UPUOnline STPM bagi sesi akademik 2026/2027 bakal menjadi tumpuan lepasan STPM dan setaraf apabila keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) boleh mula disemak pada 14 Ogos 2026.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi perkongsian di media sosial, khusus buat calon yang telah mengemukakan permohonan kemasukan ke UA melalui UPUOnline bagi sesi akademik 2026/2027.
Baca juga: Pelajar Latihan Industri Dalam Bahaya? IPT Boleh Tarik Serta Merta Penempatan – Adam Adli
KEPUTUSAN UPUONLINE STPM 2026 BOLEH DISEMAK 14 OGOS

Menurut KPT, keputusan UPUOnline bagi lepasan STPM dan setaraf boleh disemak bermula:
- Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
- Masa: 12.00 tengah hari
Semakan keputusan pula akan dibuka sehingga 23 Ogos 2026 (Ahad), pada jam 5.00 petang.
Calon yang telah membuat permohonan dinasihatkan supaya mengambil perhatian terhadap tempoh semakan tersebut bagi memastikan mereka tidak terlepas mendapatkan keputusan.
Calon boleh membuat semakan keputusan kemasukan ke Universiti Awam menerusi tiga saluran yang disediakan, iaitu:
1. Portal UPUOnline
2. Aplikasi UPUPocket
3. Aplikasi MyGOV Malaysia
Calon disarankan memastikan maklumat yang diperlukan tersedia sebelum membuat semakan bagi melancarkan proses mendapatkan keputusan.
Bagi calon yang bakal mengetahui keputusan masing-masing, tempoh ini pastinya menjadi antara detik yang mendebarkan selepas melalui proses permohonan dan menunggu penempatan ke institusi pengajian tinggi.

Apa juga keputusan yang diterima, calon disarankan supaya melihatnya sebagai sebahagian daripada perjalanan dalam menentukan hala tuju pendidikan dan kerjaya pada masa akan datang.
Semoga segala urusan calon lepasan STPM dan setaraf dipermudahkan serta berjaya mendapat tawaran pengajian yang diimpikan.
Baca juga: Tular Celah Dinding Tandas OKU Di R&R Nampak CCTV! Risau..Pengguna Harap Isu Privasi Ini Disiasat
Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi
