Dapur

Khasiat Daun Kucai, Fungsi Dan Kegunaannya Dalam Masakan

26
SHARES
khasiat daun kucai

KELEBIHAN, FUNGSI & KHASIAT DAUN KUCAI

Daun kucai sering dianggap sering digunakan sebagai penyedap rasa atau penyeri hidangan seperti telur dadar, lauk pauk dan salad.

Namun, ramai yang tidak tahu khasiat yang terkandung pada daun kucai.

Seperti sayur-sayuran lain, daun kucai yang dikenali sebagai chives ini juga memiliki nutrien penting serta dapat meningkatkan kesihatan bagi pengamalnya.

Fungsi & Kegunaan Daun Kucai

i) Dalam Masakan

Ramai yang tidak tahu yang sebenarnya daun kucai ada banyak kegunaannya selain sebagai penyeri hidangan.

Dengan rasa daunnya yang seakan bawang dan aroma yang menaikkan selera, daun kucai boleh digunakan untuk pelbagai masakan.

Antara cadangan penggunaan daun kucai dalam masakan adalah seperti berikut :

  1. Bagi membangkitkan rasa, daun kucai juga boleh ditambah pada mentega, sos salad atau krim keju.
  2. Kucai juga sesuai digunakan sebagai bahan perapan untuk hidangan yang dimasak secara sihat seperti ayam panggang atau kentang bakar.
  3. Daun kucai juga sesuai digunakan sebagai stok sayuran lebih-lebih lagi ketika
    memasak hidangan sup.

khasiat daun kucai

ii) Untuk Rawatan Di Rumah

Daun kucai juga boleh digunakan untuk rawatan di rumah disebabkan sifatnya yang kaya dengan khasiat.

Anda boleh amalkan kegunaan kucai untuk rawatan berikut :

1. Merawat sakit tekak

Dengan kandungan anti-radang, daun kucai mampu mengurangkan dan melegakan rasa sakit tekak.

Untuk merawat sakit tekak, tuangkan air panas di dalam bekas berisi daun kucai yang telah dipotong halus. Biarkan ia rendam seketika, tapiskan dan minum.

2. Melebatkan rambut

Ekstrak daun kucai didapati boleh meningkatkan pertumbuhan rambut dengan membantu melancarkan peredaran darah pada kulit kepala.

Anda boleh gunakan daun kucai pada rambut dengan membilas rambut yang dibasuh dengan air rebusan daun kucai.

3. Menyihatkan Kulit

Kandungan anti bakterianya juga membuatkan kucai sesuai digunakan untuk kulit.

Rebusan air daun kucai amat baik untuk membasuh luka. Bagi yang mempunyai masalah jerawat, anda boleh tumbuk daun kucai dengan sedikit air, lalu gunakan pada bahagian bermasalah di wajah.

khasiat daun kucai

Baca juga: 7 Khasiat Cekur / Kencur (Kaempferia Galanga), Petua Kesihatan & Kegunaannya

5 Khasiat Daun Kucai

1. Menguatkan Tulang

Salah satu kelebihan utama daun kucai ialah kandungan vitamin K yang tinggi.

Selain kalsium, vitamin K juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan tulang.

Kandungan vitamin K yang tinggi di dalam daun kucai menjadikannya antara makanan yang patut diamalkan bagi mengurangkan risiko osteoporosis.

2. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Sebagai salah satu sayuran yang tergolong dalam keluarga Allium, daun kucai mengandungi allicin iaitu salah satu komponen penting dalam mengurangkan paras kolesterol tidak baik dalam badan di samping meningkatkan kesihatan jantung.

Tambahan pula, daun kucai juga mempunyai kandungan kalium yang tinggi untuk mengurangkan tekanan darah.

3. Melancarkan Penghadaman

Komponen organik yang bernama allyl sulfide dalam daun kucai didapati berkesan dalam mengurangkan rasa ketidakhadaman pada perut.

Kandungan anti bakterianya pula dapat melawan bakteria tidak baik dalam perut .

Nutrisi lain dalam daun kucai seperti serat, niacin dan thiamin juga dapat melancarkan lagi sistem penghadaman.

4. Menguatkan Memori

Kandungan penting kucai seperti choline dan folate sering dikaitkan dalam meningkatkan keupayaan mengingat.

Kajian mendapati seorang dewasa yang mengamalkan choline dalam diet akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kognitif berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

Baca juga: Resipi Kuih Raya Campuran Kacang Badam & Kuaci Yang Bagus Untuk Kuatkan Memori!

5. Baik Untuk Kesihatan Rambut & Kulit

Sifat anti-radang serta komponen antioksidan dalam daun kucai juga membuatkannya baik untuk digunakan pada kulit dan rambut.

Bagi yang mempunyai masalah kulit, daun kucai yang mempunyai sifat anti-penuaan dapat mengurangkan kedut halus pada kulit.

Sifat anti bakterianya pula dapat memelihara rambut daripada masalah kulit kepala di samping menggalakkan lagi pertumbuhan rambut.

kelebihan daun kucai

Daun kucai bukan sahaja berfungsi sebagai penambah rasa semata-mata.

Dengan khasiatnya yang cukup tinggi, ia didapati dapat digunakan bagi meningkatkan kesihatan jantung, tulang
dan penghadaman.

Disebabkan ia mudah didapati di pasaran, ia juga sesuai digunakan bagi rawatan di rumah seperti melegakan sakit tekak dan rawatan wajah atau rambut.

Namun harus diingat, pengambilan daun kucai secara berlebihan boleh menyebabkan sakit perut.

Dapatkan nasihat dari doktor jika anda ingin menggunakan daun kucai sebagai diet harian anda.

Rujukan:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×