Sihat

Anak Letih Setiap Kali Balik Sekolah, Doktor Cadang Cuba Buat Jus Pegaga Untuk Segarkan Otak!

49
SHARES

Setiap kali anak-anak balik sekolah, mereka kelihatan sangat letih. Mana tidaknya, pelbagai aktivit telah dilakukan di sekolah dan apabila pulang ke rumah, disambung pula dengan tugasan untuk menyiapkan kerja sekolah. Bukan itu sahaja, keletihan juga turut dirasakan oleh mak ayah yang balik kerja, kadang-kadang letih tersebut macam melampau betul!

Oleh itu, salah satu cara untuk mengurangkan rasa letih badan adalah dengan mengamalkan minum jus pegaga. Seperti tips yang dikongsikan oleh doktor ini, mengamalkan makan pegaga sebenarnya boleh mengurangkan risiko penyakit alzheimer dan boleh menyegarkan otak. Patutlah boleh kurangkan rasa letih!

JUS PEGAGA HILANGKAN LETIH ANAK BALIK SEKOLAH, MAK AYAH LETIH BALIK KERJA

Anak anak letihkan balik sekolah. Kita pun sama letih bila balik kerja. Apakata buatkan jus pegaga untuk anak anak. Jus pegaga ni tingkatkan rasa segar pada otak. Pegaga ni ikut kajian dapat enhance memori. Bagus sangat. Kajian kata boleh elak dari terkena penyakit alzheimer. Ia bertindak dengan halang sel dari toksik.

Salah satu benefit lain pegaga ialah ia bersifat anti anxiety dan anti depressant. Ini hasil kajian dalam Malaysian Journal of Medical Sciences tahun 2016. Nak buat pun mudah. Saya biasanya cuba buat paling kurang seminggu sekali. Boleh cara ni:

1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.

2. Masukkan ke dalam blender.

3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.

4. Blend.

5. Campurkan dengan madu atau gula kelapa.

6. Tapis dan hidangkan. Kalau nak sejuk masukkan dalam peti ais. MUDAH dan CEPAT.

Sila lah cuba.

Sumber: Dr.Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×