besi dalam jumlah lebih sedikit pada susu ibu mereka jika dibanding wanita yang tidak meminum kopi ketika hamil.
Hal ini menyebabkan jumlah hemoglobin (Hb) lebih rendah. Maka, risiko bayi mengalami kekurangan zat besi ataupun anemia akan meningkat.

Foto Kredit: livestrong.com
Boleh Minum, Cuma Jangan Berlebihan
Terdapat kajian mendapati hanya 1% daripada kafein yang diminum oleh ibu menyusu akan masuk ke dalam susu ibu.
Namun, kadar penyerapan kafein oleh tubuh yang ada pada setiap wanita itu adalah berbeza.
Walaubagaimanapun, secara amnya kopi adalah selamat diminum oleh ibu menyusu selagi bayi tidak menunjukkan kesan sampingan yang serius.
Di samping itu, ingatlah bahawa penting bagi ibu untuk menerapkan gaya hidup sihat serta mengatur pola makanan yang berkhasiat selama menyusukan bayi. Semuanya demi kesihatan ibu dan bayi juga!