Asuh

Kenapa Anak Suka Gigit Kuku? Ketahui 5 Cara Untuk Hindari Tabiat Buruk Ini!

381
SHARES

Anak siapa yang tak pernah ada tabiat menggigit kuku jari? Tak kita dimana dan waktu bila pun, anak-anak suka gigit kuku tu. Puas dimarahi tetapi masih juga tabiat itu tak hilang. Untuk pengetahuan anda, tabiat menggigit kuku dalam kalangan kanak-kanak ini sudah dianggap sebgaai perkara normal dalam peringkat pembesaran. Malah tabiat ini juga dipanggil onychopagia, dimana tabiat ini akan dialami oleh seluruh kanak-kanak dalam lingkungan umur 10- 18 tahun di dunia.

www.babycentre.co.uk

KENAPA ANAK SUKA GIGIT KUKU?

1. Untuk selesakan diri

http://news.zing.vn/

Jika anda perhatikan, sejak dari kecil anak-anak akan suka untuk meletakkan jarinya di dalam mulut sebagai salah satu langkah untuk menyelesakan diri atau ‘gatal gusi’. Tabiat ini selalunya akan berlanjutan sehingga mereka telah meningkat umur kerana merasakan bahawa tabiat ini dapat meyelesakan diri mereka. Sebab itulah mereka akan gigit kuku tu!

2. Bosan

http://www.ewebarticle.info/

Salah satu sebab anak akan suka untuk gigit kuku adalah bila mereka bosan. Situasi ini akan menjadi biasa ketika anak-anak tidak melakukan apa-apa kerja ataupun ketika menunggu. Bila tidak melakukan apa-apa kerja yang melibatkan pergerakan tangan, mulalah nak menggigit kuku tu.

3. Stress atau Gelisah

www.healthambition.com

Selain itu, penyebab kepada tabiat menggigit kuku dalam kalangan anak-anak ini turut berkaitrapat dengan masalah stress atau gelisah. Sekiranya persekitaran sekeliling anak-anak tidak selesa atau dalam masalah, tabiat untuk menggigit kuku tu memang sudah menjadi kewajipan.  Antara situasi yang menjadi penyebab adalah, melihat pergaduhan ahli keluarga, dibuli di sekolah dan tekanan pelajaran di sekolah.

4. Genetik

http://www.vix.com/

‘Bapak borek anak rintik’. Salah satu sebab anak-anak suka gigit kuku adalah kerana pengaruh genetik ibubapa. Kalau dahulu ibubapa suka gigit kuku juga masa kecil, maka nanti anak-anak pun akan cenderung untuk mengalami tabiat yang sama!

5. Terikut-ikut orang lain

kidsgallore.wordpress.com

Adalah normal dalam kalangan kanak-kanak untuk terikut-ikut perlakuan orang lain kan? Bila nampak orang luar atau ahli keluarga sendiri yang gigit kuku, mulalah mereka nak terikut-ikut. Padahal, pada awalnya, mereka tidak mempunyai tabiat untuk menggigit kuku pun.

BAGAIMANA NAK HENTIKAN HABIT GIGIT DALAM KALANGAN KUKU ANAK?

1. TANYA SEBAB KEPADA ANAK

http://fullfitsure.com/

Mula sekali, ibubapa perlu bercakap dan bertanya kenapa anak suka untuk menggigit kuku. Melalui perbualan ini, anak-anak akan mula untuk ‘open up’ dengan segala masalah yang dihadapi. Ibubapa pun akan mudah untuk tahu sebab dan cara untuk hindari tabiat tersebut.

2. “EEE..ADA KUMAN LAH!”

http://www.cbc.ca/

Bukan tujuan untuk menakut-nakutkan anak, tetapi amat penting untuk anak-anak tahu bahawa tabiatnya tersebut adalah tidak bagus untuk kesihatan. Kuatkan pemahaman anak-anak mengenai kebersihan tubuh badan dan beritahu anak juga bahawa banyak kuman jahat yang akan merebak di dalam badan jika tabiat menggigit kuku diteruskan.

3. BAGI ‘REWARD’

http://www.simplyvibrantnutrition.com/

Ini mesti anak-anak akan suka. Apa kata latih anak-anak untuk bersikap lebih ‘alert’. Lakukan rutin untuk mereka memeriksa sendiri tahap kebersihan kuku mereka. Jika mereka dapat mengurangkan tabiat untuk menggigit kuku dan mengekalkan kebersihan kuku dalam masa sehari, berilah ‘reward’ seperti makanan kegemaran atau keluar bersiar-siar dengan anak.

4. RAWATAN KUKU KANAK-KANAK

sg.theasianparent.com

Bagi ibubapa yang berkemampuan, apa kata anda pergi buat rawatan ‘manicure’ khas untuk kanak-kanak. Rawatan ini bukan sahaja dapat membersihkan kuku anda dari segala kuman, malah penjagaan kuku yang cantik dari kecil juga amat berguna. Disebabkan anak asyik gigit kuku tu, kuku dah tak cantik lah macam digigit tikus.

5.JUMPA PAKAR

www.spineuniverse.com

Jika keadaan masih berlanjutan dan anak-anak pun susah nak dengar kata, apa kata anda berjumpa dengan pakar. Hal ini kerana ibubapa akan risau jika kesihatan anak-anak terganggu. Dapatkan ubat-ubatan yang dapat membantu untuk mengurangkan rasa untuk menggigit kuku.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×