Kini Trending

Kemuncak Usahawan Buletin FM, Tinggal 3 Orang Peserta Bakal Rebut Dana Perniagaan Bernilai RM200,000!

6
SHARES

Usahawan Buletin FM pusingan kedua kini sudah pun memasuki minggu akhir. Lebih daripada 200 orang peserta, kini hanya 3 orang peserta akan mengharungi 4 cabaran yang diberikan dan seterusnya merebut gelaran Juara Usahawan Buletin FM pusingan kedua.

3 ORANG PESERTA MENGHADAPI CABARAN SETERUSNYA

Daripada 16 orang peserta, seramai 3 orang telah dipilih untuk menghadapi cabaran seterusnya merebut dana perniagaan bernilai RM200,000. Mereka adalah Wan Nadia Farhana, 33, idea bisnes Kiddie Care Centre, Mohammad Fariz Abdullah, 44, idea bisnes sistem & aplikasi playhouse dan Zalina Noor Mohd Ali, 47, idea bisnes Kitchen Monster.

Minggu akhir ini, para peserta perlu menghadapi 4 cabaran, antaranya cabaran menyelesaikan masalah peniaga lain, cabaran menjual produk, cara menguruskan pelanggan dan cabaran menyediakan iklan radio mereka sendiri. Mereka akan dinilai oleh Datuk Seri Johari Ghani, Usahawan dan pemilik perniagaan, juri tetap iaitu Coach Wan Arjunawan, CEO Entrepreneur Culture dan pihak pengurusan Buletin FM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, pihaknya menerima pelbagai idea bisnes dan menarik perhatian juri. Beliau mengharapkan dengan Usahawan Buletin FM ini dapat membantu para usahawan mengembangkan perniagaan.

“Kami telah terima pelbagai idea bisnes dan menarik perhatian juri profesional. Sedikit sebanyak Usahawan Buletin FM ini dapat membantu mereka mengembangkan lagi idea bisnes masing-masing. Kami mencari idea bisnes yang luar biasa dan kami bantu mereka untuk merealisasikan impian mereka dan berharap bisnes mereka itu berkembang di masa hadapan.” jelasnya.

KEMUNCAK USAHAWAN BULETIN JUMAAT INI

Menariknya, minggu akhir Usahawan Buletin FM pusingan kedua ini turut memperlihatkan penglibatan Datuk Seri Johari Ghani, usahawan terkemuka dan pemilik perniagaan yang juga merupakan Strategis Pemulih Korporat. Penglibatan Datuk Seri Johari adalah bertujuan untuk berkongsi cerita dan pengalaman berkaitan perniagaan dalam Jejak Usahawan bersama penyampai radio Buletin FM Fokus Pagi, iaitu Ally Iskandar & Hawa Rizwana. Beliau juga akan mengadili cabaran terakhir para finalis Usahawan Buletin FM.

Dengarkan setiap cabaran yang dihadapi oleh finalis sepanjang minggu ini menerusi segmen Fokus Pagi Bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana (6 pagi – 10 pagi). Mereka bersama-sama juri profesional dan pihak pengurusan Buletin FM akan menilai cabaran yang dikemukakan.

Siapakah yang bakal bergelar Juara Usahawan Buletin FM pusingan kedua? Dengarkan kemuncak Usahawan Buletin FM pada hari Jumaat, 15 Oktober 2021 untuk mengetahui siapakah yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM25,000 dan RM175,000 untuk slot iklan radio.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×