Hebahan

Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Kembali Untuk Membantu Masyarakat

Satu Kerjasama dengan AEON Big Untuk Menggalak Lebih Ramai Pengguna Menderma Kepada Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik Agar Mereka Memperoleh Masa Depan Yang Lebih Cerah Dengan Pembelian Baju Seragam Sekolah Baharu

Jenama pencuci nombor satu di Malaysia, TOP berkolaborasi dengan pasaraya AEON Big untuk melancarkan satu kempen gergasi bagi mengumpul dana untuk membekalkan keperluan persekolahan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh negara.

Kempen bertema ‘A Brighter Future with TOP’ atau ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang pernah dilaksanakan pada tahun lepas, dianjurkan semula setelah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para pelanggan TOP.

Kempen ini menyasarkan untuk memberikan masa depan yang cemerlang kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dengan membina keyakinan diri mereka melalui pemberian pakaian seragam sekolah baharu. Di samping itu, kempen ini juga akan mendidik kanak-kanak berkenaan kemahiran hidup dengan menanamkan sifat tanggungjawab dalam diri mereka untuk menjaga pakaian seragam sendiri dengan pencuci TOP yang dibekalkan.

TOP amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan AEON Big yang mempunyai 25 buah pasaraya di seluruh negara untuk mencapai lebih ramai pengguna, seterusnya memberi orang ramai peluang untuk membantu kanak-kanak kurang bernaib baik memperoleh masa depan yang lebih cerah.

Melalui kempen ini, sebanyak 30 sen daripada jualan mana-mana produk TOP di semua cawangan AEON Big di seluruh negara akan disalurkan kepada dana ini bermula 14 November hingga 14 Disember 14, 2016.

Dana berkenaan akan digunakan untuk membeli pakaian seragam sekolah bagi 400 kanak-kanak kurang bernasib baik yang bersekolah, berumur antara 7 hingga 17 tahun dari 20 buah rumah kebajikan di tujuh buah negeri.

Untuk mencapai tujuan ini, kempen berkenaan perlu mengumpulkan dana berjumlah RM40,000.

top_01

Dibangunkan oleh LION Corporation Japan, TOP tersohor dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggunakan teknologi berinovasi untuk cucian yang lebih bersih, peningkatan keselesaan dan kesejahteraaan yang lebih baik.

Di Malaysia, TOP yang dikenali dengan inovasi seperti anti-bau hapak dan fungsi anti-debu hama yang pertama di Malaysia, bakal menrevolusikan industri pencuci dengan formulasi semula pencuci Micro-Clean Tech yang telah diperkenalkan baru-baru ini.

Formulasi TOP Micro-Clean Tech yang baharu ini dimuatkan dengan inovasi Anti-Sebum yang akan menembusi jauh ke dalam teras fiber untuk membersihkan sebum dan kesan peluh yang terperangkap dengan lebih berkesan.

Slogan kata TOP Micro-Clean Tech – ‘Belum Bersih Sehingga Mikro Bersih’ mencerminkan pencapaian teknologi pencuci yang memberi kuasa kepada siri ini. TOP Micro-Clean Tech membersihkan sepenuhnya kotoran yang tampak dan tersembunyi seperti peluh dan sebum (minyak yang dirembeskan secara semulajadi melalui pora kulit) yang terperangkap jauh ke dalam fiber fabrik. Peluh dan sebum adalah antara penyebab utama bau dan kotoran pada pakaian terutamanya di kawasan lubang lengan baju, lengan baju dan kolar sehingga menjadikan pakaian anda kekuningan, kusam dan pudar warnanya.

Sebagai satu produk keperluan isi rumah keluarga-keluarga di Malaysia, jenama ini berkongsi nilai-nilai amal dan kebajikan terutamanya dalam soal pendidikan serta penjagaan masyarakat yang membentuk negara ini.

Pengurus Pemasaran Kanan Southern Lion Sdn. Bhd., Cik Carmen Foo memaklumkan, sebagai peneraju dalam kategori pencuci[1], TOP telah mengambil tanggungjawab untuk membantu masyarakat melalui amal-amal yang seiring dengan pengguna dan pihaknya juga menjemput para rakan niaganya untuk turut serta bagi mencapai hasil dan kesan yang lebih meluas.

“TOP merupakan peneraju inovasi teknologi pencucian yang tiada saingan di Malaysia dan telah dibuktikan menjadi peneraju pasaran. Kedudukan ini dicapai melalui kepercayaan yang diberikan oleh para pengguna jenama kami. Kepercayaan tersebut datang dengan tanggungjawab untuk berkongsi nilai-nilai dan keperihatinan para pelanggan, serta untuk membantu mereka yang memerlukan. Konsep kehidupan bersih kami juga meliputi kebaikan untuk menjaga kebajikan dan memberi balik kepada golongan yang kurang bernasib baik,” kata Cik Carmen.

“Kami menggalakkan para pelanggan AEON Big untuk turut serta membantu memberikan kanak-kanak ini Masa Depan Yang Lebih Cerah. Sebagai balasan, TOP boleh menjamin bahawa pencuci Micro-Clean Tech dengan inovasi Anti-Sebum akan memberikan mereka cucian yang bersih menyeluruh; lebih selesa dan kesejahteraan yang lebih baik. Sebagai tambahan kepada sokongan terhadap amal ini, kami berharap lebih ramai pengguna bakal memahami maksud sebenar slogan ‘Belum Bersih Sehingga Mikro Bersih’,” jelas  Cik Carmen.

Para pengguna boleh mendapatkan kebaikan TOP Micro-Clean Tech di dalam cucian mereka melalui ‘TOP Powder of Super White’, ‘Super Hygenic’, ‘Blooming Freshness’ dan ‘Super Colour’. Untuk para pengguna Cecair Pencuci TOP, mereka boleh memilih daripada barisan menyeluruh ‘Stain Buster’, ‘Brilliant Clean’, ‘Blooming Pleasures’ (tambahan terbaharu kepada keluarga produk ini), ‘Odour Buster’ dan ‘Colour Protect’.

TOP Micro-Clean Tech juga boleh terdapat dalam Super Low Suds (serbuk) dan Smart Clean dalam Formula Low Suds (cecair) yang dirumuskan khusus untuk mesin basuh muatan depan bagi cucian yang lembut tetapi cekap lagi berkesan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan kami di talian 1800-88-0133.

 

 

Mengenai Southern Lion Sdn Bhd 

Southern Lion Sdn. Bhd. ialah syarikat usaha sama 50/50 antara Lam Soon (M) Bhd. dan LION CORPORATION, Jepun. Ia memperbaiki kualiti hidup pengguna Malaysia berterusan dengan menawarkan barangan penjagaan rumah dengan konsep-konsep inovatif pada harga yang berpatutan, yang meliputi produk penjagaan fabrik, rumah dan kecantikan hinggalah penjagaan mulut. Southern Lion merupakan pembuat produk pencuci pertama dianugerahkan sijil ISO 9001.

[1] Nielsen Malaysia, October 2016

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×