Percutian

Tinggalkan Malaysia Untuk Kembara Eropah Timur 123 Hari. Lelaki Ini Sangat Awesome!

1
SHARES
Tinggalkan Malaysia Untuk Kembara Eropah Timur 123 Hari. Lelaki Ini Sangat Awesome!

Kembara Eropah Timur

Jika sebut Eropah, ramai yang hanya mahu ke London, Paris dan Rome sahaja. Ah, itu lokasi mainstream. Jika banyak duit, pergi situ hanya untuk shopping, bukan untuk belajar budaya. Tiada kelainan.

Tidak ramai yang tahu, Eropah Timur menyajikan suasana yang lebih mengujakan. Ini dibuktikan oleh Nazri Arshad, atau lebih selesa dipanggil sebagai Moji yang berkelana ke Hungary dan Romania (termasuk transit Amsterdam) selama 123 hari. Sama seperti Rayyan Haries, kami sangat kagum dengan keberanian dan kesungguhan Moji.

Rakaman Video HD

Video ini sudah lama dirakam. Cuma mungkin ramai yang tidak tahu. Summer Holiday 2011 dirakam dengan cukup kemas oleh Moji. Sila tonton video yang dirakam sendiri oleh Moji. Lihat sendiri kualiti yang dihasilkan dalam bentuk HD. Pada saat anda tekan Play, kami yakin anda tidak akan Pause kerana pengisian yang cukup menarik. Lain dari yang lain!

Rancangan travelog yang ditaja oleh syarikat tertentu di kaca televisyen? Oh, lupakan sahaja. Video Moji lebih menarik dan bakal buat anda tersenyum dan tersengih panjang. Sungguh santai!

Kami salute dengan ketekunan dan kerajinan Moji buat editing untuk video yang dihasilkan sendiri. Dengan background music yang memang bersesuaian dengan jiwa remaja, rasa heaven bila tonton travelog ini.

Ah, cakap banyak-banyak pun tiada guna. Usah tunggu lama, mari kita tonton bersama-sama.

 

Episod 1 menceritakan keberangkatan beliau dari KLIA dan transit di Schipol Airport, Amsterdam. Banyak tips yang dikongsikan seperti siap-siap download aplikasi Dictionary dalam smartphone. Video beliau main Street Yoyo juga ada dalam Episod 1 ini.

 

Episod 2 adalah kesinambungan hidup Moji yang berkongsi informasi dan pengalaman tentang teh, keretapi, makanan, undang-undang di luar negara dan tentang bandar di sana.

 

Episod 3 sangat santai kerana mengisahkan rutin hidup seharian di sana.

Tak puas menonton? Sila klik pada pautan biografi Moji di bawah.

 

Ini soalan kami pada Moji:

1. Kenapa suka mengembara?

Saya suka mengembara disebabkan saya suka melihat kelainan budaya,masyarakat & pemandangan di negara orang lain. Saya suka menjelajah melihat keindahan alam ciptaan Allah.

2. Apa faedah kembara secara backpacking?

Faedah utama kembara secara backpacking adalah kita dapat menjimatkan perbelanjaan. Ini disebabkan kita hanya menggunakan perkhidmatan & kemudahan yang asas sahaja.Semuanya asas & tidak mewah. Dengan melancong cara backpacking ini, kita dapat menjelalah lokasi setempat dengan lebih mendalam. Tambahan lagi, disebabkan kita hanya memikul satu beg yang berisi hanya keperluan asas untuk diri sendiri, ia lebih mudah untuk bergerak berbanding beg troli yang besar.

3. Apa pesanan untuk anak muda yang mahu mengikut jejak langkah Moji?

Mulakan semua dengan bermimpi. Ini kerana bermimpi adalah PERCUMA, tidak perlukan wang ringgit. Di samping menyimpan impian, kita mestilah berusaha untuk memenuhi impian itu. Bertawakkal dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita untuk mengecapi impian tersebut.

 

[infobox title=’Tentang Moji’]

nazri-arshad-moji-moji16

Blog: moji16.blogspot.com

Instagram: instagram.com/moji16

Facebook Page: facebook.com/KembaraBackpackersBersamaMoji

Facebook Page: facebook.com/ApertureKU

Vimeo: vimeo.com/moji

Twitter: twitter.com/moji16

YouTube: youtube.com/user/yonazri/

 

[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×