Sihat

Petua Hilangkan Sakit Tumit Kaki Bila Bangun Tidur, Lepas 3 Hari Dah Kurang Sakitnya

168
SHARES

PETUA HILANGKAN SAKIT TUMIT KAKI GUNA BAWANG PUTIH

Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tidur yang saya hidapi dah ok sekarang.

Kalau tak sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tidur memang sakit. Kena jalan perlahan-lahan dulu baru ok.

Tapi sekarang bangun je terus boleh jalan laju.

Petua hilangkan sakit tumit kaki guna bawang putih bakar ni sebenarnya ada seorang kakak kongsikan dengan saya.

Katanya dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik, perut pun kempis je. Segala masalah ‘angin dalam badan’ dapat diatasi. Kebaikannya juga banyak untuk seluruh badan.

Apa yang saya tau, bawang putih ni dapat mencegah sel-sel kanser. (Boleh rujuk di bawah untuk khasiat bawang putih).

Apapun, ini saya kongsikan macam mana saya guna bawang putih untuk hilangkan sakit tumit kaki tadi.

Petua Hilangkan Sakit Tumit Kaki Guna Bawang Putih

Ambil 3 ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil.

petua hilangkan sakit tumit kaki

Ini hasilnya lepas dibakar.

petua hilangkan sakit tumit kaki

Lepas tu makan terus isinya saja.

Makanlah hari-hari untuk kesihatan kita.

petua hilangkan sakit tumit kaki

Ini disenaraikan serba sedikit antara khasiatnya yang sahih (dari laman web Root Of Science)

10 Lagi Khasiat Bawang Putih

1. Mengandungi Allicin

Para saintis telah mendapati bahawa khasiat bawang putih datangnya daripada komponen sulfur yang terbentuk sewaktu memotong atau mengunyah bawang putih. Selain itu, bawang putih mengandungi allicin. Allicin merupakan satu komponen yang kurang stabil dan hanya akan mencul apabila bawang putih dipotong atau dihancurkan. Allicin dapat mengawal tekanan darah dan juga mencegah penyakit kardiovaskular.

2. Bawang putih dapat meningkatkan sistem imun.

3. Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Kajian terhadap manusia mendapati bahawa bawang putih mengandungi komponen yang dapat mengawal tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

4. Mengurangkan Kadar Kolesterol

Bagi mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, suplemen bawang putih dapat mengurangkan 10-15% kadar kolesterol jahat. Namun, bawang putih tidak memberi kesan kepada paras kolesterol baik (HDL) dan juga trigeliserida.

5. Mengandungi antioksida yang membantu mencegah penyakit Alzheimer dan demensia

6. Mencegah Kanser

Satu kajian yang dijalankan oleh Jiangsu Provincial Center for Disease Control and Prevention di China mendapati bahawa individu yang makan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali seminggu sepanjang tujuh tahun dapat mengurangkan sebanyak 44% risiko kanser paru-paru.

7. Bawang putih dapat membantu pertumbuhan rambut.

Ia mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi seperti vitamin B6 dan C, manganese dan selenium. Kesemua vitamin dan mineral ini berperanan bagi mengekalkan kesihatan rambut.

8. Mencegah Jerawat

Bawang putih mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-septik daripada allicin. Allicin membantu untuk membunuh bakteria yang menyebabkan masalah jerawat. Ia juga dapat mengurangkan keradangan dan memperbaiki peredaran darah. Kesemua khasiat ini dapat memberi ruang kepada kulit untuk menerima lebih banyak nutrien seterusnya mengurangkan risiko masalah jerawat.

9. Sifat anti-radang dalam bawang putih dapat mengurangkan simptom atritis.

10. Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Bawang putih merupakan sumber vitamin B6 dan C. Vitamin B6 terlibat dalam proses metabolisma karbohidrat manakala vitamin C pula berperanan bagi mengekalkan paras gula dalam darah.

*Posting asal petua hilangkan sakit tumit kaki ini dikongsikan oleh Siti Raudzah via MAHN. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×