Sihat

Dianggap Rumpai, Rupanya Ini 7 Khasiat Pokok Dukung Anak Yang Luarbiasa

217
SHARES
khasiat pokok dukung anak

Di sebalik cirinya yang dianggap rumpai, ramai tak tahu bahawa khasiat pokok dukung anak ini amat mujarab dan luarbiasa.

Siapa sangka, tumbuhan yang kebiasaannya tumbuh di celah retakan simen, kawasan tanah terbiar, di tepi-tepi jalan atau ‘menumpang’ di kebun-kebun sayur serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga ini mempunyai 1001 kelebihannya yang tersendiri.

Menurut laman web MyHealth @ Kementerian Kesihatan Malaysia, walaupun dianggap sebagai rumpai, tumbuhan ini mempunyai pelbagai nilai perubatan (medicinal properties) dan diiktiraf di kalangan pengamal perubatan herba tradisional tempatan.

Tahukah anda apakah itu pokok dukung anak?

Jom kita ketahui selanjutnya.

Gambar & Ciri-ciri Pokok Dukung Anak

Pokoknya rendah, berdaun bulat lonjong dan mempunyai buah pada bahagian bawah tangkai daun. Dukung anak ialah sejenis herba renek yang boleh mencapai ketinggian 50-70 cm.

Batangnya berwarna hijau, namun ada juga spesis yang bertangkai merah. Daunnya kecil (2-3 mm panjang), berbentuk bulat lonjong dan berwarna hijau.

Daripada akar hingga ke daun, pokok ini terkandung banyak khasiat bagi pengamalnya. Ia juga sering menjadi pilihan bagi rawatan tradisional sejak sekian lama.

Nama Saintifik & Gelaran Bagi Pokok Dukung Anak

Menurut laman web Kementerian Pertanian Malaysia, di Malaysia pada amnya terdapat 3 spesis pokok dukung anak yang dikenali dengan nama saintifik berikut iaitu

  • P.niruri (P.amarus)
  • P.urinaria 
  • P.debelis

Secara tradisional, kesemua spesies ini digunakan. Di negara jiran Indonesia, tumbuhan ini dikenali sebagai daun meniran.

Dukung Anak ini juga dikenali dengan nama berikut:

  • buah amin, rami buah, turi hutan, nipon-nipon (Malaysia)
  • chanca piedra (India)
  • keelaanelli (Tamil)
  • meniran (Indonesia)
  • quebra pedra (Amerika Selatan)
  • zhen chu cao, ye xia zhu (China)
  • stone breaker, shatter stone, child pick-a-back (Inggeris)

Berikut disenaraikan antara khasiat pokok dukung anak.

Khasiat Pokok Dukung Anak

1. Merawat & Mencegah Batu Karang

Tahukah anda, pokok dukung anak juga dikenali dengan nama ‘stone-breaker’ (pemecah batu) di Amerika?

Menurut sumber, Phyllanthus atau pokok dukung anak ini telah lama digunakan dalam perubatan alternatif untuk mencegah dan merawat batu ginjal. 

Menurut kajian 2018 di International Brazilian Urology, 56 orang dewasa dengan batu ginjal telah meminum teh yang dibuat daripada Phyllanthus niruri dua kali sehari selama 12 minggu. Setiap minuman teh tersebut dibuat daripada 4.5 gram ramuan kering yang direndam dalam 250 mililiter (1 cawan) air mendidih.

Pada akhir tempoh kajian, para peserta mengalami penurunan keseluruhan 37.5% pada ukuran batu ginjal mereka.

Selain itu, hasil dapatan menunjukkan kadar asid urik dan oksalat urin yang menyumbang kepada perkembangan batu telah menurun.

Bagi pesakit batu karang, anda boleh amalkan pokok dukung anak dengan minum air rebusan atau makan pokok dukung anak sebagai ulam.

khasiat pokok dukung anak

2. Melegakan Batuk

Air rebusan pokok dukung anak juga mampu mengubati batuk. Minumlah airnya bagi mendapatkan kelegaan yang segera.

Keupayaan pokok dukung anak dalam mengubati batuk turut dipersetujui dalam satu kajian pada 2017.

Menurut kajian tersebut, pokok dukung anak didapati mengandungi komponen anitradang yang berkesan untuk mengurangkan keradangan sehingga 69 % serta sesuai untuk dijadikan penawar bagi batuk dan ulser.

3. Mengurangkan Demam Kuning & Simptom Penyakit Berkaitan Hati

Akar pokok dukung anak yang masih segar dipercayai boleh menjadi penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundis) terutamanya pada bayi yang baru lahir.

Selain itu, beberapa lagi hasil kajian mendapati penggunaan pokok dukung anak dapat memberikan kesan yang baik dalam merawat penyakit hati.

6 Cara Mencegah Bayi Kuning. Bila Baru Lahir, Tiada Jaundice!

Foto Kredit: aaict.in

4. Membantu Mengawal Diabetes

Kajian pada tikus pada tahun 2010 mendapati bahawa Phyllanthus niruri berpotensi untuk membantu dalam rawatan diabetes.

Para penyelidik menyimpulkan bahawa ekstrak tumbuhan ini dapat membantu menurunkan gula darah puasa dan mencegah kenaikan paras gula darah yang mendadak.

5. Merawat Jangkitan & Keradangan

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pokok dukung anak dapat membantu merawat jangkitan dan keradangan. 

Mungkin disebabkan ini juga, daun pokok dukung anak digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan gigitan serangga berbisa, cirit-birit, gatal­-gatal dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, belum ada kesimpulan yang dicapai kerana penyelidik perlu membuat pemerhatian dalam skala yang jauh lebih jauh besar terhadap kesan sampingannya dalam jangka masa panjang.

Baca juga: Petua Hilangkan Sakit Tumit Kaki Bila Bangun Tidur, Lepas 3 Hari Dah Kurang Sakitnya

6. Mengatasi Kudis Buta

Secara turun-temurun, pokok dukung anak juga digunakan untuk mengatasi masalah kudis buta. Cara penggunaannya ialah dengan menumbuk daun pokok dukung dengan sedikit garam halus.

Ini kerana ia dipercayai memiliki komponen antimokrob yang sangat aktif bagi merawat penyakit kulit seperti kurap dan kudis buta.

Seperti yang kita tahu, penyakit ini berpunca daripada jangkitan parasit dan kulat.

Kajian terperinci pada tahun 2015 mendapati pokok dukung anak memiliki sebatian bioaktif yang bermanfaat dalam melawan menyakit yang berpunca daripada mikrob dan radikal. 

Kemudian, lumurkan daun yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang bermasalah.

7. Sebagai Suplemen Kesihatan

Pokok dukung anak ini bukan sahaja baik untuk diamalkan bagi merawat penyakit khusus, malah ia juga bagus untuk diamalkan sebagai supplemen kesihatan.

Terdapat pelbagai komponen bioaktif dalam pokok dukung anak seperti tannin yang melawan bakteria serta radikal bebas, lignan yang bersifat antikanser serta flavonoid yang bertindak sebagai antiradang serta membekalkan antioksida dalam badan.

Pelbagai Khasiat Pokok Dukung Anak Yang Berpotensi Tinggi

Walaupun sentiasa dipandang sebagai rumpai, namun pokok dukung anak ini banyak khasiatnya.

Bagi anda yang sedang ikhtiar untuk merawat, anda boleh ikhtiar dengan menggunakan pokok dukung anak. Dengan pelbagai penemuan baru secara saintifik, pokok dukung anak ini terbukti mempunyai banyak khasiat kepada badan serta berpotensi untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Pengguna pula perlu bijak dalam memilih dan membeli produk–produk tradisional yang dipasarkan di Malaysia Pengguna disarankan memilih produk tradisional yang telah didaftarkan terlebih dahulu dengan KKM. Setiap produk tradisional yang didaftarkan mempunyai nombor pendaftaran dengan huruf MAL berserta dengan logo hologram pada pembungkusan produk–produk tradsional.

Pengguna juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami alahan atau kesan sampingan yang berterusan apabila mengambil produk tradisional ini.

Rujukan:

  • http://apps.myagro.moa.gov.my/aisservice/CommodityInformation/Detail?commodityinfoid=7c353662-131c-e611-80f2-0050568e1e85&commodity=Dukung%20Anak&subsector=Tanaman
  • http://www.myhealth.gov.my/dukung-anak/
  • https://www.verywellhealth.com/the-health-benefits-of-phyllanthus-89497
  • https://www.medicalnewstoday.com/articles/phyllanthus-niruri#use
  • http://agromedia.mardi.gov.my/MEPIS/index.php/galeri-herba-2/55-dukung-anak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×