Kerjaya

Kolaborasi Hotlink, Nas Suha Angkat Warisan Terengganu Dengan Mural dan Siri NFT

473
SHARES

Mungkin ada yang menganggap minat dalam bidang seni tak boleh pergi jauh apatah lagi dijadikan kerjaya. Namun, pelukis mural tempatan Terengganu, Nas Nasuha membuktikan tanggapan ini salah.

Nas yang mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan sanggup meninggalkan bidang tersebut demi meneruskan impian untuk bergelar seorang pelukis.

Malah, dia juga menggunakan kelebihannya ini untuk mengangkat budaya dan keunikan negeri kelahirannya.

Ibu sebagai pembakar semangat

Minat Nas  dalam bidang seni bermula dari usia kecil lagi, menurutnya dia akan lukis apa sahaja yang terlintas di fikiran kemudian setiap hasil lukisan itu akan diserahkan kepada ibunya untuk dihantar ke mana-mana pertandingan lukisan.

Satu hari, ibunya membawa hamper dengan satu beg penuh hadiah kemenangan daripada pertandingan yang dia sertai. Dari situ dia menjadi tambah bersemangat dan minatnya terhadap bidang seni tak pernah sekalipun terpadam.

Menginjak usia dewasa barulah Nas tahu bahawa dia tak pernah memenangi mana-mana pertandingan tetapi ibunya sendiri yang belikan hadiah-hadiah tersebut.

Apa yang dia lakukan itu meninggalkan impak yang besar dalam hidup saya untuk jadi siapa saya sekarang ini, sejak itu saya terus melukis sehinggalah saya mampu menjana pendapatan sendiri dari hasil melukis.

Sehingga kini Nas tak pernah sekalipun membangkitkan hal tersebut kepada ibunya. Dia bersyukur kerana mempunyai orang tua yang sangat memahami dan menyokong minatnya.

Lakar Mural bersama Hotlink untuk mengangkat keunikan Terengganu

Kini Nas dah menghasilkan pelbagai mural di sekitar Malaysia, salah satunya adalah karya istimewa hasil kolaborasi bersama Hotlink di bangunan REX, Kuala Terengganu.

Ianya istimewa kerana mural ini dihasilkan khusus untuk mengangkat warisan dan budaya negeri Terengganu sendiri seperti wau dan batik.

Haa.. Lelaki yang anda lihat dalam mural itu adalah pembuat wau asli Terengganu dari generasi ketiga yang ditemui Nas dalam usaha untuk mendalami inspirasi di sebalik keunikan wau.

Sementara pemakaian batik sebagai selendang dalam mural tersebut adalah untuk mengetengahkan lagi ciri dan tradisi orang tempatan di sana.

Dengan kemajuan teknologi saat ini, ia juga menjadi satu-satunya sebab untuk kita memartabatkan warisan dan budaya dengan semangat #BikinSampaiJadi dan rasa bangga mengangkat warisan negeri tercinta ke mata dunia.

HOTLINK KOMITED UNTUK MERAIKAN SEMANGAT #BIKINSAMPAIJADI PELUKIS TEMPATAN

Hotlink menyasarkan untuk meraikan semangat  #BikinSampaiJadi pelukis tempatan dengan berkolaborasi mengangkat warisan dan budaya negeri kelahiran mereka. Melalui kempen ini juga, Hotlink memperkasa semangat #BikinSampaiJadi dalam diri mereka dengan pilihan internet tanpa had atau internet pantas daripada Prabayar Hotlink. 

Nas juga menyifatkan bahawa sambungan internet yang baik adalah pilihan penting untuknya kerana dia cenderung melayari internet untuk mendapatkan idea baru. Malah, platform atas talian juga adalah salah satu medium untuk dia mengetengahkan hasil seninya. Bukan itu sahaja, bakat Nas juga mendapat perhatian ramai melalui perkongsian karyanya di internet dan media sosial.

Terbaru, Hotlink dan Nas turut menyasarkan untuk membawa karya Mural Warisan ke dunia digital melalui koleksi non-fungible token ataupun NFT eksklusif pertama Nas.

Melalui penerbitan karya NFT ini, akses kepada hasil kreatif anak tempatan seperti Nas adalah lebih luas sehingga ke pasaran antarabangsa dan boleh dimiliki sesiapa sahaja.

Tonton video penuh perjalanan kolaborasi Nas dan Hotlink di bawah:

Dengan apa yang telah Nas kecapi sekarang tidaklah bermakna dia sudah berpuas hati sepenuhnya. Sebaliknya ia menjadi batu loncatan untuk dia melangkah lebih jauh untuk mencapai cita-cita dan impian caranya sendiri dengan Prabayar Hotlink.

Anda juga boleh miliki pilihan untuk #BikinSampaiJadi cara anda dengan Prabayar Hotlink. Alami rangkaian menyeluruh untuk kecapi impian dengan internet tanpa had atau internet pantas daripada serendah RM2. 

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kempen #BikinSampaijadi anda boleh klik di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×