Kini Trending

Kejutan Hari Jadi Tak Lengkap Kalau Tak Ada Ini! Apa Yang Penting Sangat Tu?

176
SHARES

Setiap tahun, sambutan hari jadi mesti nak meriah kan sebab ianya merupakan tarikh penting untuk semua orang. Lagi seronok kalau dapat sambut hari jadi dengan kawan-kawan!

Selalu kawan-kawan ini suka rancang kejutan untuk menyambut hari penting rakan mereka. Anda pun mesti fikir apa yang perlu untuk membuat kejutan kan? Haa.. Jom admin kongsikan apa yang perlu disediakan untuk menyambut hari lahir kawan anda!

Pilih tempat yang sesuai untuk buat kejutan rakan!


Pemilihan tempat untuk menyambut hari jadi juga memainkan peranan penting supaya kejutan anda menjadi! Bila pilih tempat mesti dah terbayang tema yang ingin dilakukan bersama rakan, jadi tak best juga kalau tempat yang dipilih itu tidak sesuai dengan idea dekorasi yang anda rancang.

Jadi lebih baik pilih tempat yang sesuai dengan tema yang dipilih, contohnya ditaman yang mempunyai kawasan yang lapang dan sesuai untuk anda berkumpul dengan kawan.

Jangan pula pilih buat kejutan di tepi trek jogging! Memang tak menarik langsung serta menganggu orang lain nak beriadah.

Dekorasi mengikut tema yang ditentukan dan hias dengan cantik!

Kredit: Deco Picnic Kelantan Facebook

Selepas memilih lokasi yang sesuai, mesti anda terfikir pula tentang dekorasi di tempat yang ditentukan. Sudah pasti kita mahukan dekorasi yang cantik supaya senang nak ber-ootd dan selfie bersama kawan dengan background yang aesthetic!

Anda boleh hiasi kawasan yang dipilih dengan belon-belon, lampu, karpet kecil atau khemah mini atau apa saja yang sesuai dengan tema yang dirancang.

Tema pun kena lah sesuai dengan personaliti kawan kita tu! Jangan la main hentam je tak kena gaya pulak nanti tak surprise la kawan anda tu.

Berikan hadiah yang bermakna walaupun tak mahal

Kalau cakap pasal hadiah pula, kebanyakkan orang sekarang jadi kan trend bagi hadiah yang mahal-mahal dekat kawan. Tapi tak semestinya kita kena bagi hadiah yang mahal tau! Apa yang penting bila kita memberikan hadiah kepada orang, si penerima rasa lebih dihargai dan bermakna.

Nak lagi bermakna, anda boleh menghadiahkan barang handmade kepada mereka seperti mengait selimut, baju, membuat bouquet coklat atau membuat album dengan gambar mereka.

Hadiah yang dibuat sendiri ni memang tak ternilai harganya tau! Confirm kawan anda takkan lupakan pemberian yang diterima.

Sediakan makanan yang sedap dan menarik!

Tempat dah pilih, tema kejutan pun dah ada mesti fikirkan nak sediakan makanan jenis apa pula kan? Benda wajib untuk sambut hari lahir mestilah kena ada kek betul tak? Tapi lebih istimewa kalau buatkan sendiri kek dari air tangan kita kalau tak sempat beli je dari kedai kek pun boleh je!

Kalau tema picnic tepi tasik, anda boleh juga sediakan pelbagai jenis makanan yang boleh dibawa dari rumah contohnya spaghetti ke, popia goreng, sandwich ke apa-apa makanan kesukaan kawan anda tu!

Admin suka beli makanan ringan untuk dijadikan kudapan masa berborak dengan kawan-kawan. Confirm anda nak mengunyah kan time berjumpa tu? Tapi ada satu benda lagi penting apa agaknya ya?

Nak Tahu Apa Snek yang lagi special untuk sambut hari jadi? Mestilah Edisi Terhad Mister Potato Jinjja Syok!

Flavour Misteri Lagi Weh!

Dah siap semua persiapan untuk kejutan hari jadi rakan anda, tak sempurnalah sambutan hari jadi kalau tak ada makanan ringan kan? Ha.. Mister Potato Edisi Jinjja Syok lah jawapan dia!

Buat peminat k-drama, Mister Potato melantik Cha Eun-Woo sebagai dutanya sempena ulang tahun yang ke-30! Admin pun tak berapa pasti apa agaknya rasa yang misteri Mister Potato rahsiakan dengan kita!

Untuk pengetahuan anda, perisa misteri Korea Jinjja Syok menggunakan campuran rempah ratus yang unik memberikan anda pengalaman yang luar biasa sampai teringat-ingat rasanya! Memang syiok makan!

Paling best, setiap bungkusan Edisi Terhad Mister Potato Jinjja Syok ni ada wajah Cha Eun-Woo! Buat peminat artis ini, anda boleh lah kumpul setiap bungkusan letak dalam frame kan?

Bukan itu je tau, dengan setiap pembelian produk Mister Potato bernilai RM 20 dan ke atas, anda akan dapat 1 buku nota Cha Eun-Woo edisi terhad! Cepat-cepat rebut peluang ini sementara stok masih ada!

Apa yang admin tahu kali ini memang #RidiculouslyTasty lah yang boleh membuatkan anda tak akan boleh lupa lah rasa kerangupan dan perisa Jinjja Syok! Menarik kan?

Jom dapatkan Jinjja Syok edisi terhad di Shopee dan Lazada  . Untuk maklumat lanjut layari Facebook dan Instagram mereka.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×