0-6 Bulan

Kenapa Perlu Elak Tetamu Datang Melawat Ketika Berpantang? Ini Anda Perlu Tahu!

357
SHARES

Situasi yang selalu berlaku apabila seseorang melahirkan anak ialah, pasti akan rakan taulan atau saudara mara datang melawat bukan? Perasaan ingin tahu tentang rupa bayi dan keadaan bayi tersebut membuatkan kita kadang-kadang leka dengan kondisi tubuh badan sendiri.

Seringkali kita mendengar bahawa untuk melawat bayi baru lahir, ada masanya yang sesuai, ada masanya yang tidak sesuai. Pastikan kesihatan diri berada dalam keadaan yang baik dahulu sebelum melawat bayi adalah sangat penting kerana bayi mudah terdedah dengan jangkitan pernyakit. Oleh itu, jom baca perkongsian pengalaman di laman Facebook Info Ibu Hamil mengenai pengalaman ibu ini, di mana anaknya terkena jangkitan penyakit dari orang yang datang melawat. Penting ni!

http://prettymomguide.com/

http://prettymomguide.com/

NASIHAT UNTUK PARA IBU

Hai ibu-ibu..disini sy nak share 1 benda yg harus kite ambil berat. Sy baru melahirkan baby girl pd penghujung bln 12 2016. Syukur sgt2 dikurniakan anak..mase sy berpantang mmg ramai sgt saudara-mara dan kwn-kwn sy dtg melawat baby. Iye la kan mereka excited nk jmp baby tak kan kite nk halang kan. Tp sy perasan seorang saudara sy xberapa sihat dtg melawat.mase tue sy xkisah sgt la sbb xpenah pk ape2. Sampai la mase baby sy umur dlm 20 hari, tibe2 anak sy badan die panas. Sy igt panas biasa, smpi ke malam panas die xsurut. Sy check gune termometer, nasib baiklah mmg ade stanby kt rumah. Check2 suhu die 39 celcius haaa…melompat sy jerit pggl suami ckp anak demam suhu tggi. Terus kami decided g hospital.

jennygrimm.com

jennygrimm.com

Mula2 sy pk dtg mmgkn doc akan bg ubat then boleh balik suruh monitor dr rumah suhu anak. Sampai dihospital doc check ckp mmg suhu baby tggi. Terus kene admit tanpa ambil darah. Doc ckp baby kene admit sbb masih baby lg bru lahir.jrg baby baru lahir demam. Doc admit supaya nak tahu ape punca baby demam alahai.. dah lah dlm tempoh sy berpantang baby kene admit.

Redha je la demi kesihatan baby. Hari pertama nurse amek darah anak sy dan masukkan tiub untuk on antibiotik, baby kene xray dan mcm2 lg mereka buat untuk tau punca baby demam. Kesian tgk baby kene amek hari2 keputusan, doc ckp anak sy kene jangkitan kuman diparu2 dan ade sejenis kuman lg yg mereka kene selidik lg. Terduduk sy dgr biler doc ckp mcm tue,bayangkan baby masih kecil mcm2 die kene hadapi. Mcm2 doc explain dan soal siasat sy mcm polis. 

http://www.youngparents.com.sg/

http://www.youngparents.com.sg/

Doc ckp virus yg anak sy dpt berpunca dr org lain. Doc tny ade tak org yg tidak sihat dtg melawat, terus sy teringat saudara sy tue yg dtg melawat die tak sihat..ya allah..dugaan ape nie. Sepanjang tempoh sy jage anak dihospital mcm2 dorg bt baby mcm uji kaji. Tp sy redha xpenah merungut kt nurse atau doc.

Sy tau itu tugas mereka utk memastikan anak sy sihat. Dua minggu sy berkampung dihospital smpi demam dan anak sy sembuh sepnuhnya. Alhamdulillah anak sy sihat dlm tempuh 2 minggu. Tp masih kene follow up setiap mggu utk memastikan anak sy xde komplikasi yg lain. Disini sy nak tekankan atau bg tau kt awak2 semua atau ibu2 semua..kalau boleh elakkan terima tetamu mase berpantang. Iye..sy phm tak boleh nak elak. Tak kan nak halau atau halang mereka dr melawat. Tp sy nk ckp kalau rase awak tak sihat tue tolonglah tolong sgt2 jgn dtg melawat baby yg baru lahir atau cium2 baby. Awak tahu tak yg menanggung siksa azab sakit tue baby yg baru lahir yg baru nak kenal dunia.jgn disebabkan awak baby yg kena tanggung. Jgn penting diri sndri dan jgn terlalu excited utk berjumpa baby baru lahir.

Sumber Facebook : Info Ibu Hamil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×