Euforia Bola 2026
Didik

“You Touch You Go!”- 7 Pelajar MRSM Terlibat Kes Buli Fizikal & Subahat DITAMATKAN Pengajian

1
SHARES
kes buli mrsm

Semalam tular perkongsian video berdurasi satu minit 32 saat memaparkan kes buli MRSM Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sekumpulan pelajar tersebut membuli pelajar lain dalam keadaan yang sangat memalukan dan telah dikenakan tindakan gantung pengajian.

Terbaharu dalam laporan Berita Harian, 7 pelajar MRSM tersebut bukan sahaja digantung malah telah DITAMATKAN pengajian dan tidak akan kembali ke sekolah berasrama tersebut.

Baca juga: Hempap, ‘Henjut’ Berkali-Kali & Libas Tali Pinggang, Pelajar MRSM Buli Rakan Digantung Sekolah!

KES BULI MRSM NIBONG TEBAL: SEMUA PELAJAR TERLIBAT DITAMATKAN PENGAJIAN

kes buli mrsm

Foto: Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut kenyataaan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keputusan itu berdasarkan syor dibuat Jawatankuasa Disiplin MRSM.

“Keputusan kes buli MRSM Jawatankuasa Disiplin Maktab: Tujuh pelajar didapati terbabit. Dua (daripadanya) terbabit buli fizikal. Lima subahat. Disyorkan semuanya ditamatkan pengajian daripada MRSM,” katanya di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, beliau tidak setuju untuk diberikan peluang kedua kerana sejak dari awal diamanahkan sebagai Pengerusi MARA, berulang kali beliau ingatkan dan tegaskan prinsip #YouTouchYouGo.

“Tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli dan apa jua bentuk budaya buli di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk MRSM.

“Tidak kira anak sesiapa sekalipun, Tan Sri, Datuk hatta anak orang berpengaruh macam mana sekalipun, jika terlibat dalam buli, tindakan tegas dan keras akan diambil. Tidak perlu cari jalan untuk bertemu saya bagi maksud merayu. Pejabat saya tidak sesekali melayani pelaku-pelaku yang melanggar prinsip kemanusiaan seperti ini,” katanya.

CADANGAN TEMPATKAN WARDEN

kes buli mrsm

Dalam kenyataan Facebooknya itu juga, beliau berkata perbincangan dengan Ketua Pengarah MARA juga telah dilakukan untuk mengekang perbuatan buli itu dengan sepenuhnya.

Antara yang diminta ialah supaya pihak pengurusan perhalusi cadangan untuk menempatkan Warden sepenuh masa berjawatan kontrak di semua MRSM seluruh Malaysia. Warden ini boleh dilantik melalui proses temuramah dan penilaian holistik terhadap calon-calon dalam kalangan pesara Tentera mahupun polis yang mempunyai keupayaan yang baik untuk menerapkan elemen disiplin, memantau secara lebih komprehensif pembangunan sahsiah dan keperibadian pelajar di asrama.

*Jadi, diingatkan kepada semua pelajar termasuklah ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah asrama, tiada peluang kedua jika terlibat dalam kes buli!

Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini

Sumber: Berita Harian, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×