Famili

Vocket Tampil Dengan Kempen Cakna Duit, Nak Rakyat Malaysia Lebih Peka Tentang Kewangan

10
SHARES
kempen cakna duit

Kempen Cakna duit merupakan inisiatif yang dilakukan oleh portal Vocket untuk memperkasakan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai kewangan. Kempen ini akan berlangsung selama tiga bulan bermula Januari sehingga March.

Selain itu, menerusi satu kaji selidik dilakukan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) mendedahkan sebanyak 84 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan tetap setiap bulan.

KEMPEN CAKNA DUIT BANTU RAKYAT MALAYSIA LEBIH CELIK

kempen cakna duit

Pengerusi Bersama FEN yang juga Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), Nor Rafidz Nazri, berkata kaji selidik setiap tiga tahun itu juga mendapati bahawa 27 peratus rakyat yang bekerja sangat bimbang dengan keupayaan untuk membiayai perbelanjaan hidup pada hari tua.

“Tahap literasi kewangan rakyat Malaysia masih rendah. Kajian mendapati 69 peratus lebih suka berbelanja berbanding menyimpan yang sekaligus menyebabkan mereka tiada simpanan untuk kegunaan jika berlaku kecemasan. Malah, sebanyak 47 peratus mengakui mereka sukar menyediakan wang kecemasan RM1,000.” 

Menurut Ketua Kandungan Rangkaian Bahasa Melayu, Noraniza Azmi, dengan adanya kempen ini diharapkan semua orang akan lebih peka dengan hal kewangan sama ada kripto, perancangan bajet kewangan, cara meningkatkan skor kredit, dan lain-lain.

Apa yang menarik tentang kempen Cakna Duit ini adalah segala topik perihal pengurusan kewangan akan dibincangkan secara santai oleh pakar yang dikenali di media sosial.

“Pihak editorial Vocket bakal menampilkan beberapa individu yang pakar dalam bidang yang diceburi. Untuk bulan Januari ini, kami menemubual Aznah Abas, seorang credit card enthusiast (pakar kad kredit) untuk bertukar pendapat dan membetulkan persepsi masyarakat tentang kad kredit dalam sesi VOCCAST.

“Selain itu, kami juga akan menghasilkan video ulasan aplikasi kewangan yang boleh dimuat turun secara percuma supaya boleh membantu orang ramai mengurus kewangan mereka. Untuk mendapatkan perspektif rakyat Malaysia pula, kami juga merancang untuk menemubual orang ramai secara rawak tentang topik kewangan dan dirangkumkan dalam beberapa video pendek ‘Voxpop’. Sudah tentunya terdapat juga perkongsian tip kewangan daripada pakar dan pemilik bisnes dalam bentuk artikel,” kata Azam Anwar, Ketua Editor The Vocket.

Matlamat utama kempen Cakna Duit adalah untuk menarik rakyat Malaysia terutamanya golongan muda untuk mula merancang kewangan mereka dengan lebih baik. Layari thevocket.com/caknaduit untuk mulakan perjalanan bijak kewangan anda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×