Sihat

Mudah Tanam, Buah & Daun Semua Boleh Makan. Ini 8 Kelebihan Mulberi Yang Buat Kita Nak Ada Sepokok

244
SHARES

Pernah tak makan buah mulberi? Rasanya yang masam-masam manis memang buat kita syok makan buah mulberi macam tu je, lebih-lebih lagi bila baru dipetik. Fresh!

Selain dimakan begitu saja, buah mulberi juga boleh dibuat jus, jem atau dimasukkan ke dalam kek. Makan dengan yogurt atau aiskrim pun sedap, taburkan ala-ala kismis gitu.

Selain itu, daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam, dikeringkan dan dibuat teh atau diminum selepas direbus. Ada yang lagi kreatif pula menggoreng daunnya sebagai snek. Sedap katanya!

Pokok Mulberi Di Malaysia

Sebenarnya mulberi atau nama saintifiknya Morus sp. merupakan keluarga Moracae dan terdiri daripada banyak jenis; contohnya mulberi hitam (M.nigra), mulberi merah (M.rubra) atau mulberi putih (M.alba). Ia merupakan ‘saudara’ rapat dengan buah Tin (figs).

Secara tradisionalnya pokok ini ditanam kerana daunnya menjadi makanan bagi ulat sutera.

Selain di Malaysia, pokok mulberi banyak ditanam di negara seperti China, Afrika, Asia, malah Eropah dan Amerika.

khasiat mulberi

Cara Tanam Pokok Mulberi Di Malaysia

Apa yang lebih menarik, kaedah menanam pokok mulberi juga mudah dilakukan berbanding dengan tanaman lain.

Ini kerana pokok mulberi boleh dibiakkan dengan cepat melalui dua cara iaitu:

  • Kaedah Tut (Marcotting)
  • Kaedah Keratan Batang (Stem cuttings)

Dahan dan ranting pokok mulberi mempunyai struktur batang yang mudah untuk ditutkan dengan gunakan media tut yang sesuai.

Apabila cukup masa maka akarnya keluar dan dipotong serta dimasukkan kedalam polibeg atau boleh terus ditanam diladang mengikut kesesuaian.

Selain dari itu, anak benih pokok mulberi boleh didapati di kebanyakan nurseri.

Pokok mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam pada mulanya sebagai anak benih dan akan mengeluarkan buah pada usia 6 – 8 minggu.

Untuk mendapatkan buahnya yang lebat, pokok mulberi perlu kerap dicantas dan diberi baja yang secukupnya.

Kelebihan & Khasiat Buah Mulberi

Terdapat banyak khasiat buah dan daun mulberi yang dibuktikan melalui kajian sains.

1. Menurunkan Kadar Kolestrol

Buah mulberi segar sesuai dimakan sebagai snek kerana ia mengandungi kandungan air, karbohidrat ringkas dan nilai kalori yang rendah.

Sebuah kajian yang dilaporkan oleh Journal of Agricultural and Food Chemistry mendapati ia berpotensi menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Ia juga memiliki kandungan protein yang agak tinggi berbanding buah beri lain.

2. Kaya Dengan Pelbagai Vitamin

Seperti kebanyakan buah-buahan lain, buah mulberi juga mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Secara spesifiknya, buah mulberi mempunyai kadar vitamin C dan zat besi yang tinggi, serta kandungan potassium serta vitamin E dan K yang tak kurang banyaknya.

3. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Menurut HealthLine.com, buah mulberi kaya dengan anthocyanins, iaitu sejenis kompaun yang memberi warna merah / gelap pada mulberi.

Kompaun ini terdiri daripada keluarga antioksidan yang membantu memberi kesan baik kepada jantung kerana ia mampu mengelakkan proses pengoksidaan LDL (kolesterol jahat).

Foto Kredit: csn.org

4. Membantu Melawan Kanser

Kandungan antioksidan yang terkandung dalam buah mulberi juga menjadikannya salah satu makanan yang boleh membantu melawan radikal bebas yang menyebabkan kanser.

Beberapa kajian di Jepun dan Korea mendapati buah mulberi mampu mengurangkan kemusnahan oksidatif oleh radikal bebas serta memperlahankan pertumbuhan sel tumor.

5. Anti-Obesiti

Oleh kerana ianya rendah kalori dan kaya dengan pelbagai nutrien terutamanya serat, vitamin C, vitamin K, serta zat besi, buah mulberi sesuai dijadikan snek sihat.

Terdapat kajian yang mendapati ia mungkin mempunyai kesan anti-obesiti di mana kandungan seratnya membantu mengurangkan sembelit serta melancarkan pencernaan, sekaligus membantu menurunkan berat badan.

Foto Kredit: medicalnewstoday.com

6. Mengurangkan Keradangan

Secara tradisionalnya, teh daun mulberi digunakan untuk merawat kesakitan.

Secara saintifiknya, ia mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin.

Dalam sebuah jurnal, saintis telah mengkaji keberkesanan daun mulberi dan mendapati bahawa ia mempunyai kesan anti-keradangan, anti-obesiti serta banyak lagi masalah kesihatan sekaligus memperjelaskan kegunaannya sebagai salah satu unsur rawatan pada zaman dahulu.

7. Mudah Ditanam & Praktikal

Selain memiliki pelbagai khasiat, menariknya pokok mulberi ini mudah dijaga dan boleh ditanam di tepi pagar rumah saja.

Menanamnya di sekeliling rumah bukan sahaja dapat menjadi pokok hiasan tetapi sebagai penghadang yang praktikal.

Pokok mulberi juga boleh ditanam di dalam pasu jenis besar dan sekiranya pokok mulberi anda terlalu rimbun atau tinggi, cantas pokok mulberi tersebut. Dengan cantasan ini pertumbuhan pokok mulberi dapat dikawal dan paling penting ia akan menghasilkan buah yang enak dan sedap.

Jadi jom tanam pokok mulberi di halaman rumah!

*Sumber rujukan : MyAgri.com.myDrAxe.com, LiveStrong.comHealthLine.com,

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×