Sihat

8 Khasiat Arabic Gum Menurut Kajian Sains, Kelebihannya & Cara Makan

180
SHARES

Pernah dengar tentang khasiat arabic gum?

Arabic gum biasa digunakan oleh masyarakat Timur Tengah sebagai ramuan masakan.

Ia juga sering digunakan untuk rawatan tradisional seperti sakit gigi dan sakit kepala.

Dalam industri farmaseutikal, arabic gum digunakan secara meluas sebagai gel bagi merawat ulser di mulut serta bahan utama dalam pembuatan kapsul ubat (tablet coating).

Dalam industri pembuatan makanan, arabic gum digunakan sebagai penstabil makanan.

Khasiat arabic gum

Kredit Foto : theguardian.com

Arabic gum asalnya daripada bahan yang boleh didapati dari pokok Acacia khususnya Acacia senegal dan Acacia seyal yang tumbuh di negara seperi India, Afrika dan Sudan.

Bagaimana Rasa Arabic Gum?

Arabic gum kini lebih mudah didapati dalam bentuk serbuk dan dijual sebagai makanan tambahan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa arabic gum ni sebenarnya?

Seperti namanya, arabic gum ini mempunyai tekstur yang agak likat namun tidak berperasa.

Cara Makan Arabic Gum

Cara makan arabic gum ialah dengan membancuhnya dengan air biasa / air suam dan diminum.

Jom kita kenali manfaat arabic gum untuk kesihatan!

8 Manfaat & Khasiat Arabic Gum Berdasarkan Kajian Sains

1. Baik Untuk Sistem Penghadaman

Dengan kandungan serat mudah larut yang tinggi, ia membantu sistem pencernaan berfungsi secara lebih baik dengan mencegah sembelit dan cirit birit.

Arabic gum juga mengandungi komponen prebiotic atau bakteria baik yang melancarkan lagi sistem penghadaman di samping membantu badan untuk menyerap mineral dengan lebih berkesan.

Komponen prebiotik ini juga membantu dengan mengurangkan keradangan pada usus yang boleh menyebabkan penyakit inflammatory bowel disease (IBS).

2. Membantu Menurunkan Berat Badan

Kandungan serat yang tinggi dalam arabic gum juga membuatkannya sesuai untuk dimakan bagi yang sedang berdiet kerana ia dapat membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih lama.

Sebuah kajian juga mendapati pengamalan arabic gum selama 6 minggu menunjukkan pengurangan yang ketara dalam peratusan lemak serta nilai BMI.

3. Mampu Mengurangkan Kolesterol

Kolesterol yang tinggi dan tidak dikawal boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti strok dan penyakit jantung.

Khasiat serat yang terkandung dalam serat didapati berpotensi dalam membantu badan untuk menyingkirkan kolesterol dalam badan secara berkesan.

Di samping menurunkan paras kolesterol, kajian juga mendapati arabic gum dapat menurunkan kadar trigliceride dalam darah dengan baik.

4. Melegakan Batuk dan Sakit Tekak

Arabic gum merupakan salah satu bahan yang sering ditemui dalam lozenges atau ubat sakit tekak.

Dengan komponen antiradang yang terkandung dalam arabic gum, ia dikatakan dapat mengurangkan sakit tekak serta simptom batuk.

Khasiat arabic gum

5. Membantu Menstabilkan Tekanan Darah

Sebuah kajian mendapati pengambilan arabic gum yang dilarutkan dalam air selama 16 hingga 18 minggu menunjukkan kesan yang positif dalam menurunkan tekanan darah ke paras yang stabil.

Hasil ini menunjukkan potensi yang baik bagi penggunaan arabic gum sebagai makanan tambahan yang sesuai untuk pesakit darah tinggi.

6. Mampu Merawat Luka

Arabic gum sering digunakan secara tradisional sebagai penawar luka pada kulit. Para pengkaji berpendapat ia berupaya untuk menyembuhkan luka melalui komponen aktif seperti alkaloid dan flavonoid.

Kajian lain juga mendapati arabic gum berpotensi untuk merawat luka serta keradangan akibat ulser.

7. Kaya Dengan Antioksidan

Khasiat antioksidan adalah penting dalam diet harian bagi mencegah badan daripada pelbagai penyakit yang berpunca daripada radikal bebas.

Arabic gum yang diperkaya dengan antioksida dapat membantu badan untuk melawan aktiviti radikal bebas dalam badan.

8. Berpotensi Sebagai Antikanser

Selain melawan radikal bebas, arabic gum juga didapati memiliki sifat antikarsinogenik yang positif dalam melawan pembentukan sel kanser.

Sebuah kajian mendapati penggunaan arabic gum dapat mengurangkan sehingga 70% pembentukan tumor kanser usus pada tikus. ini menunjukkan potensi yang cukup baik bagi arabic gum untuk digunakan sebagai bahan antikanser.

Kesimpulan

Dengan pelbagai khasiat yang terkandung dalam arabic gum, ia wajar dijadikan sebagai makanan tambahan bagi mendapatkan kesihatan menyeluruh.

Dengan khasiat seratnya yang cukup tinggi, ia dapat membantu dalam melancarkan penghadaman, menstabilkan paras gula dalam darah serta paras kolesterol.

Ia juga bersifat antiradang dan kaya dengan antioksidan aktif bagi mencegah penyakit.

Arabic gum juga merupakan supplemen tambahan yang baik bagi yang ingin menurunkan berat badan secara berkesan.

Dengan pengamalan gaya hidup sihat serta pengambilan arabic gum secara konsisten, pastinya kesihatan anda akan bertambah baik.

Sumber rujukan :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×