Sihat

Murah Tapi Tinggi Zat, Ini 9 Khasiat Kangkung Yang Ramai Tak Tahu!

64
SHARES
khasiat kangkung

KHASIAT KANGKUNG

Sayur kangkung memang cukup popular dan selalu digunakan dalam juadah harian. Harganya juga cukup murah dan mudah didapati di Malaysia.

Wah, sebenarnya kangkung ini menyimpan banyak khasiat untuk tubuh!

Jom kita semak manfaat dan khasiat kangkung untuk kesihatan.

Info Ringkas Tentang Sayur Kangkung

Kangkung adalah antara sayur-sayuran sihat yang banyak khasiatnya. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai water spinach, dan nama saintifiknya ialah Ipomoea spp.

Antara masakan yang popular yang mengunakan kangkung adalah kangkung goreng belacan.

Kangkung juga merupakan makanan kepada salah satu spesies haiwan Chersina, iaitu kura-kura. Arnab juga suka memakan kangkung.

Kangkung mengandungi zat seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, hentriakontan, dan sitosterol.

Kangkung juga mampu untuk mengurangkan pelbagai gangguan kesihatan yang bersifat antiracun.

Kangkung boleh dituai selepas 20 hari dan ia tumbuh elok di kawasan yang panas dan lembab. Kangkung hanya memerlukan sedikit baja dan selalu disiram.

Rujuk artikel berkaitan: Cara Tanam Kangkung Dalam Pasu Yang Sangat Mudah. Lepas 4 Minggu Boleh Tuai

9 Khasiat Kangkung Untuk Kesihatan Tubuh

1. Menstabilkan Tekanan Darah

Kandungan mineral seperti iodin dan zat besi yang terkandung dalam kangkung adalah amat baik untuk menstabilkan tekanan darah.

Kangkung juga padat dengan asid folat yang bertindak untuk menurunkan tekanan darah dengan mengembangkan salur darah serta melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh.

2. Melancarkan Sistem Penghadaman

Diet yang kaya dengan serat dan vitamin sangat membantu dalam melancarkan sistem penghadaman. Ia boleh ditemui dalam pelbagai sayur-sayuran termasuklah kangkung.

Kangkung juga mengandungi serat tidak larut yang baik untuk melancarkan pembuangan air besar.

resepi kangkung GORENG BELACAN

3. Baik Untuk Kesihatan Buah Pinggang

100 gram sayur kangkung mengandungi sehingga 90% kandungan air. Ini menjadikan sayur kangkung sebagai sayuran yang amat baik untuk diamalkan bagi menjaga kesihatan buah pinggang. Kandungan air yang optimum dapat membantu buah pinggang untuk berfungsi dengan lebih baik dalam menapis darah dan menyingkirkan toksin dalam badan.

4. Menyihatkan Rambut

Siapa sangka kangkung mempunyai vitamin yang tinggi untuk kesihatan rambut? Bagi yang mengalami masalah rambut seperti keguguran atau rambut tidak sihat, anda bolehlah amalkan sayur kangkung sekerap mungkin dalam diet harian. Kandungan vitamin B yang cukup tinggi dalam sayur kangkung amat membantu dalam membekalkan nutrisi pada kulit kepala dan akar rambut.

Kredit Foto : ceriasihat.com

5. Baik Untuk Kesihatan Mata

Seperti sayur-sayuran dan buah-buahan lain yang kaya dengan vitamin A, pengambilan kangkung secara konsisten juga amat baik bagi menjaga kesihatan mata. Ia juga kaya dengan beta karoten yang baik untuk penglihatan dan melindungi mata daripada rabun.

6. Kaya Dengan Vitamin C

Vitamin C amat baik untuk melawan radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Dengan pengambilan sayur-sayuran yang padat dengan vitamin C seperti sayur kangkung dapat memberikan kesihatan secara meyeluruh di samping mencegah diri daripada penyakit. Selain itu, vitamin C juga memainkan peranan penting dalam mempercepat proses penyembuhan luka.

7. Menguatkan Ketahanan Tubuh

Jika anda mudah jatuh sakit, anda mungkin mempunyai sistem imuniti yang agak lemah. Kebaikan vitamin dalam sayur kangkung seperti vitamin B1, B2, B3, dan B6 sangat membantu dalam menguatkan sistem imuniti badan. Bagi meningkatkan sistem imuniti badan, anda disarankan untuk mengamalkan sayur kangkung sebanyak 4 kali dalam seminggu.

khasiat kangkung

8. Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Bagi pesakit diabetes, pemakanan perlulah dijaga supaya paras gula dalam darah dapat dikawal dengan baik. Kebaikan magnesium dalam kangkung dapat membantu pesakit diabetes dalam menstabilkan paras gula dalam darah secara berkesan. Di samping itu, kandungan serat yang tinggi dalam kangkung juga berupaya untuk mencegah paras gula untuk tidak naik secara mendadak.

9. Baik Untuk Kesihatan Otot & Tulang

Kandungan kalsium dan potassium yang tinggi dalam kangkung juga baik bagi menguatkan otot dan tulang. Amalan diet yang tinggi kalsium juga dapat mencegah seseorang daripada risiko osteoporosis atau tulang rapuh pada usia tua.

khasiat kangkung

Kredit Foto : naturalmedicineofseattle.com

Siapa sangka sayur kangkung mampu membekalkan begitu banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh? Ia juga mudah didapati dengan harga yang murah.

Sayur kangkung yang kaya dengan vitamin amat baik untuk diamalkan bagi pesakit diabetes dan darah tinggi. Dengan kandungan khasiat yang cukup tinggi, ia sesuai untuk diamalkan buat seisi keluarga.

Sumber :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×