Rakyat

Kepala Pelajar Dijahit & Cedera Akibat Tangki Air Sekolah Pecah

2
SHARES

Lima pelajar perempuan dan dua daripadanya mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk serta menerima dua jahitan pada bahagian kepala akibat terkena serpihan atap laluan pejalan kaki apabila tangki air utama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, pecah, semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.05 pagi dan empat orang pelajar berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan manakala seorang lagi dibawa ke klinik kesihatan untuk rawatan lanjut.

Baca juga: Wanita Batalkan Perkahwinan, Terkejut Tengok Bakal Suami Dimandikan Ibunya

KEPALA PELAJAR DIJAHIT & CEDERA AKIBAT TANGKI AIR SEKOLAH PECAH

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati rumah enjin tangki utama sekolah berkenaan mengalami kerosakan sehingga menyebabkan ia pecah dan air melimpah, lapor Kosmo.

“Ketika itu, pelajar tingkatan satu, dua dan tiga sedang rehat dan mereka sedang berjalan menuju ke kantin sekolah. Air tangki itu melimpah ke kawasan papan kenyataan, musalla dan longkang di bahagian blok pentadbiran sekolah sehingga menyebabkan semua lokasi tersebut rosak,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kejadian itu disedari guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah, Adnan Che Abdullah apabila terdengar bunyi letupan kuat dari belakang bangunan pejabatnya.

Tiga pelajar yang dilaporkan cedera ringan sudah dibenarkan pulang manakala dua orang pelajar lagi mengalami sakit tengkuk dan dua jahitan pada bahagian kepala masih dirawat di hospital.

Sumber: Kosmo 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×