Asuh

Jangan Asyik Rasa Bersalah, Ini 5 Kelebihan Jadi Ibu Berkerjaya Buat Anak-anak

144
SHARES

“Kesiannya nak hantar anak dekat pengasuh. Kan bagus kalau aku dapat jaga sendiri. Dahlah macam-macam kes sekarang… Ish, patut ke aku berhenti kerja?”

Segelintir orang menganggap wanita bekerjaya ini sebagai selfish, mementingkan duit dan status, tak sanggup jaga anak sendiri di rumah, tak sayang anak. Walaupun kita tahu kita bukannya begitu, tapi ada masanya tentu terdetik juga rasa bersalah apabila dihenyak dengan pelbagai tohmahan.

Realitinya, menjadi ibu bekerja bukanlah satu kesalahan. Bahkan, kajian juga mendapati bahawa ia mempunyai kelebihan tertentu kepada anak-anak anda sendiri.

5 Kelebihan Jadi Ibu Berkerjaya Buat Anak-anak

Berikut adalah beberapa kelebihan menjadi ibu bekerja yang akan dimanfaatkan anak-anak anda.

1. Kurang Stres Dengan Anak

Salah satu ketakutan terbesar pada wanita yang bekerja adalah stres. Risau tak dapat membahagikan masa, risau tak cukup masa untuk anak dan suami. Tapi sebaliknya dalam Journal of Family Psychology, sebuah kajian di US menunjukkan bahawa ibu bekerja kurang cenderung menunjukkan simptom kemurungan berbanding surirumah sepenuh masa. Dalam erti kata lain, ibu bekerja adalah lebih bahagia dan sihat fizikalnya – ini tentunya akan memberi kelebihan kepada si anak.

Ibu-ibu akan lebih teruja merancang aktiviti hujung minggu, percutian, dan sebagainya. Rasa rindu pada anak bila seharian tak berjumpa. Bila ibu gembira, anak-anak pun mestilah seronok!

Penyelidik mendapati antara faktor yang menyumbang kepada hasil kajian tersebut adalah rasa keyakinan diri dan kepuasan yang didapati daripada pekerjaan itu sendiri. Ternyata, pekerjaan di luar rumah memberi ibu lebih ‘me time’ di samping mengekalkan kehidupan sosial yang aktif.

in summer countryside

2. Jadi Inspirasi Buat Anak

Ibu bekerja yang bijak membahagikan masa dengan anak-anak boleh meninggalkan kesan positif kepada anak, terutamanya anak perempuan. Mereka membuktikan bahawa seorang wanita juga mampu menjadi apa saja. Ini mendorong anak untuk mengejar cita-cita yang tinggi.

Sifat juang yang ditunjukkan oleh ibu tentu sekali dapat menjadi pembakar semangat bagi anak untuk turut sukses seperti ibunya. Dalam sebuah kajian Harvard Business School mendapati bahawa keluarga yang memiliki ibu bekerja mempunyai pendapatan yang tinggi apabila mereka meningkat dewasa.

Foto Kredit: aboutislam.net

3. Waktu Lebih Berkualiti

Walaupun memiliki masa yang terhad, ibu sebenarnya tetap dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak. Malah, bekerja mungkin akan membuatkan anda lebih teruja untuk berjumpa anak dan meluangkan masa dengan sepenuh perhatian bersama mereka berbanding apabila duduk seharian di rumah.

Anda tentu faham, sekalipun kita berada sepanjang hari di rumah bersama anak, tak semestinya kita meluangkan masa bersama mereka. Bahkan, kita mungkin terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan seperti memasak, membersih, mencuci hingga terlupa untuk meluangkan waktu yang betul-betul berkualiti bersama anak.

Dalam sebuah penyelidikan yang dilaporkan dalam Washington Post, waktu ‘bersama’ keluarga sepatutnya diukur daripada momen, bukannya minit. Penyelidikan tersebut telah mendapati bahawa kuantiti masa yang diluangkan oleh ibu bersama anak kecil berusia antara 3 hingga 11 tahun itu tidak memberi impak kepada pembangunan mereka berbanding cara mereka menghabiskan masa bersama.

4. Peluang Untuk Anak Bersosial

Menghantar anak ke taska atau rumah pengasuh bukanlah satu pilihan yang teruk. Sebaliknya, dengan memilih tempat asuhan yang sesuai, anak-anak dapat memperkembangkan potensi diri mereka dengan baik.

Menghantar anak ke tempat asuhan atau taska boleh memupuk rasa independent pada anak tanpa ibu bapa mereka. Ini membawa kepada keyakinan diri, minat untuk berkawan di samping dan mempelajari perkara-perkara baru untuk dikongsi dengan anda di rumah.

Memang banyak yang kita dengar tentang pengasuh dan taska yang cuai menjaga anak-anak, namun anda tak perlu begitu fobia kerana masih banyak pusat jagaan yang bagus dan pengasuh yang penyayang. Dah macam keluarga kedua, anak-anak kecil juga rapat dengan cikgu dan keluarga pengasuh kerana dijaga seperti anak sendiri. Manja pulak tu!

taska terbaik

Foto Kredit: haikudeck.com

5. Dapat Menyumbang Kepada Pendidikan Anak-anak

Segala penat lelah anda bukanlah sesuatu yang sia-sia. Selain dapat meningkatkan skil yang dipelajari suatu masa dahulu, anda juga mampu menjuruskan minat anda terhadap sesuatu yang menjana pendapatan.

Secara tidak langsung, anda juga dapat menyumbang kepada tabung pendidikan anak-anak di masa hadapan. Bukan nak kejar wang semata-mata, namun cuma berpijak di bumi nyata. Dalam keadaan ekonomi yang semakin meruncing ini, tak ada yang percuma. Jadi kalau kita dapat menabung untuk anak-anak, sedikit sebanyak ia dapat menjadi landasan yang lebih selesa, terutamanya dalam hal-hal emergency.

belajar pengaturcaraan

Foto Kredit: vitalhike.co.uk

Jangan Asyik Rasa Bersalah

Sebagai ibu mungkin kita terlalu meletakkan expectation yang terlalu tinggi untuk dicapai oleh diri sendiri. Kalau boleh, semua ibu nak jadi supermom dan beri yang terbaik buat anak.

Namun setiap orang diletakkan dengan cabaran dan situasi yang berbeza dan inilah yang menentukan pilihan masing-masing.

So, stop feeling guilty. Working does not make you less a mother!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×